BTC USD 84,783.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cintakan Allah dan Rasul.

chaphoo

Active+ Member
gem
Messages
4,362
Joined
Dec 13, 2007
Messages
4,362
Reaction score
1,019
Points
101
Kadang-kadang ada pendapat mengatakan "tindakan mencintai Rasulullah berlebihan sehingga melebihi Allah"..

mengikut Sheikh Ali Al-Jefri kata-kata sebegini sebenarnya adalah syirik khafi, kerana membuat perbandingan antara mencintakan rasul dengan mencintakan Allah.



sama-sama kita hayati ceramah Sheikh Habib Ali AL-Jefri di bawah:


(lihat minit ke 2.32, mungkin sedikit kesilapan dari translator, bukan Insya Allah tapi Mashi'ah Allah, sheikh menceritakan konsep perbezaan antara hadis mengenai kehendak Allah dan cintakan Allah)

Sheikh membuktikannya dengan hadis dibawah:


“Tiga perkara menyebabkan terasa kemanisan iman, Allah dan Rasul-Nya hendaklah dicintai lebih daripada yang lain, mencintai manusia kerana Allah semata-mata dan benci kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya seseorang untuk dicampakkan ke dalam api neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

sumber hadis: http://anizyn.blogspot.com/2009/06/merasai-kemanisan-iman.html#ixzz2ESfMURBs




kita juga boleh menjumpai corak yang sama struktur ayat 'mencintai Allah dan Rasulnya' seperti hadis di bawah



"(Seseorang kamu tidak beriman (masih tidak sempurna Iman) sehingga Allah dan Rasul-NYA lebih disayanginya (dicintainya) daripada apa yang selain kedua-dua itu (Allah dan Rasul-NYA)...)"
[Musnad Ahmad No.13991, Sheikh Shu'aib al-Arnouth menilai: Isnadnya Sahih mengikut Syarat Al-Bukhari dan Muslim]

sumber hadis: http://www.iluvislam.com/tazkirah/n...nya-cinta-makhluk-berbeza-atau-berkaitan.html



p.s: ikuti juga siri Ayyuhal Murid ceramah sheikh habib ali yang amat memberi kesan kepada jiwa kita...insyaAllah. :)
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register