BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu fitnah Ebit Lew beri bantuan ke Gaza, siasatan polis telah bermula

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836

Caprice Berangkat Ke Gaza – “Last Minute Dapat Kebenaran Masuk Cairo-Gaza, Cuma…”​

Penyanyi rap dan usahawan Caprice akhirnya berjaya merealisasikan impiannya untuk menjalankan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.
Berita tersebut dikongsi Caprice menerusi hantaran terbarunya di laman sosial Instagram (IG), kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Menurut Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, dia mendapat kebenaran pada saat akhir namun berseorangan ke sana.

Bagaimanapun katanya, dia bersyukur dan memohon pengikut serta orang ramai mendoakan perjalanannya di permudahkan.

Plese doa for me Malaysia. Last minuteCaprice dapat kebenaran untuk masuk ke Cairo-Gaza…Cuma kita kena flysorang-sorang malam ni,” katanya.
Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 600,000 tontotan dengan hampir 7,000 ribu komen sejak ia dimuat naik sembilan jam lalu.
Selain itu Caprice turut meluahkan perasaan terpaksa meninggalkan kedua-dua ibu dan bapanya menerusi ruangan IG Story.

Menerusi hantaran tersebut, Caprice berkata ibu dan bapanya memberikan sokongan serta berpesan supaya tidak menoleh ke belakang lagi selepas keputusan dibuat.

“Baru selepas ucapkan selamat tinggal kepada ibu dan ayah. Mereka kata bila dah niat untuk ke Gaza jangan toleh ke belakang lagi,” tulisnya.
Caprice sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk mengikut jejak pendakwah bebas Ebit Lew untuk menjalankan misi kemanusiaan di Gaza.
Malah, dia yang sepatutnya berangkat pada awal Jun lalu terpaksa menangguhkan perjalanan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0
caprice-berangkat-ke-gaza.jpg


Dalam perkembangan lain, semalam Caprice dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 kerana gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka dalam penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 di sebuah hotel, April lalu.

Sementara itu lima lagi selebriti yang juga tetamu pada majlis tersebut masing-masing dikenakan kompaun RM1,500.

Berikutan keputusan tersebut Caprice reda dan akan membayar kompaun dikenakan syarikatnya Rindu Raudah Sdn Bhd namun terkilan kerana semuanya berpunca daripada seorang personaliti media sosial.

Caprice berasakan reputasi syarikatnya tercalar dan berasa tidak adil kerana orang lain terkena tempiasnya.

caprice-berangkat-ke-gaza1.jpg
 

Ab Jalil Backer

2m ·

Jawapan Ebit Lew hari ini:

1. Tidak benar beliau membayar hampir setengah juta kepada syarikat Halaa untuk masuk ke Gaza seperti yang didakwa oleh Nadir.

2. Beliau juga tidak menggunakan nama entiti Miles of Smiles yang Nadir sebutkan. Malah beliau mendedahkan Miles of Smiles yang disebut oleh Nadir sebagai perantara yang bagus sebenarnya mengenakan caj USD10K satu kepala.

3. Sebaliknya setelah mendapat kelulusan UEL menggunakan syarikat yang disyorkan oleh perisikan Mesir.

4. Semua urusan pengagihan barangan yang beliau berikan diuruskan oleh Egypt Red Cresent dan Palestine Red Cresent. Tidak benar dakwaan Nadir bahawa barangan itu tersangkut dan tidak akan dapat diagihkan. Semalam telah keluar video Egypt Red Cresent membawa masuk barangan UEL dan lain-lain penderma. Video dikeluarkan oleh Kerajaan Mesir.

5. Menwab tuduhan Nadir beliau membazir wang penderma, UEL menyatakan beliau tidak membawa sebarang dana orang ramai atau kerajaan dalam misi ke Gaza. Beliau menggunakan wang sendiri

6. UEL menyarankan orang yang sepatutnya membentangkan penyata sumbangan ialah Nadir sendiri kerana beliau mendakwa mendapat sumbangan RM20 juta setahun.

