BTC USD 85,284.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Duit Haram??Tapi Tak Tahu

Hukum terima sumbangan dari duit haram

Assalamualaikum.TT nak tanya, contohnya kalau kami terima wang yang datang dari sumber haram tapi tidak mengetahuinya.Cemane..Dosa ke tak..adoi masalah besar ni.

Menerima wang atau harta yang diberikan oleh orang memerolehinya secara haram adalah haram. Ini kerana dua sebab:

1. Membantu terhadap perbuatan memperolehi wang yang haram ini.
2. Menghilangkan hak pemilik asal bagi wang ini.

Pandangan para Ulama:

Syekih Ibnu Taymiyah berkata dalam Majmu’ul Fatawa:

“Sesiapa yang mengetahui seseorang itu mencuri atau mengkhianat harta orang lain atau merampas harta orang lain dan diberikan kepadanya hukumnya haram untuk seorang itu mengambilnya samada dengan cara pemberian, pertukaran, duit sewa bayaran hutang.”

Dr Abbas Ahmad Muhammad al-Baz berkata(ringkasan):

“Bermuamalat dengan pencuri, perompak, pemakan duit riba dengan harta yang haram itu membantunya dan menggalakkan perbuatan memakan harta dengan cara yang salah. Demikian juga memakan makanan atau memakai pakaian yang dirampas oleh orang lain dan dihadiahkan kepadanya atau dijual adalah berdosa kerana menerima dan mengakui perbuatan yang haram. Orang yang bermuamlat dengannya dan orang yang mengambil duit secara haram adalah sama sahaja.”

Dalil pengharaman menerima wang yang diperolehi dari cara yang haram:

1. Rasululullah saw enggan makan daging kambing yang dihidangkan kepadanya dan berkata:

“أجد لحم شاة أخذت بغير إذن أهلها

“Aku mendapati daging kambing ini diambil tanpa izin dari pemiliknya.” (Hr Abu Daud)

2. Abu Mas’ud al-Ansari ra berkata:
أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن ثمن الكلب ومهر البغي وحلوان الكاهن

“Nabi saw menegah dari harta hasil jualan anjing, hasil pelacuran dan hasil perbomohon (dgn cara yang dilarang).” (Hr Bukhari dan Muslim)

3. Hadis yang diriwayatkan oleh sahih bukhari yang menceritakan bagaimana Abu Bakar cuba memuntahkan makanan hasil dari kerja haram yang dilakukan oleh hambanya ketika masih kafir.

Kesimpulan: Perbuatan menerima sumbangan dari syarikat pertaruhan adalah haram. Makan hasil dari wang ini juga dilarang kerna Allah berfirman:
يأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا

“Wahai Manusia makanlah apa yang ada di bumi benda yang halal dan baik.” (2 : 168)

Rujukan: Ahkamul Malil Haram oleh Dr Abbas Ahmad.

SUMBER
 
Salaam,...

Penerangan ini macam boleh dikaitkan bahawa
makan gaji dgn kerajaan pun adalah Haram
kerana hasil cukai kerajaan juga melibatkan
cukai judi, arak, pinjaman, dan lain-lain transaksi yg batil..
Tak gitu...?
:)

yg mencari ilmu
faisal_moukei
 
Back
Top
Log in Register