BTC USD 84,942.4 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia itu manis..

mazri_myie

Active+ Member
Messages
4,288
Joined
Mar 7, 2010
Messages
4,288
Reaction score
255
Points
41
Dunia itu manis

Seorang pemuda masuk ke dalam hutan dan terserempak dengan seekor singa. Dia berlari dengan pantas untuk melepaskan diri daripada singa tersebut. Setelah lama berlari, dia bertemu dengan sebuah perigi yang telah kering. Pemuda tersebut bernasib baik kerana terdapat tali pada perigi tersebut. Dia mengambil keputusan untuk masuk ke dalam perigi tersebut untuk melepaskan diri daripada singa.

Belum pun sampai ke dasar perigi, pemuda tersebut mendapati terdapat seekor ular di dalam perigi tersebut. Setelah lama berfikir, dia membuat keputusan untuk berada pada tali sementara menunggu singa tadi beredar. Dia menunggu sekian lama sehingga dia berasa lapar.

Di sebelah perigi tersebut, terdapat sebatang pokok dan pada dahan pokok tersebut terdapat sarang lebah yang madunya menitis masuk ke dalam perigi. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Pemuda tersebut membuka mulut untuk merasa madu yang menitis tadi. Manis madu tersebut menyebabkan dia lupa masalah yang sedang dihadapinya.

Pada masa yang sama, dua ekor tikus, hitam dan putih, datang dan menggigit tali yang pemuda tersebut berpegang padanya. Kerana keenakan madu tersebut, si pemuda terleka dan tidak menyedari kehadiran dua ekor tikus yang menggigit tali.

Itulah perumpamaan kita di dunia ini. Pemuda itu adalah manusia yang berkeliaran di dunia, menikmati nikmat Allah yang tidak terhitung. Singa umpama maut yang mengejar dan ia adalah pasti. Namun kita sering "melarikan" diri daripada maut tersebut. Perigi umpama kubur, yang sudah pasti kita akan ke sana. Cuma kita sering melupakannya.

Tali adalah umur kita yang semakin hari semakin pendek dimamah tikus hitam dan putih, siang dan malam. Disebabkan kemanisan dunia umpama madu, kita leka akan usia kita yang semakin pendek. Kita lupa kita yang kita pasti akan mati walau kita berusaha sekuat hati untuk megelak daripadanya. Kita lupa yang destinasi terakhir kita adalah akhirat dan persinggahan kita adalah kubur.

Daripada Abu Said r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya dunia adalah manis dan hijau (yakni menyenangkan sekali) dan sesungguhnya Allah menjadikan engkau semua sebagai pengganti di bumi itu(untuk mengolah dan memakmurkan). Maka Allah akan melihat bagaimana yang engkau semua lakukan -untuk dibalas menurut masing-masing amalannya. Oleh sebab itu, bertaqwalah dalam mengemudikan harta dunia dan bertaqwalah dalam urusan kaum wanita."

sumber --> http://en-popo.blogspot.com/2010_11_01_archive.html
 
Ular sebagai gapo gu???.....thanx for sharing :))
 
demo keno tny si penulis tu la..hehe


p/s: acu klik butey 'thanks' sutir ko kawe :)
 
toksoh dok goba .. kawe doh tenyeh.. doh..
 
Back
Top
Log in Register