Pernahkah Nadir menerangkan secara terperinci kepada orang ramai mengenai perbelanjaan RM20 juta tersebut?

Live explanation Ebit Liew
1. Masuk ke Gaza dengan kos 2.5k USD seorang dengan Lucky Tour Co.

2. Tak pernah berurusan dengan Hala Company, menepis tuduhan Saudara Nadir.
Miles of Smiles nak charge 10k USD

3. Pergi dengan duit sendiri, tak pernah bukak tabung untuk Gaza.
Selain tu ada sumbangan rakan rakan terdekat dan fb.
Tapi enggan dedahkan nama dan kos.

4. Tak pernah cium kaki Menteri

5. Stay kat sana 33 hari sebelum dapat ke Gaza.

6. UEL minta audit balik duit yang selalu dihantar ke Gaza 20m setahun under NGO saudara Nadir.

7. Menafikan buat lari documents, yang didakwa Caprice, dan dikatakan tak ajak dia join sekali

8. Block Caprice, sebab ketika ayah dia nazak, Caprice sibuk kacau dia dengan bahasa tak sedap.

9. Apa yang terjadi tak nak salahkan team, nak salahkan diri sendiri.

10. Tuduhan team macam Mafia,
Kebetulan dia orang tengah pakai jacket…
Itu saja.

11. Surat saman akan dikeluarkan jika fitnah
Tak pernah makan kelililing, beli barang kat Ebit Lew Mart seperti dituduh.

12 Income dari training, “Keluarga Sunnah” contohnya satu organisasi,
Mais jumlahnya 7000 orang x RM 100 , boleh dapat 700k sahari.

13. Dah lama berniaga, ada restaurant dan butik.

Kalau ada points misleading, tolong inform ye.

Kalau ada link share

Ebit Lew bersiaran langsung sekarang.​

Sebentar tadi ·


Jadiker yg nak dibongkarkan tu?

Ada orang buat laporan polis kata Caprice
https://www.kosmo.com.my/.../kebenaran-akan-terbongkar.../



1626871863497.png



CAPRICE memaklumkan pembatalan IG LIve pendedahannya malam ekoran terdapat laporan polis mengenai perkara tersebut.

Kebenaran akan terbongkar sendiri, Caprice batalkan IG Live​


  • 21 Julai 2021, 5:39 pm


PETALING JAYA – Kerbau diikat pada tali, manusia diikat dengan janji, namun hasrat penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan, Caprice untuk mengotakan janjinya dan muncul dalam Instagram (IG) Live, pukul 10 malam ini bagi menjernihkan keadaan selepas mencetuskan kontroversi membabitkan Ebit Lew serta misi ke Gaza, Palestin nampaknya tidak kesampaian.

Pemilik nama sebenar Ariz Ramli, 32, menerusi InstaStorynya sebentar tadi menjelaskan, sesi siaran langsung yang dijanjikan sejak beberapa hari lalu terpaksa dibatalkan. Menurut Caprice terdapat laporan polis telah dibuat berhubung perancangannya.

“Minta maaf guys, ada orang yang sudah buat laporan polis dan Caprice tak dapat buat Live (siaran langsung) pukul 10 malam ini. Insya-Allah the truth will be revealed by itself (kebenaran akan terbongkar dengan sendiri),” tulisnya dalam satu InstaStory berserta satu kenyataan media Bukit Aman berhubung penularan kisah Ebit dan dirinya dalam media sosial.

Caprica dalam hantaran berlainan mengakui sudah penat dengan situasi yang dilalui. Biarpun sudah mengakui dan memohon maaf atas segala kesilapan, dia tetap berasa kecewa memandangkan masih ada pihak menggunakan kuasa untuk menyembunyikan kesalahan tertentu. Situasi yang disifatkan kali kedua tersebut cukup memenatkan.

