BTC USD 83,337.6 Gold USD 4,155.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

:: Definisi Dunia Hacking ::.

eyzzat

Fun Poster
Messages
141
Joined
Mar 15, 2006
Messages
141
Reaction score
0
Points
10
Mengikut sudut etika dan definisi sebenar hacker dan cracker adalah dua individu berbeza,walaubagaimanapun mereka boleh menjadi satu atau dikenali sebagai greyhat.Golongan ini berkeupayaan untuk mengambil alih sesuatu laman web dari pentadbirnya dan mempunyai kemampuan untuk memasuki sesuatu komputer walaupun ianya ber'password' dan memiliki pelbagai ciri keselamatan,namun,ia bergantung pada kebijaksanaan mereka melakukan hacking

Hacker
Hacker merupakan golongan profesional komputer atau IT,mereka boleh terdiri daripada
jurutera komputer,pengaturcara dan sebagainya yang memiliki pengetahuan tinggi dalam
sesuatu sistem komputer.Hacker mempunyai minat serta pengetahuan yang mendalam dalam
dunia IT sehingga berkeupayaan untuk mengenalpasti kelemahan sesutu sistem dengan
melakukan uji cuba terhadap sesuatu sistem itu.Namun,para hacker tidak akan melakukan
sebarang kerosakkan terhadap sesuatu sistem itu dan ia adalah merupakan etika seorang hacker.
Hacker biasanya menghabiskan sebahagian besar waktunya dengan melakukan pelbagai perkara
untuk lebih memahami dunia komputer dan mereka sentiasa ingin tahu dalam apa jua perkara
berkaitan dengan dunia komputer serta sentiasa belajar dari kesilapan.Mereka juga dikenali
sebagai golongan white hat.


Cracker
Golongan black hat yang menyimpang terlalu jauh.Golongan ini tidak mempedulikan akibat
perbuatan mereka serta kesan keatas orang lain.Golongan ini melakukan aktiviti haram demi
keseronakan serta kepentingan mereka semata-mata.Golongan ini dengan sengaja menceroboh untuk
melakukan perbuatan sabotaj,pengkhianatan dan sebagainya.Golongan inilah yang sebenarnya melakukan
perbuatan keji dalam dunia IT sama ada melakukan pencerobohan,spyware dan sebagainya tetapi golongan
hacker pula yang dipersalahkan.

Script Kiddies
Golongan ini juga adalah dari kaum cracker tetapi golongan ini tidaklah memiliki pengetahuan yang mendalam
dalam IT seperti bidang pengaturcaraan serta bagaimana komputer itu bekerja melainkan pegetahuan untuk
melakukan hacking.Aktiviti hacking mereka memerlukan bantuan perisian atau tool yang telah dicipta oleh
para hacker yang pada asalnya untuk tujuan kebaikkan tetapi telah disalah guna tetapi ada juga perisian
yang dicipta khas untuk melakukan aktiviti hacking.

Greyhat
ialah gabungan daripada hacker dan cracker.Golongan ini seperti hacker yang sangat berminat untuk
menguasai ilmu komputer.Golongan ini suka bertanya dan belajar serta tidak putus asa dalam mempelajari
ilmu komputer.Golongan ini sering melakukan pencerobohan dan melakukan kerosakkan tetapi mereka akan membiarkan
pentadbir sesuatu sistem atau laman web mengetahui aktiviti yang mereka lakukan,mereka mudah membahagi-bahagikan
ilmu mereka kepada sesiapa yang ingin mengetahui dan mempelajari hacking
 
Ade banyak kaum rupenye dalam dunia IT ek....



:D :D :D :D :D
 
.....goOd infoma.:D ..rase2...kat kategori mane ..tuan Rumah nie..heheheheh!
 
Back
Top
Log in Register