BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Digg Bakal Kembali - Ambil Alih Oleh Pengasas Asal Bersama Pengasas Reddit

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
Digg merupakan salah satu laman popular sekitar sedekad yang lepas, dimana pengguna boleh berkongsi dan mengundi artikel atau pautan, sekaligus membawa kepada perkongsian pelbagai info terkini melaluinya. Namun, dengan perkembangan media sosial, dan Digg yang lambat berevolusi, membuatkan laman berkenaan semakin dilupakan pengguna – dan berpindah pemilik beberapa kali.

Digg-950x789.webp


Kini, perkara berkenaan berubah, dan Digg telah diambil-alih oleh Kevin Rose, pengasas asal Digg, bersama-sama dengan Alexis Ohanian iaitu pengasas Reddit. Dibawah kedua-dua pemilik baharu, kini Digg ingin diberikan nafas baharu, termasuk mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan dalam menapis kandungan.

Ia turut dikongsikan pada media sosial hari ini, pelbagai perbincangan adalah tidak sihat, selain turut perlu melalui berita palsu, spam, dan juga interaksi yang berbentuk menyerang. Digg menyasarkan untuk mengatasi perkara berkenaan, dan membangunkan komuniti lebih sihat.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan, tetapi dikatakan Digg baharu akan hadir dalam masa beberapa minggu lagi.​
 
Back
Top
Log in Register