MURAHGURU
Fun Poster
- Messages
- 732
- Joined
- Jul 7, 2009
- Messages
- 732
- Reaction score
- 157
- Points
- 23
( Sambungan )
Sebelum menyentuh mengenai aspek Method @ Teknikal, satu bab lain yang sangat penting dalam membentuk satu Sistem yang mematuhi konsep Total Quality Management (TQM) dalam trading, seperti yang disarankan oleh Dr D Edward Demming, adalah "Money Management"..
Di dalam Forex, kita berada di dalam "industri kewangan" atau "industri cari duit"..Seharusnya, kita harus tahu, macamana nak mengawal duit ini, keluar masuk dari akaun Forex kita..Ini lah Money Management..
Ada sesetengah pakar Forex, mengatakan kemahiran menguasai Money Management adalah lebih penting daripada menguasai Teknikal Analisis..Betul ker?
Betul atau tidak, tetapi kenyataannya, kebanyakan trader telah gagal dalam Forex ni, disebabkan faktor gagal dalam MM ini..
Jadi, apakah itu Money Management (MM) ?
Terdapat 2 perkara yang kita harus fahami dalam MM ini iaitu
a) Ratio Risk / Reward
b) Risk percentage account size
Ada "thumb up rule" dalam MM ini, yang selalu digunakan oleh retail trader2 yang berjaya..iaitu menggunakan ratio 3:1 dengan risk margin 10% untuk setiap trade..
Contoh..
En. Aziz ada akaun Forex yang berjumlah USD1,000 .. Dia menggunakan 10 % risk untuk trade, jadi dia sanggup loss USD100 atau 100 pips untuk setiap trade sekiranya menggunakan saiz 1 lot .. Sekiranya En. Aziz guna saiz 0.5 lot, maka 200 pips lah dia sanggup rugi..Jadi En Aziz akan set Stop Loss berdasarkan jumlah pips tersebut..
En. Aziz menggunakan ratio 3:1, iaitu dia hendakan pulangan 3 kali ganda untung berbanding jumlah risk yang sanggup dia letak tadi iaitu USD100 (10%) .. Jadi target untung En.Aziz adalah USD300..
Buy 1.5000 .. SL 1.4900 TP 1.5300 (cth jika buy guna 1 lot)
Buy 1.5000 .. SL 1.4800 TP 1.5600 (cth jika buy guna 0.5 lot )
Kita boleh menggunakan ratio 1:1 , 1:2 atau 1:3 ..asalkan kita tahu bagaimana menggunakan ratio risk/reward..
Pernah guna teknik Management seperti di atas sebelum ini ?
Kalau x faham pasal MM ni, boleh tanya..