“Saya sudah cukup penat dan serah semua kepada Allah. Saya pilih untuk melupakan semua ini untuk kebaikan. Saya belum benar-benar pulih daripada pengalaman ini tetapi insya-Allah, saya akan menemui ruang untuk memperbetulkan diri,” katanya.

Dalam pada itu, Caprice menerusi beberapa hantaran InstaStorynya hari ini mengakui kesilapan disebabkan terlalu mengikut perasaan, sekali gus mahu menutup buku atas segala yang berlaku.

“Saya berharap dapat tutup buku dan jalan terus ke depan. Saya bersalah sebab terlalu mengikut emosi dan marah.
“Cara saya tetap salah. Tidak mengapa, Islam mengajar kita untuk minta maaf jika melakukan kesilapan, maafkan orang.
“Jumpa anda di IG Live, malam ini,” tulisnya menerusi Instagramnya.

Caprice turut mengulang siar tangkap layar beberapa permintaan maaf daripada netizen, terutama selepas seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau Nadir Al-Nuri membuat penjelasan berhubung isu berkenaan.

Malah Caprice menegaskan sudah memaafkan semua orang yang pernah mengecamnya selain meminta maaf kerana tidak mampu membalas semua komen.

“Alamak, banyak sangat menghantar mesej langsung minta maaf secara tiba-tiba. Dengan hantaran ini, terus-terang, saya sudah memaafkan semua yang caci maki saya.

“Alhamdulillah, saya banyak belajar mengenai kesabaran, perjuangan dan Palestin sejak kisah saya menjadi tular.

“Saya perlu tidur sekarang. Maaf, saya tidak dapat membalas semua mesej langsung, tetapi saya tetap membaca kesemuanya.

“Saya banyak belajar daripada kesilapan dan sangat bersyukur atas perjalanan ini. Saya tidak akan berhenti berjuang,” tulisnya yang ingin keadaan kembali tenang selepas penjelasannya malam ini.

Terdahulu, penyanyi yang masih berada di Mesir itu memaklumkan mahu membuat pendedahan mengenai kisah di sebalik kontroversi tercetus membabitkan misi bantuan ke Gaza itu pada pukul 10 malam ini.

Namun poster berkaitan pendedahan serta makluman di IG Live bersama dua individu misteri sudah dipadamkan.

Terdahulu, kemelut didakwa berpunca daripada teguran penduduk Gaza yang diluahkan menerusi media sosial terutama mengenai cara pasukan Ebit Lew menghulur bantuan termasuk perkongsian gambar memberi hadiah kepada kanak-kanak Palestin.

Perkongsian Caprice nyata mengundang kecaman apabila dikatakan sengaja mengheret nama dermawan terbabit semata-mata disebabkan tidak dapat memasuki Gaza.

Bagaimanapun, awal minggu ini dia tampil pula membuat permohonan maaf kepada pemimpin negara dan seluruh rakyat Malaysia dengan mengakui kemelut itu tiada kaitan dengan pihak lain.

Isu Caprice dan Ebit terus meraih perhatian ramai termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menasihatkan mereka supaya berdamai.

Sebelum ini, Caprice berangkat ke Mesir bagi menyertai misi kemanusiaan bersama Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) yang diketuai Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Namun usahawan yang turut membangunkan aplikasi Mengaji.com dan Rajin.com memaklumkan akan meneruskan misi jihad seorang diri apabila rombongan HM4P pulang ke tanah air. – K! ONLINE


Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

· 6m ·

Teguran Nadir terhadap Ustaz Ebit Lew dan teamnya.




1626839759426.png

1626839772270.png

1626839781816.png

1626839789620.png

1626839796726.png





Hishamuddin Abdullah

2j ·

Nadir Al-Nuri:

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

CORETAN PERIBADI MISI TIM EBIT LEW (EL), SEBUAH TEGURAN, IKTIBAR & PEDOMAN

Assalamualaikum W.B.T, di hari yang besar dan mulia ini bagi seluruh Umat Islam yang menyambutnya saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Salam Aidiladha. Sebagai seorang insan yang lemah dan kerdil tertarik untuk berkongsi beberapa perkara setelah menerima pelbagai persoalan, cacian dan fitnah daripada kalangan mereka-mereka yang tidak mengenali saya.

