BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM
  • ⚠️ Warning: Do not post copyrighted, infringing, pirated, or illegal download links. Any user found posting such content may be permanently banned without further notice.

Movie Fabricated City (2017) ( NETFLIX)

RuthlessFairy

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,239
Paid Membership
Joined
May 15, 2009
Messages
30,239
Reaction score
879
Points
166
350100732_724156889711185_6085793193194226217_n.jpg

Filem Korea Selatan ini mengisahkan seorang bekas atlet taekwondo kebangsaan, Kwon Yoo yang menganggur, tinggal bersama ibunya dan gemar menghabiskan masa bermain video game online di cyber cafe. Di dalam game tersebut, dia sangat handal, mengetuai sebuah pasukan bernama Resurrection & digelar Captain. Selepas habis bermain, sebuah telefon bimbit yang ditinggalkan disebelah mejanya berdering. Tuan empunya telefon itu meminta dia memulangkan telefon itu di rumahnya. Kwon Yoo pergi ke rumah tersebut dan seterusnya pulang ke rumahnya.

Keesokan harinya, tiba-tiba dia diserbu polis, dituduh merog0l & membvnvh seorang perempuan bawah umur. Dia yang tidak tahu apa-apa ditangkap & disiasat. Penemuan bahan bukti seperti senjata pembvnvhan dirumahnya, DNAnya di rumah mangsa dan rakaman CCTV kelibatnya disekitar rumah tersebut mengesahkan perbuatannya. Akibat tekanan orang ramai, mahkamah terus menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Hari pertama di penjara, dia dikasari, dipukul dan diganggu seorang banduan ketua gangster, Ma Duk-su sehingga mengalami tekanan dan cuba untuk bvnvh diri. Keesokan harinya, ibunya berjanji akan berusaha untuk membebaskan dia dan menasihati untuk kuat. Dengan bantuan seorang banduan lain, dia berlatih semula sehingga berjaya menewaskan Duk-su. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan berita ibunya bvnvh diri.

Filem ni bercampur baur dari segi tema, ada macam sains fiksyen, spy, drama penjara, aksi, penyiasatan, komedi, ganas, drama tapi ngam cukup-cukup tidak terlalu meleret. Babak pembukaan yang ohsem hampir menipu kita untuk menganggap ini filem perang. Lakonan, kamera, muzik yang mantap. Cuma babak akhir yang mungkin cliché. Totally, seperti filem-filem korea yang lain, jalan cerita mereka biasanya tidak mengecewakan




Fabricated_City-001.jpg


poster-film-fabricated-city-2017.jpg


 
Last edited:
siapa yg tengok tahu betapa mantap film ni
film korea terbaik bagi aku
 
aku wow part siapa yg tolong dia. tak terfikir aku
 
Back
Top
Log in Register