BTC USD 81,005.2 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Formula X - Cili fertigasi

mim

Fun Poster
Messages
570
Joined
Apr 27, 2008
Messages
570
Reaction score
1
Points
15
Masa aku mula mula tanam cili fertigasi benda yang paling aku tak tahu ialah penyakit dia. serangan serangga dan kulat menyebabkan pokok aku terbantut tumbesaran. terutama bila daun mula merekok. bila tanya ramai member yang biasa dengan hal macam nie diarang suruh aku buang saja sebab takut berjangkit. Pilu juga sebab baru tanam 100 pokok lebih 40 pokok terpaksa dibuang dan diganti dengan anak pokok yang baru.

antara sebab kenapa benda nie terjadi adalah penggunaan racun serangga yang consistent. aku cuma guna racun seminggu sekali dan tu la pasal pokok aku jadi macam tu..

so bila dah merekok aku asing kan ketepi untuk 10pokok sebab agak besar jugak pokok aku tu sayang nak buang. lebih 30 pokok aku terpaksa korban kan sebab takut berjangkit kat yang lain. merana beb sebab nak tunggu dia besar.

so yang sepuluh nie aku buat test mengunakan beberapa jenis baja dan juga buat sedikit reasearch. aku tanya gak orang yang mengusahakan projek nie dia bagi tahu kat aku dia punya baja dan racun pergh punya la banyak dan cost aku tak boleh cakap sehingga nak menitiskan air mata putus asa aku nie. sebab tak berbaloi nak beli benda tu sebab tu la diarang suggest kat aku buang jer dan tanam yang baru.

so berbalik kepada research aku, aku telah mencuba beberapa campuran boron, magnase dan lain-lain dan sehari sebelum aku berangkat pergi umrah aku sempat menyemburkan formula nie kat aku punya pokok dan bertawakkal. kat mekah sempat aku berdoa dan bertawakkal. selepas 13 hari ketiadaan aku, bila aku balik, sungguh tak ku sangka 10 pokok yang aku asingkan ketepi telah menghasilkan tumbesaran yang membanggakan dan daun yang merekot telah sembuh dengan sempurna. alhamdulillah aku tak perlu nak bazirkan duit aku lagi untuk beli special racun dan baja atau membuang terus aku punya cili yang merekot daunnya. dengan penghasilan FORMULA X aku dapat menjimatkan masa dan hasilnya pokok cili aku pun selamat dan subur macam biasa.

penggunaan formula x nie cuma digunakan 7-14hari (bergantung)untuk sekali semburan dan diperingkat pokok sedang dalam tumbersaran. So aku nak komersialkan lah akupunya formula X nie kat member yang diluar sana yang ada mengusahakan projek cili fertigasi nie. sesiapa yang berminat boleh sms kat aku 0133422994
 
Back
Top
Log in Register