Lelaki ni berminat nak jadi trainer beruang macam sepupu dia. Dia mintak sepupu dia coach dia. (Sepupu dia - Randy yang belasah beruang tu) Tapi menurut cerita dan pemerhatian penonton, dia 'flinching', teragak2 dan beruang tu merasakan ada signal/vibe rasa cemas/takut/gemuruh dari dia. Tu yg kena. Dia mati akibat cedera parah disebabkan pendarahan terlalu banyak tak berhenti pada leher yg kena mamah dengan beruang tu.
Dah memang genetik suka salahkan orang lain walhal yang bertindak dan buat keputusan dia sendiri. Contoh: tanah runtuh masa camping
Siberian tigers at a wildlife park in Beijing mauled a woman to death and wounded another when they stepped out of their car in an enclosure, a Chinese state-run newspaper said:
Taman Hidupan Liar Badaling di Yanqing, Beijing.
23 Julai 2016, sekitar 3pm.
Sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri, seorang anak mereka dan ibu kepada si isteri membuat lawatan persendirian ke Badaling Wildlife Park.
Pasangan suami isteri itu bertengkar dalam kereta. Kenderaan mereka kemudiannya memasuki kawasan haiwan buas, khususnya di Taman Harimau Siberia. Secara tiba-tiba, si isteri keluar dari kenderaan lalu pergi ke tempat duduk pemandu dan mula menjerit pada suaminya. Namun dalam sekelip mata, seekor harimau melompat keluar dari semak dan menerkamnya dari belakang lalu menyeretnya pergi.
Ibunya yang menyaksikan kejadian itu segera keluar dari kereta untuk cuba menyelamatkan anak perempuannya, namun dia diserang oleh seekor lagi harimau, dibunuh di tempat kejadian, dan diseret pergi. Si isteri yang terselamat kemudian menyaman pihak taman.
Kejadian di Sarawak. Budak ni kena serang dan dibaham buaya masa meranduk sungai cari ketam. Bapanya serta rakan2 nelayan yang lain cuba membantu, tapi dia dah tak bernyawa sebab lemas bila buaya tarik masuk dalam air.
Killed by Snake-Eaten Alive-No Chance To Fight Back
Biasalah mat saleh suka buat keje gile. Nak merasa sendiri pengalaman jadi arwah.
Dulu saya pernah pergi pertunjukan ular sawa. Trainer ular tu pelawa saya pegang, so dengan rasa teruja saya peganglah ular tu.
Baru letak kat tangan, belum apa2, tak sempat bagi salam - ular tu terus lilit dan belit lengan saya sekuat hati dia.
Saya stay diam2 je sbb tau kalau bergerak meronta karang jadi lauk pulak, so just kontrol macho jelah selawat2 sikit dalam hati....
Puas trainer tu urut2 badan dia pujuk2 dia. Siap cakap kat aku "Well, she really likes you, mate," sambil tersenyum2.
Like lah sangattt... Nasib baiklah trainer tu cun, sejuk sikit hati.
Gamaknya ular tu rasa saya ni ancaman pada dia dan trainernya kot. huhu..