kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,719
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,719
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin
Peningkatan keupayaan negara dalam pengumpulan dan analisis data pelancongan yang lebih tepat dijangka menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan sektor pelancongan negara dan rantau ASEAN.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata ia termasuk pendekatan statistik masa nyata yang membolehkan Malaysia menilai impak pelancongan dengan lebih pantas dan berkesan berbanding kaedah konvensional sebelum ini.
"Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan data raya kini memainkan peranan penting dalam memperkukuh keupayaan statistik pelancongan negara.
"Sebagai contoh, melalui data kedudukan mudah alih pihak berkaitan dapat meneliti pola pergerakan pelancong, destinasi tumpuan, serta kecenderungan mereka terhadap aktiviti tertentu dan data ini membantu kita menilai keperluan fasiliti dan merancang intervensi yang lebih tepat," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri Program Rekreasi dan Sosial Korporat sempena Sesi ke-15 Jawatankuasa Sistem Statistik Komuniti ASEAN (ACSS15) di Perkampungan Hang Tuah, Duyong di sini hari ini.
Mohd Uzir berkata elemen itu penting memandangkan sektor pelancongan negara sedang menunjukkan pemulihan memberangsangkan apabila statistik terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan peningkatan jumlah pelancong dometik dan antarabangsa, menyaksikan Melaka kekal antara destinasi popular.
Meskipun dalam keadaan ekonomi tidak menentu, sektor pelancongan tetap mencatat nilai tertinggi mencecah hampir RM210 bilion dengan kedatangan pelancongan domestik dan asing menerusi promosi berterusan.
"Untuk itu DOSM akan membantu dengan menyediakan data-data statistik yang boleh digunakan untuk memacu pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan termasuk kaedah mempromosikan terbaik sekali gus memberi impak berterusan serta memperkukuh sektor ekonomi serta isi rumah.
"Apa yang penting sekarang adalah bagaimana kita boleh memastikan pelancong yang datang akan kembali semula, bukan sekadar kunjungan sekali sahaja," katanya.
Data, Statistik Tepat Pacu Sektor Pelancongan
pelancongan, data, statistik, DOSM, Mohd Uzir Mahi