TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
Suatu ketika dahulu, majoriti dari kita dapat mengingati nombor telefon penting dan tangan dapat mendail telefon secara spontan tanpa merujuk kepada buku telefon.
Otak telah dilatih secara berulang kali untuk mengingati nombor nombor penting. Kita juga mampu untuk mengingati tarikh tarikh penting dan ingat laluan jalan raya dengan menggunakan peta.
Perkara ini ternyata berbeza kini.
Segala informasi ada di dalam telefon dan boleh di akses di hujung jari. Telefon telah menjadi external memori otak yang menyimpan segala maklumat.
Inilah yang dikatakan sebagai digital amnesia.
Kesan jangka masa panjang Digital Amnesia masih tidak diketahui. Tetapi ia menunjukkan bagaimana kebergantungan manusia kepada teknologi menyebabkan fungsi otak berubah.