Saya tidaklah mewakili mana-mana pihak melainkan ianya adalah dari tinta pengalaman peribadi sendiri yang terlibat secara langsung dan tidak langsung berkaitan misi ke bumi Gaza oleh kru dan tim EL.

Walaupun saya jauh berkelana di bumi Gaza dan tidak mengenali EL secara dekat, saya telah mengikuti semua cerita-cerita kebajikan EL di Malaysia dan menjadikannya inspirasi untuk mendapatkan semangat terus bekerja dan berbakti di bumi Gaza ini khususnya di waktu-waktu tertekan dengan cabaran kerja-kerja NGO, urusan pengajian sarjana muda kedua dalam bidang Syariah dan mengurus keluarga. Walaupun ada suara kecil hati pernah terdetik untuk berehat dari dunia kemanusiaan ini yang dikecimpung setiap hari setiap jam sejak 2013 di sini, alhamdulillah hasil inspirasi daripada orang-orang hebat dan sokongan rakyat saya gagahkan diri terus berbakti dan bekerja tanpa menoleh kebelakang.

Secara peribadai saya tidak pernah menyimpan perasaan dengki, iri hati apalagi memperlekehkan perjuangan seseorang yang umum mengetahui adalah seorang insan hebat dan terkenal di bumi Malaysia. Penulisan ini hanyalah tidak lain sebagai teguran kasih-sayang, iktibar dan pedoman untuk mendidik terutama bagi diri saya, tim EL dan semua yang terlibat. Saya pasti EL dan timnya sebagai contoh dan pedoman kepada masyarakat yang sentiasa mengajak kepada berkasih-sayang dan persaudaraan mampu menerima nasihat dan pandangan daripada rakan seagamanya.

Terlebih dahulu saya juga meminta maaf sekiranya kata-kata saya sebelum ini di salah ertikan atau ditafsirkan oleh pihak media, tim EL dan masyarat sebagai unsur-unsur dengki atau mengejek, walau jauh sekali di lubuk hati saya berfikir sedemikian. Di sini saya ingin membuat beberapa coretan berkaitan Misi Bantuan EL ke bumi Gaza dan Misi Tim EL ke bumi Gaza. Nampak serupa tapi tidak sama.

MISI BANTUAN EL KE BUMI GAZA
Perkara pertama yang ingin saya kongsikan adalah berkaitan Misi bantuan EL ke Bumi Gaza, selepas mendengar perkhabaran ini, sayalah orang yang paling gembira kerana tidak sabar untuk berkhidmat untuk menjayakan misi bantuan beliau ini terutamanya apabila saya di hubungi oleh individu bernama Ustaz Zul dari tim EL yang bertanya bagaimana mahu mengirim bantuan ke Gaza (SS 1). Dengan segera saya terus menghentikan sementara kerja-kerja harian saya untuk mengutamakan penyediaan kertas kerja pek makanan secara terperinci dan menghantar semula kepada individu dari tim EL.

Selepas beberapa hari berlalu dan tiada sebarang maklum balas atau respon daripada tim EL maka saya meneruskan kerja-kerja bantuan dari NGO lain dengan mengandaikan tim EL terlalu sibuk dengan bantuan khidmat di Malaysia disebabkan PKP.

MISI TIM EL KE BUMI GAZA
Selang beberapa hari saya di kejutkan oleh kawan-kawan dan media berkaitan tim EL ingin membuat misi masuk ke Gaza dan sudah berada di Cairo Mesir, hati kegembiraan saya terpancar lagi walaupun ada rasa tertanya kerana sukarnya misi ini untuk berjaya kerana situasi PERANG. Sehinggalah saya mengemaskini status di paparan facebook peribadi saya dengan mengalu-alukan kedatangan tim EL dan berdoa semoga misi ini berjaya walaupun ianya agak sukar disamping BERJANJI akan menjadi ORANG PERTAMA menyambut Tim EL di sempadan bumi Gaza dan akhirnya saya mengotakan janji saya (rujuk video yang dikongsikan di bawah).

