kikilala
Fun Poster
- Messages
- 907
- Joined
- Mar 14, 2007
- Messages
- 907
- Reaction score
- 2
- Points
- 15
artikel nie dah 6 tahun di tulis..
tapi bila kita hayati isi-isi artikel tulisan hassan karim nie macam dah terjadi skit skit pada PRU12 nie..berkecamuk dah UMNO dan BN
SENARIO SELEPAS MAHATHIR
Oleh Hassan Karim
Umno dalam keadaan terkejut. Sebuah parti besar yang
mempuyai anggota seramai 3 juta orang tiba-tiba berasa
cemas. Layar telivisyen memancarkan ke seluruh negara
ke setiap rumah yang menontonnya bagaimana gelagat
gelabah dan panik para pemimpin Umno lain ketika
Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya. Dari
Timbalan Presiden sehinggalah ahli MT dan para
perwakilan bertidak sebagai anak-anak ayam kehilangan
ibu, menjerit, melaung terpekik-terlolong, betul-betul
hodoh di depan lensa kamera telivisyen yang menyiarkan
secara langsung.
Mengapa ini terjadi? Adakah kerana kasih sayang yang
teramat sangat terhadap Mahathir atau ada sesuatu
sebab lain?
Tidak siapa menafikan Umno parti yang mempunyai
keahlian yang ramai. Umno adalah parti politik
terbesar di tanah air mungkin juga di rantau ini.
Tetapi ada yang tidak seimbang dalam perkembangan
Umno. Keahliannya sahaja yang ramai tetapi
kepimpinannya merosot dari segi kualiti dan
ketrampilan. Mengapa hal sedemikian berlaku?
Sepanjang 21 tahun Mahathir menjadi Presiden Umno dan
Perdana Menteri, dia telah membina satu empire sendiri
yang tidak memberi ruang kepada saingan politiknya
yang lain. Ramai pemimpin Umno lain yang berbakat,
berkarisma berkebolehan selama dua dekad ini telah
diketepikan satu demi satu. Musa Hitam, Tengku
Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim antara contoh
pemimpin-pemimpin Umno yang tersingkir dalam usaha
Mahathir mengekalkan supremacynya di dalam Umno
sebagai pemimpin yang tidak boleh dicabar sama sekali.
Akhirnya, selepas 21 satu tahun menerajui sebuah parti
sebesar Umno yang menjadi tunggak kerajaan BN yang
memerintah, Mahathir hanya dikelilingi oleh
functionary-functionary (petugas-petugas) sahaja,
iaitu mereka yang berbakat sebagai pentadbir dan
pelaksana dasar-dasar selaku menteri-menteri, tetapi
bukannya sebagai pemimpin politik yang berwibawa yang
ada kepimpinan dan wawasan. Justeru itu, dalam Umno
yang tidak ada tokoh-tokoh besar lain yang berada
dalam kelas heavyweight seperti Mahathir, maka
kebolehan Mahathir begitu menonjol sebagai pemimpin
utama. Ini kerana yang lain-lain tidak ada wibawa
sebagai pemimpin. Rata-rata mereka adalah tukang
angguk, pak turut dan tidak menampakkan sebarang
wawasan atau idealisme sendiri.
Lalu, di bawah kepimpinan tokok autokrat yang keras
seperti Mahathir, yang terhimpun begitu besar kuasa
eksekutif seperti yang dimiliki Mahathir, memang tidak
akan tumbuh kepimpinan baru yang segar dan memiliki
ciri kepimpinan individu yang tersendiri. Seperti
fitrah alam, di bawah pohon beringin yang besar dan
rimbun tidak akan hidup tumbuhan yang lain. Misalnya,
Musa Hitam pernah wujud. Gagasan 2M dicemburu
Mahathir lalu Musa akhirnya tersingkir selepas
mula-mula merajuk dan kemudian melawan. Musa tewas dan
hilang. Tengku Razaleigh juga mencabar dan menentang
Mahathir. Dia juga gagal dan kecundang. Kemudian Anwar
Ibrahim memberanikan diri mulai mengembangkan sayap
dan pengaruhnya. Pemimpin generasi 60an ini yang mahu
berdiri bebas sebagai pemimpin yang ada visi dan
idealisme sendiri juga cuba membawa perubahan di dalam
Umno dan kerajaan. Anwar dicemburi lalu difitnah,
disingkir dan dipenjarakan secara zalim. Kini Anwar
Ibrahim menderita sakit di dalam penjara.
Jadi Umno kini yang kekurangan pemimpin-pemimpin dalam
kelas heavyweight setanding Mahathir, berada dalam
keadaan ketakutan. Di kalangan kepimpinan tertinggi
Umno di dalam MT sendiri kelihatan amat nyata bahawa
mereka tidak yakin sesama sendiri selepas Mahathir
tiada. Apabila Tunku Abdul Rahman meletak jawatan pada
tahun 1970, selepas Tragedi 13 Mei, Umno ketika itu,
ada Tun Razak yang telah lebih 13 tahun dilatih
sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden
Umno. Proses peralihan kuasa dalam Umno dan kerajaan
selepas Tunku berjalan lancar. Tetapi apabila Tun
Razak meninggal dunia secara mengejut di London pada
tahun 1976, Umno dan negara tiba-tiba berada dalam
keadaan cemas. Ini kerana pengganti yang sebenarnya
diatur dan dirancang selepas Tun Razak iaitu Tun Dr
Ismail Abd Rahman, telah meninggal dunia dua tahun
lebih awal dari Tun Razak. Tun Hussein Onn yang
menggantikan Tun Dr Ismail bukanlah seorang tokoh
politik yang kuat dan punya karisma kepimpinan yang
setanding Tun Razak ataupun Tun Dr Ismail. Maka tak
hairanlah Tun Hussein Onn berada dalam keadaan tidak
bersedia dan beliau menangis apabila mengumumkan
berita kematian Tun Abd Razak di telivisyen.
