BTC USD 81,293.3 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk acu pistol

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor yang mahu membincangkan soal hutang, mendakwa terpaksa menempuh detik mencemaskan apabila diacukan pistol dan diugut tembak seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Jalan Raja Chulan di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 3.45 petang, mangsa berusia 30-an bersama rakannya diminta Datuk berusia lewat 40-an itu bertemunya di sebuah kafe di kawasan berkenaan bagi membincangkan hutang tertunggak berjumlah RM279,000.

Namun, keadaan menjadi tegang apabila perbincangan itu dikatakan menemui jalan buntu dan ahli perniagaan berkenaan mengarahkan dua pengawal peribadinya mengawal pergerakan mangsa.

Suspek kemudian tiba-tiba bertindak mengeluarkan sepucuk pistol daripada poket seluarnya dan mengacukannya ke arah mangsa sambil menjerit untuk mencederakannya.

Bagi menggertak mangsa, suspek turut mendakwa kononnya seorang lelaki yang berada di tepinya adalah pegawai polis dari Bukit Aman.

Selepas melihat mangsa dan rakannya ketakutan, suspek terus beredar dari lokasi kejadian.

Mangsa yang bimbang keselamatan dirinya membuat laporan di balai polis berdekatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Zulkarnain Abd Rahman, ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya sudah merekod keterangan suspek termasuk merampas pistol digunakannya untuk membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang pembabitan anggota polis dari Bukit Aman seperti didakwa dan suspek mempunyai lesen memiliki senjata api yang sah.

“Kita (polis) bagaimanapun tidak mahu berlakunya tohmahan atau dakwaan yang mungkin cuba memburukkan sebelah pihak saja dan memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
 
dah la hutang org...bleh plak nak ugut2...nak cilok sungguh...
camna nak maju kalau camni...
 
“Kita (polis) bagaimanapun tidak mahu berlakunya tohmahan atau dakwaan yang mungkin cuba memburukkan sebelah pihak saja dan memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

cover jgn tak cover
 
datok-datok skarang kurang kualiti....
 
sape utang sape ni..?

xpaham la..
 
Back
Top
Log in Register