BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT England lolos ke suku akhir selepas aksi mendebarkan di Azteca

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,877
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,877
Reaction score
290
Points
146

England lolos ke suku akhir selepas aksi mendebarkan di Azteca​

3572720.webp

Kane tenang menyempurnakam sepakan penalti untuk England mendahului 3-1. - FOTO: Agensi

ENGLAND mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Mexico dalam pertembungan penuh intensiti di Stadium Azteca.

England membuka tirai jaringan menerusi Jude Bellingham pada minit ke-36 dan 38, meletakkan Three Lions dalam kedudukan selesa lebih awal.

Mexico merapatkan kedudukan menerusi Julián Quiñones pada minit ke-42, sebelum kembali menghidupkan harapan apabila Raúl Jiménez menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-69.

Namun England kekal berdisiplin apabila Harry Kane tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-60 untuk gol ketiga pasukannya.

Walaupun Mexico terus memberi tekanan di penghujung aksi, England bertahan sehingga wisel penamat untuk mengesahkan kemenangan penting dan kemaraan ke kelompok lapan terbaik.

Menanti England di suku akhir ialah Norway yang sebelum itu menyingkirkan Brazil 2-1.
 
Back
Top
Log in Register