Lalu, di bawah kepimpinan yang lemah semasa Tun
Hussein Onn menjadi Presiden Umno dan Timbalan Perdana
Menteri telah berlakulah perebutan kuasa yang amat
hebat di dalam Umno. Wujud beberapa puak yang mahu
merebut kuasa dalam Umno dan kerajaan. Tokoh-tokoh
seperti Ghazali Shafie, Harun Idris, Jaafar Albar
telah bergabung dan bersekongkol dalam satu kumpulan
yang dicap sebagai kanan. Manakala Mahathir, Musa
Hitam, Abdullah Ahmad dan Abdullah Majid dicap
golongan kiri dalam Umno. Dalam perebutan kuasa itu
tuduhan-tuduhan wujudnya golongan sosialis dan komunis
dalam Umno telah berlaku. Golongan kanan yang diketuai
oleh Menteri dalam Negeri ketika itu didakwa telah
menggunakan polis, khususnya Cawangan Khas untuk
mengejar dan mengeheret tokoh-tokoh Umno yang dianggap
kiri, radikal, yang dituduh sosialis atapun komunis.
Dua tokoh Umno berjawatan Timbalan Menteri ketika itu
telah ditahan di bawah ISA. Malah, Dr Mahathir Mohamad
sendiri, nyaris-nyaris menjadi mangsa ISA kerana
wujudnya konspirasi yang didalangi oleh Menteri Dalam
Negeri waktu itu yang cuba mengaitkan Mahathir dengan
unsur-unsur bawah tanah komunis.
Pengalaman ngeri inilah yang membimbangi
pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno sekarang. Mereka
takut sejarah hitam dalam Umno akan berulang lagi
dengan peristiwa berebut kuasa sebaik sahaja Mahathir
berundur dari kepimpinan Umno. Tahun depan adalah
tahun pemilihan kepimpinan Umno. Apakah Najib yang
telah dipintas oleh Abdullah Badawi sebagai Timbalan
Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri tidak
bercadang untuk mencabar Abdullah dalam pemilihan akan
datang? Apakah Tengku Razaleigh Hamzah seorang tokoh
Umno yang telah pudar dan discredited apabila kembali
merujuk ke dalam Umno tidak akan tampil ke depan untuk
memberi saingan dalam kepimpinan Umno. Bagitu juga,
Apakah Musa Hitam akan terus duduk di luar gelanggan
Umno selepas ketiadaan Mahathir? Selain itu, adakah
tidak mungkin ada di kalangan Umno yang cuba
menghantar wakil-wakilnya untuk merisik khabar bekas
Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri
yang kini menderita sakit dan terpenjara secara zalim
oleh Mahathir di Sungai Buloh?
Sebagai perbandingan, apabila Tun Hussein Onn meletak
jawatan, Umno dan kerajaan dalam keadaan yang bersedia
kerana ada pengganti Tun Hussein Onn yang juga
bersedia untuk mengambil alih teraju kepimpinan. Tokoh
itu ialah Dr Mahathir Mohamad, seorang pemimpin ketika
itu yang menjanjikan pembaharuan, dan kepimpinan yang
dinamis. Tetapi setelah selama lebih 20 tahun
berkuasa, Mahathir telah mengecewakan rakyat. Malahan,
Mahathir juga berundur sebagai seorang pemimpin yang
kecewa. Dia sebenarnya telah gagal. Impiannya gagal.
Falsafah pembangunannya gagal.
Mahathir hanya meninggalkan lebuhraya Utara Selatan,
Jambatan Pulau Pinang, Menara Kembar, Putrajaya dan
rumah Perdana Menteri yang tersergam, Litar F1 di
Sepang, KLIA dan sebagainya. Itu saja, segala mercu
tanda pembangunan infrastruktur yang disamaertikan
dengan pembangunan.
Tetapi pembangunan sebuah negara bangsa seperti
Malaysia bukan sekadar pembangunan infrastrukur
semata-mata. Ia melibatkan pembangunan sosial dan
manusia. Di sini kegagalan Mahathir. Perdana Menteri
keempat itu kini meninggalkan sebuah kerajaan dan
pemerintahan yang melindungi dan merestui
perasuah-perasuah. Sampai ke saat Mahathir ingin
meletak jawatan, skandal Perwaja tidak diselesaikan
secara bertanggungjawab sedangkan lebih 10 bilion
ringgit wang negara hilang lesap. Tak seorang pun yang
terlibat telah didakwa dan dibicarakan. Hendak tunggu
sampai kucing bertanduk?