Semasa tim EL di Cairo, saya cuba beberapa kali untuk berhubung dengan tim EL untuk mendapatkan perkhabaran tetapi tiada sebarang maklum balas. Sehingga rakyat Malaysia dan media menjadi risau tentang kehilangan ‘Hero Malaya’. Selama sebulan tim EL terus sepi, timbul pelbagai spekulasi keselamatan terancam dan sebagainya, walaupun hakikat ia jauh dari kebenaran.

Tim EL dimaklumkan rakan-rakan di Cairo masih di bilik hotel, boleh pergi bersiar-siar di kawasan pelancongan Husein dan melawat piramid (seperti post oleh PAnya) sambil menunggu usaha agar diberi kebenaran memasuki ke Gaza.

Alangkah baiknya ketika itu dinaikkan post dan ditenangkan hati jutaan pembaca bahawa keadaan mereka baik dan urusan masuk ke Gaza tersekat dan mereka perlu terus menanti keizinan? Senyap mereka dan soalan bertubi-tubi netizen di puluhan sesi LIVE membuatkan saya mengambil tanggungjawab untuk menulis post menasihati mereka supaya memaklumkan kepada pembaca tentang keadaan mereka, sehingga akhirnya dikeluarkan post oleh EL bahawa mereka selamat dan tidak ada bahaya apa pun ke atas mereka.

Walaupun telah mendapat liputan luas media tentang perjalanan EL ke Gaza, seperti dijangka usaha mereka terbantut apabila keizinan tidak diberikan oleh pihak Mesir.

Malah apabila Director General Kementerian Luar bertanya kepada saya tentang Tim EL (individu yang bertanya, Encik Mahmoud Al-Madhoun adalah individu yang sama yang memberikan tim EL sijil Duta Muhibbah, sijil yang diberikan kepada SEMUA ahli rombongan dari semua NGO yang masuk ke Gaza untuk memberi bantuan sebagai penghargaan), saya memberikan jawapan positif mengalukan kehadiran mereka dan mencadangkan Kementerian Luar menunjukkan kepada mereka projek apa yang sebaiknya dilaksanakan dan membawa isu Palestin ke persada memandangkan EL mempunya ramai pengikut di media sosial (SS2).

Hubungan saya dengan Encik Mahmoud sangat baik dan hampir setiap bulan pasca perang kami bertemu untuk membincangkan projek-projek paling utama dan prioriti untuk dilaksanakan di Gaza. Begitu juga dengan Timbalan Menteri Pembangunan Soisal Dr Ghazi, Ketua JK Belia dan Budaya Encik Ahmad Muhaisin dan wakil Kementerian Kesihatan Dr Ashraf yang ada dalam gambar ini, kami jumpa setiap bulan untuk berbincang.
Terjemahan : Pada pandangan saya kita menyambutnya dan menunjukkan projek apa yang bagus dijalankan, saya tak pasti berapa beliau dapat bantu tetapi pengikutnya antara yang paling ramai di Malaysia dalam kerja kebajikan dan ia akan membantu isu Palestin secara media.
Dan dijawab Mr Mahmoud "Saya bersetuju dengan pandangan ini."
Timbalan-timbalan menteri yang saya jumpa hampir setiap bulan untuk berbincang tentang prioriti projek di Palestin.
PEMBELIAN BANTUAN DARI CAIRO UNTUK DI BAWA KE GAZA
Sebelum ini saya pernah memaklumkan kepada media bahawa cara
terbaik

