BTC USD 85,694.7 Gold USD 4,341.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'DEMI MASA' manusia selalu terlupa

eizlien_82

Active+ Member
Messages
3,367
Joined
Dec 2, 2008
Messages
3,367
Reaction score
52
Points
30
Subject:'DEMI MASA' manusia selalu terlupa

1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
< 60th
> 70th
60th - 70th
(65th)
Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:

Mari kita muhasabah bersama..... .....!
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ....

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,
ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ..
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan:waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit!
Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris
orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang
selalu bergelumang dosa...

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... ........

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita....Akhirat
TAMAT
"Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan"
"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa''

* petikan dari e-mail...sama-sama renungkan ..:)cgrock
 
Masa Ibarat Kehidupan

Masa adalah anugerah Allah SWT yang paling berharga kepada manusia. Ia merupakan modal utama kehidupan yang menentukan kejayaan seseorang di dunia dan akhirat. Setiap detik yang berlalu tidak akan kembali, justeru Islam mengajar umatnya supaya menghargai masa, menggunakannya dengan baik, dan tidak membiarkannya sia-sia.

Imam al-Syafi‘i pernah menegaskan bahawa jika manusia benar-benar memahami makna Surah al-‘Asr sahaja, sudah cukup untuk menjadi peringatan bahawa masa adalah aset yang paling berharga dalam hidup.

Dalil Al-Quran dan Hadis

Al-Quran


Allah SWT menegaskan kepentingan masa dalam firman-Nya:

“Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Surah al-‘Asr: 1-3)

Ayat ini menunjukkan bahawa manusia akan rugi sekiranya membiarkan masa berlalu tanpa iman, amal soleh, kebenaran dan kesabaran.

Hadis

Rasulullah ﷺ mengingatkan umatnya tentang nilai masa melalui sabdanya:

“Dua nikmat yang sering dilalaikan oleh kebanyakan manusia: kesihatan dan masa lapang.”
(Riwayat al-Bukhari)

Baginda juga bersabda:

“Tidak akan berganjak kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang umurnya bagaimana ia dihabiskan, ilmunya bagaimana ia diamalkan, hartanya dari mana diperoleh dan ke mana dibelanjakan, serta tubuhnya untuk apa ia digunakan.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Hadis ini menegaskan bahawa masa adalah amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah.

Prinsip Menggunakan Masa dalam Islam

Islam menekankan pengurusan masa yang seimbang. Antara prinsip utama ialah:
1. Masa untuk Ibadah
• Solat lima waktu adalah tiang utama yang menyusun jadual kehidupan seorang Muslim.
• Membaca al-Quran, berzikir, dan berdoa juga merupakan pengisian masa yang diberkati.
2. Masa untuk Ilmu
• Menuntut ilmu adalah kewajipan sepanjang hayat.
• Rasulullah ﷺ bersabda: “Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap Muslim.” (Riwayat Ibn Majah).
3. Masa untuk Bekerja dan Mencari Rezeki
• Bekerja adalah sebahagian daripada ibadah apabila dilakukan dengan niat yang betul.
• Rezeki yang halal menyara kehidupan dan membina kekuatan umat Islam.
4. Masa untuk Keluarga dan Masyarakat
• Islam menuntut agar masa diperuntukkan untuk mendidik anak-anak, menjaga kebajikan ibu bapa, dan berbuat baik kepada jiran serta masyarakat.
5. Masa untuk Rehat
• Islam tidak menolak rehat dan hiburan yang dibenarkan. Rehat yang cukup menguatkan tubuh untuk terus beribadah dan berkhidmat.

Sikap Muslim terhadap Masa
1. Menghargai Setiap Detik – Tidak menangguhkan kebaikan kerana ajal boleh datang bila-bila masa.
2. Menyusun Keutamaan (Fiqh al-Awlawiyyat) – Mendahulukan yang wajib daripada yang sunat, yang utama daripada yang sampingan.
3. Konsisten dalam Amal – Amalan kecil tetapi berterusan lebih dicintai Allah berbanding amalan besar tetapi terputus-putus.
4. Mengelakkan Kelalaian – Membazir masa dengan hiburan melampau, perbualan sia-sia, atau perkara haram adalah tanda kerugian.

Masa adalah kehidupan. Setiap Muslim perlu menyedari bahawa setiap saat adalah peluang untuk menghimpun bekalan menuju akhirat. Orang yang bijak ialah mereka yang menghargai masa dengan memperbanyakkan amal soleh, menuntut ilmu, bekerja dengan ikhlas, menjaga hubungan sesama manusia, serta tidak melupakan hak tubuh untuk berehat.

Semoga kita termasuk dalam golongan yang menghargai masa sebagaimana firman Allah dalam Surah al-‘Asr, bukan dalam kalangan mereka yang rugi.

Dalam Islam, masa adalah amanah yang mesti digunakan untuk iman, amal soleh, menunaikan tanggungjawab, dan kebaikan kepada sesama manusia.

 
Back
Top
Log in Register