BTC USD 63,485.5 Gold USD 4,339.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News China Ingin Bangunkan Internet Adikomputer

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
Kementerian Teknologi di China kini membincangkan perancangan dalam membangunkan sebuah “internet adikomputer” atau “supercomputer Internet” dalam usaha untuk terus memperkembangkan keupayaan penyelidikkan di negara tersebut. Melalui “internet adikomputer” ini, China menyasarkan untuk membangunkan rangkaian yang menghubungkan semua adikomputer (supercomputer) – sekaligus membolehkan pengguna mengaksesnya melalui platform seumpama pelayar web. Mengikut perbincangan awal, sekitar 15 organisasi dan universiti telah menyatakan hasrat dalam membangunkan rangkaian adikomputer ini. Ini sekaligus dijangka akan membolehkan pembangunan dan penyelidikkan lebih kritikal dan berkuasa dilakukan antara industri.

Ini juga dijangka membantu dalam arena aeroangkasa dan juga perubatan. Sebelum ini sendiri kita sedia melihat penggunaan adikomputer dalam kajian melibatkan koronavirus. Dengan perkembangan ini, seterusnya China menyasarkan dalam pembangunan rangkaian yang efisien dan perkhidmatan adikomputer yang mudah-diakses industri dan para pengkaji rentas industri. China menyasarkan perkembangan internet adikomputer ini direalisasikan menjelang 2025 kelak.​

LUMI_supercomputer_2022_web.jpg

Sumber asal https://www.scmp.com/news/china/sci...ercomputer-internet-solve-industry-challenges
 
Back
Top
Log in Register