BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Google Google AI Overviews Kini Lebih Berseri Seakan Gemini

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Google AI Overviews adalah ciri ringkasan carian yang terbina pada Google Search. Ia menggunakan model Gemini untuk merumuskan carian dari pelbagai sumber dalam nota ringkas yang mudah dibaca. Sokongan ini terhad untuk beberapa kata kunci dan tidak semua carian akan mempunyai AI Overviews.

Google-AI-Overviews-Animasi-Gemini-01.webp


Akan datang, Google AI Overviews menjadi semakin berseri. Setiap carian akan datang, akan memaparkan animasi seakan dari dalam aplikasi Gemini. Ia turut akan memaparkan teks seperti Looking this up, Putting it all together dan mungkin beberapa teks lain sebelum memaparkan hasil keputusan carian. Animasi ini menjadikan penggunaan Google Search lebih menarik dan mempunyai interaksi yang lebih menyeronokkan.

Perlu diingatkan yang setiap carian AI pasti akan ada halusinasi. Google kerap mengingatkan pengguna yang lakukan semakan sendiri dan/atau memberitahu ciri AI generatif mereka masih di fasa eksperimen.

Sumber asal https://9to5google.com/2024/12/28/google-ai-overviews-new-gemini-loading/
 
Back
Top
Log in Register