BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gabungan ayat2 pedoman

Assalamu'alaikum WBT.

Tue2 ye mulio, mari duduk rapat2 in syaa Allah kito perhidup sunnoh Nabi SAW.
Pembaye Ust Pa Markaz Yala Thailand.
Kito pase niat buke nok cari saloh silap pembaye, buke nok cari kekurange/kelemahe usoho, tapi kito nok ambik sebanyak-banyaknya manfaat dari majlis sunnah ni.

Tane buloh rapat-rapat,
Biar sene puyuh berlari,
Mari duduk rapat2,
Kita hidupke sunnoh Nabi SAW.

Semua sedia, in syaa Allah
 
Tuan2 yg mulia, kerja agama terbahagi 2; kerja maqomi dan kerja intiqoli. Kerja maqomi usaha tempatan dan kerja intiqoli keluar di jalan Allah. Kerja maqomi terdiri dari 5 amal iaitu fikir atau mesyuarat harian, 2 taklim harian iaitu taklim masjid dan taklim rumah, 2 ziarah atau ghast setiap minggu iaitu ghast di morhalla sendiri dan ghast kedua di morhalla jiran, hari2 beri masa sekurang kurangnya 2 jam setengah utk menghidupkan amalan memakmurkan masjid dan keluar di jalan Allah sekurang kurangnya 3 hari setiap bulan
 
Amal pertama fikir atau mesyuarat harian. Sekiranya tuan2 berseorangan tuan2 fikir mcm mana kelima lima amal masjid dpt dihidupkan di tempat tuan. Tuan2 blh fikirkan siapa yg tuan2 perlu jumpa dan ajak jadi partner tuan2 utk jalankan kerja. Sekiranya tuan2 ada teman menjalankan usaha maka adakan mesyuarat harian. Tetapkan waktu bila utk diadakan mesyuarat. Cthnya selepas solah fardhu subuh atau selepas solat fardhu maghrib. Sebuah buku mesyuarat disediakan bagi merekodkan keputusan mesyuarat. Seorang pencatit dilantik bagi mencatit semua keputusan mesyuarat dan amir mesyuarat semalam melantik amir mesyuarat baru. Mulakan mesyuarat dgn mengambil laporan atau karguzari usaha. Amir minta laporan dan setiap org dari kiri ke kanan beri laporan usaha yg dijalankan semalam spt siapa yg dijumpai, apa yg disampaikan atau didakwahkan, ada tak ajak sesiapa ke masjid. Selesai karguzari teruskan dgn pembentangan takaza. Bentangkan ttg takaza2 agama yg akan dtg spt ttg pembentukan jemaah keluar 3 hari, siapa yg dh bagi azam, siapa yg perlu diusuli, bila tarikh dan tmpt keluar bulan ini, ttg jord atau ijtimak terdekat, siapa akan keluar 40 hari, 4 bulan dlm masa terdekat, ttg jemaah yg sedang bergerak berhampiran, ttg jemaah yg akan ke morhallah tuan2, dan hal2 lain yg berkaitan kerja agama melibatkan morhalla tuan2. Seterusnya amir mesyuarat bertanyakan lain2 hal kpd ahli2 mesyuarat sekiranya sesiapa ada hal2 lain selain kerja2 agama yg perlu dimaklumkan. Setelah selesai tutup mesyuarat dgn tasbih kaffarah.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register