BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gaza 'diumpan' token digital

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,522
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,522
Reaction score
322
Points
141
3258607.webp

Penunjuk perasaan di Kaherah memegang plakad mengkritik Donald Trump dan Benjamin Netanyahu ketika bantahan solidariti bersama wartawan Gaza. - AFP

BANDAR GAZA - Penduduk Gaza yang memiliki tanah ditawarkan skim token digital sebagai ganti hak membangunkan hartanah mereka di wilayah yang musnah akibat perang.

Melalui skim itu, token berkenaan boleh ditebus untuk memulakan kehidupan baharu di luar Gaza atau ditukar kepada unit apartmen di antara enam hingga lapan “bandar pintar berkuasa AI” yang dirancang untuk dibina di wilayah terbabit.

Rancangan itu didedahkan seiring dengan visi bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mencadangkan Gaza dijadikan “Riviera Asia Barat” di bawah pentadbiran amanah antarabangsa.

Trump sebelum ini mengejutkan dunia apabila mencadangkan pemindahan sementara dua juta penduduk Gaza bagi memberi laluan kepada projek pembangunan semula wilayah itu.

Cadangan tersebut dilaporkan termasuk rancangan untuk membina pusat pelancongan mewah, hab teknologi tinggi serta hartanah tepi pantai bagi menarik pelabur global.

Washington Post melaporkan bahawa pentadbiran Trump meneliti prospektus setebal 38 muka surat mengenai Gaza pasca perang, termasuk cadangan menubuhkan badan amanah dinamakan Gaza Reconstitution, Economic Acceleration and Transformation Trust (GREAT Trust).

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyambut baik idea itu, namun ia ditolak banyak negara Arab dan Eropah yang menyifatkannya sebagai usaha menghapuskan identiti Palestin.

Sementara itu, badan awal yang terlibat, Gaza Humanitarian Foundation (GHF), sebelum ini dikritik selepas PBB mendedahkan lebih 1,000 rakyat Palestin terbunuh ketika cuba mendapatkan bantuan makanan di tapak agihan.

Rumah Putih masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung cadangan terbaharu Trump mengenai Gaza. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register