BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News China Melancarkan Rangkaian Satelit Seakan Starlink

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
China kini mempunyai rangkaian satelit yang menawarkan perkhidmatan internet seakan Starlink. Sebanyak 18 satelit yang di bawah program “Buruj Seribu Layar” dilancarkan oleh Shanghai Spacecom Satellite Technology semalam. Ia adalah langkah pertama dalam perancangan melancarkan 15,000 satelit menjelang 2030.

IRIS2-Eropah-Internet-Satelit.jpg.webp


Buruj Seribu Layar ialah salah satu daripada tiga buruj yang akan dilancarkan China bagi menawarkan perkhidmatan internet ke setiap titik di muka bumi. Apabila ketiga-tiga sistem dilancarkan sepenuhnya, sebanyak 23,000 lagi satelit akan berada di orbit. Kesemua satelit akan dilancarkan ke orbit bumi rendah (LEO) yang juga orbit yang digunakan oleh Starlink.

Dengan rangkaian yang dimiliki syarikat tempatan, China boleh memastikan perkhidmatan tanpa henti dapat dinikmati tidak seperti gangguan yang dialami oleh pelanggan Starlink di Rusia selepas sekatan teknologi dikenakan. Selain China, Eropah akan melancarkan rangkaian IRIS² sementara Amazon pula melancarkan Project Kuiper tahun lalu dengan kemampuan yang sama.

Sumber asal https://finance.sina.com.cn/jjxw/2024-08-05/doc-inchqtkf7752197.shtml
 
China takkan pernah menyerah sebelum bertarung
Haha
Tau2 lepasni jual copyori starlink harga 10% haha mampos mas elon
 
senang je kene duplikasi..
 
Back
Top
Log in Register