BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EPL Festival

kainlangsir

Legendary Member
gem
Messages
12,460
Joined
Jul 24, 2006
Messages
12,460
Reaction score
268
Points
141
Makluman mengejutkan bagi semua peminat English Premier League (EPL) di Malaysia, Arsenal, Chelsea dan Liverpool akan hadir ke Malaysia untuk EPL Festival di Kuala Lumpur.

Namun demikian, tarikh rasmi bagi EPL Festival tersebut masih lagi belum diumumkan, cuma yang dikatakan setakat ini adalah ianya akan berlangsung dalam bulan Julai.

Yang lebih menarik, ketiga-tiga pasukan besar dalam liga bolasepak inggeris ini bukan hanya datang bertemu peminat, malah mereka juga akan turut menguji barisan jentera skuad bolasepak Malaysia. Harimau Malaya menentang Gunners, The Blues dan The Reds?

Sangat menarik! Sudah tentu anda akan berpeluang untuk menyaksikan bintang besar seperti Fabregas pasukan Arsenal!

Namun kesemuanya tertakluk dalam perancangan kelab-kelab terkemuka tersebut. Sehingga kini hanya Chelsea FC sahaja yang mengesahkan akan singgah ke Kuala Lumpur sebagai salah satu agenda dalam Chelsea Asia Tour 2011.

Apa-apa pun, ini satu berita yang menarik, dan tidak sabar rasanya ingin saksikan skuad Harimau Malaya Malaysia beraksi dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
 
harap2 jadi tu

aku nak amik taapk kt situ

10 hari x rm10,000...masyuk2
 
Back
Top
Log in Register