BTC USD 84,216.9 Gold USD 4,265.15
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ciri-ciri akhlak islam

serban hitam

Active Member
Messages
1,147
Joined
Aug 14, 2009
Messages
1,147
Reaction score
147
Points
33
-Islam menyeru agar manusia menghiasi jiwa dengan akhlak yang baik dan menjauhkan diri dari akhlak yang buruk. Yang menjadi ukuran baik dan burukna adalah syarak, iaitu apa yang diperintahkan oleh syarak, itulah yang baik dan apa yang dilarang oleh syarak itulah yang buruk.

-Lingkungan skop akhlak Islam adalah luas meliputi segala perbuatan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk selain manusia. -Islam menghubungkan akhlak dengan keimanan. Orang yang paling sempurna keimanannya ialah orang yang paling baik akhlaknya.

-Adanya konsep balasan dan ganjaran pahala atau syurga oleh Allah dan sebaliknya orang yang berakhlak buruk akan mendapat dosa atau disiksa dalam neraka.
 
1000496354.jpg


AKHLAK YANG DICINTAI ALLAH SWT

Daripada Husain bin ‘Ali RA, Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah SWT menyukai perkara-perkara (akhlak-akhlak) yang tinggi dan mulia dan Allah SWT membenci perkara-perkara (akhlak-akhlak) yang keji.” (Riwayat al-Tabarani 2894)

Mari kita hiasi diri dengan akhlak terpuji yang dicintai oleh Allah SWT. Jadilah insan yang memperindah peribadi, berakhlak mulia, dan sentiasa berbuat kebaikan kepada sesama.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang disukai oleh-Nya.

#jakim
#akhlakrasulullah
#malaysiamadani
#pelntransformasialfalah
 
Mari kita senyum selalu & membantu yg memerlukan.

Senyuman mampu buat orang lain rasa disayangi dan bahagia.

Membantu org yg memerlukan bantuan (kerana Allah) itu juga akhlak yg mulia.

Bersyukur setiap hari & bersangka baik dgn takdir Allah.
 
Ada juga yang xpaham benda nie

Dia rasa benda dia buat tu agama, dia tolak bab akhlak menghormati org lain

Tgh panas budaya konoha kejut sahur beramai2 bawa ke Malaysia... katanya benda baik depa buat, adab ngan orang2 lain dah ke mana
 
Allah Maha Pengampun.

Maafkanlah org slalu,
Allah maafkan kita (dunia & akhirat) dan anugerahkan syurga & masuk syurga cepat

Bersangka baik dgn Allah,
Berdamai dgn takdir.

Mari amalkan akhlak2 mulia ini.
 
1000519712.jpg


❇️ KALAM HIKMAH ❇️

لا مروءة لكذوب ولا ورع لسيء الأخلاق

Tiada maruah bagi seorang yang suka berdusta dan tiada warak bagi seorang yang akhlaknya buruk.

#UmmahFadhilah
#IndahnyaIslam
#KalamHikmah
 
Back
Top
Log in Register