hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,546
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,546
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Menerusi video kelihatan lelaki berkenaan dipercayai dengan sengaja cuba melompat ke arah beberapa kereta agar dilanggar.
Tak dinafikan di masa kini ramai individu yang sanggup membahayakan diri demi kepentingan sendiri untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah.
Sebagai contoh sejak beberapa tahun lalu tular banyak video memaparkan tindakan segelintir individu yang bertindak melintas di hadapan kereta dipercayai untuk menuntut tuntutan insuran kerana dilanggar.
Malah mereka yang melakukan perkara ini turut dilihat seperti langsung tidak memikirkan keselamatan diri sendiri.
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan tindakan seorang lelaki yang dilihat cuba melompat ke arah kenderaan yang berjalan di sebuah lebuh raya dari Tapah ke Kuala Lumpur.
Namun tidak lama kemudian kelihatan sebuah kereta Proton Saga di hadapan kenderaan perakam secara tiba-tiba menukar laluan ke lorong tengah dalam keadaan mencemaskan.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan penumpang dan pemandu terkejut apabila secara tiba-tiba muncul seorang individu sedang berdiri di antara lorong kiri dan tengah.
Individu itu pada mulanya seperti ingin melompat ke arah Proton Saga namun gagal kerana kereta tersebut berjaya mengelak.
Tidak berputus asa dengan perkara itu, lelaki berkenaan kemudiannya dilihat melakukan perkara sama ke arah kenderaan perakam.
Namun pemandu sempat mengelak ke laluan kecemasan daripada melanggar individu berkenaan.
Kelihatan individu terbabit turut meletakkan motosikal dipercayai miliknya di lorong kecemasan.
“Dia melompat di hadapan kereta kami dan kenderaan lain di tengah-tengah lebuh raya. Tapah ke Kuala Lumpur,” tulisnya.