BTC USD 81,467.7 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gejala-gejala penyakit rohani

camne cara2 nak berzikir tuu? kalau takat zikir di lidah sahaja cukup ker? cam burung kakaktua, pandai berkata tapi haprak pun dia x paham...

jangan disamakan kita sbg manusia dengan binatang spt burung kakatua dimana binatang tak diberi akal tetapi kita tuhan beri akal.

bila lidah kita sentiasa menyebut zikir agung La illa ha illallah tuhan akan memancarkan cahaya nur ke hati kita dan mudahan cahaya nur ilahi akan memancar kepulusuk jiwa kita dan terus keakal kita. barulah segala tingkah laku dan perbuatan kita menuju kearah lebih baik aka akhlak yang mulia.

barulah kita lebih mendekat kepada dia dan tak buat mende yg tak berfaedah spt merempit, minum arak/todi, zina, tinggal solat, rasuah dan bermcm lagi.

bukannya dan susah pun menyebut zikir ...sebut jelah, sekali kita ingat akan dia sepuluh kali dia ingat kat kita dan tuhan tidak mempersiakan perbuatan anak adam walau sebesar zarah sekalipun.
 
SUKA MENGHASUT (FITNAH)

Jika orang yang sihat rohaninya selalu rindukan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman, sebaliknya orang yang berpenyakit rohani kadangkala suka menghasut dan menimbulkan pergaduhan dan keributan. Sebab itulah sikap suka menghasut dan menimbulkan kegemparan di dalam masyarakat dapat dipandang sebagai penyakit rohani. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

‘Sesungguhnya kalau orang munafik dan mereka yang dihatinya ada penyakit dan penggempar-penggempar (penghasut-penghasut) di Madinah tidak menghentikan (kegiatannya) sudah tentu kami akan perintahkan engkau menyerang mereka, kemudian mereka tiada dapat tinggal berjiran dengan engkau kecuali sementara waktu saja.’
(Q.S. Al-Ahzab, ayat 60)

Ya Allah... Ampunkanlah dosa-dosa kami... :(( :(( :((
 
zikir la selagi nafas ada,
nanti dh henti nafas menyesal sgt2 nape dlm 24jam kita xingat nk memuji padaNya,sedangkan 24jam sebelum tu kita diberi nikmat olehnya.
 
zikir yg mantap itu bila berzikir bulu roma berdiri,hatimu terasa tenang, airmatamu menitis, betapa banyak lagi dosa2 yg kita perbuat, adakah berkesempatan lagi untuk hamba bertobat dan di ampuni dari segala dosa2 yg dilakukan sebelum ajal menjemput,:((:((:((
 
Last edited:
salam...

saya orang baru disini...

setahu saya zikir terbahagi kepada 2

zikir darajat dan zikir hasanah

zikir hasanah adalah zikir yang selalunya di alunkan di dalam surau-surau atau pun masjid2, zikirnya diperolehi dari ikut-ikutan ataupun melalui pembacaan tanpa melalui perantaraan dari guru yang mursyid...selalunyer zikir sebegini bertujuan untuk memperolehi pahala semata-mata...namun ianya tidak mampu untuk mengikis sifat-sifat mazmummah disebabkan tiada guru yang membimbing mereka...erti kata lain, mereka mengamalkannya tanpa berguru....

dan

zikir darajat pula adalah zikir yang telah ditalkinkan oleh guru yang mursyid...dan zikir ini bukan tujuan untuk memperoleh pahala tetapi adalah untuk menyucikan hati dari sifat-sifat mazmummah serta ingin mendapatkan keredhaan allah...zikir ini lebih bernilai kerana ianya mampu mengangkat darjat nafsu seseorang daripada nafsu amarah terus ke tingkatan yang seterusnya sehinggalah mencapai darjat nafsu kamil mukammil...
 
:o :)

jazakallah share sini :) :)cgrock

nanti2 share lagi ye :)

banyak lagi saya tak tau... :((
 
pehh hebat ... aku tak dapek nak buat semua tu, kena buat sket-sket dulu..
 
sambungan

zikir ada 3 cara

1. Zikir secara jahar
2. Zikir secara senyap
3. Zikir secara sirr

zikir secara jahar atau kuat...duduk letak tempatnyer di mulut....

zikir secara senyap pula, duduk letak tempatnyer didalam hati...

zikir secara sirr pula, duduk letak tempatnyer pada kesedaran....

bilamana mereka yang telah berjaya menguasai ketiga-tiga kaedah zikir ini, maka mudah lah mereka untuk memiliki hati yang tenang..

"sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"- Alquran

"Ingatilah Allah ketika berdiri duduk, atau berbaring"

"Ingatilah Allah dimana-mana sahaja"
 
Jazakallah wahai sahabatku :)

Zikrullah... :)

:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register