BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GARY kembali dalam Running Man

jutawan4u

Permanently Banned - Multiple Accounts
Messages
124
Joined
Apr 12, 2007
Messages
124
Reaction score
0
Points
10
gary01_1484799121.jpg


Ramai menantikan berita gembira ini terutama peminat tegar Running Man. Gary yang sebelum ini mengambil keputusan meninggalkan Running Man akan kembali menyertai rancangan kegilaan ramai itu.

Terdahulu, peminat kecewa apabila Running Man dilaporkan akan ditamatkan pada hujung bulan ini.


Untuk episod akhir, Gary bakal membuat kemunculan istimewa. Lebih menarik, anggota lain tidak tahu kehadirannya.

Penampilan Gary itu adalah yang pertama selepas kali terakhir beraksi menerusi episod 324 selain muncul seketika pada episod 235.

Menurut sumber dalaman, Gary sudah pun menjalani penggambaran untuk episod berkenaan pada 17 Januari lalu.

Episod akhir itu akan ditayangkan pada 29 Januari ini.

“Episod ini akan ditayangkan dua minggu selepas penggambaran dan kandungannya perlu dirahsiakan. Apa yang pasti akan ada banyak kejutan dan rahsia yang akan didedahkan,” kata penerbit Running Man, Lee Hwan jin.
 
Back
Top
Log in Register