untuk memberi bantuan kedalam bumi Gaza adalah dengan pembelian barangan keperluan di dalam pasaran tempatan di Gaza, kerana terdapat banyak kebaikan yang boleh dimanfaatkan terus kepada masyarakat yang memerlukan. Telah banyak pengalaman-pengalaman NGO seluruh dunia cuba untuk memasuki Gaza dengan membawa barangan-barangan keperluan sehingga tersadai dan terbiar di sempadan Gaza dalam bentuk perubatan dan makanan sehingga tamat tempoh dan tidak boleh digunakan. Akhirnya berlaku pembaziran yang amat dahsyat. Perkara ini telah menjadi pengajaran kepada semua NGO-NGO bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.
Amat terkejut bila mana saya melihat di media sosial pembelian barangan bantuan 4 lori yang dibeli di Mesir untuk di bawa masuk ke Gaza. Terpanggil saya untuk memberi teguran manja sedikit berkaitan bantuan yang ingin disampaikan ke Gaza, tetapi disalah ertikan dan ditafsirkan oleh sebahagian pihak bahawa teguran itu bermakna saya mahukan bantuan sampai melalui saya. Sekiranya teguran kecil tidak dapat diterima bagaimana umat kita ingin bersatu untuk menjayakan misi lagi besar masa akan datang?

Persoalan lain pula timbul di mata masyarakat bagaimana barang-barang yang sudah di beli di Cairo tersebut? Adakah bantuan ini sudah berjaya masuk? Setahu saya ia masih lagi tersadai di Mesir beserta bantuan-bantuan lain yang tidak dibenarkan masuk lagi pun. Bukankah ia satu pembaziran? Saya menyeru pihak tim EL untuk berani tampil memberi pencerahan dan penjelasan supaya tidak timbulnya bibit-bibit fitnah lain. Dengan mem’block’ atau membuang komen-komen pertanyaan tersebut di media sosial kalian tidak dapat menyelesaikan masalah pokok ini kerana tujuan asal misi adalah untuk membawa masuk bantuan tersebut.

FITNAH 1. SAYA DENGKI EL MASUK KE GAZA?
Umum mengetahui bahawa dalam puluhan LIVE yang saya dijemput berkongsi pasca perang, penonton mendesak bertanya tentang status EL dan timnya yang tidak mengambil tanggungjawab memaklumkan keadaan mereka sendiri. Berpuluh kali saya terpaksa menjawab bahawa mereka belum masuk, hendak masuk ke Gaza susah dan akhirnya saya sebut ‘hanya wali saja yang dapat masuk ke Gaza’, dengan makna hebat betullah orang yang dapat masuk ke Gaza ketika ini, dan alhamdulillah, dengan takdir Allah setelah penantian panjang tim EL berjaya juga masuk ke Gaza. Gurauan manja ini bukan lah untuk saya mengejek atau menyindir, jauh dari lubuk hati saya untuk berfikiran sedemikian, tetapi ianya diinterpretasi dengan tafsiran dengan nada yang berbeza dan dipotong dari video panjang. Ia seolah kita berkata kepada rakan, kau memang power gila kalau dapat angkat batu gedabak ini dan hadir dalam bentuk gurauan, bukan mengejek. Apapun saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada semua yang terasa.

Sesiapa yang mengikuti paparan facebook saya pasti pernah melihat posting berkaitan saya menanti ketibaan tim EL kedalam Gaza. Apabila saya mendengar berita daripada Kementerian Luar di Gaza memaklumkan yang tim EL telah sampai ke sempadan Rafah di Mesir, lantas saya bergegas ke sempadan untuk menyambutnya bersama anak saya Naeem. Jam ketika itu menunjukkan pukul 11 malam dan kami baru selesai seharian berprogram tetapi digagahkan juga untuk bangun dengan penuh keterujaan manyambut kedatangan orang Malaysia ke negeri ini setelah dua tahun tidak melihat wajah dari negara sendiri dengan harapan dapat berkhidmat, membantu memudahkan urusan atau sekurangnya beramah mesra untuk mengubati kerinduan berjumpa orang Melayu.

Kami sampai dan mendapati wakil Kementerian Luar yang memang bertugas di dewan VIP telah pun berada di sana, selainnya dewan kosong kerana sudah lewat malam. Tak lama selepas itu dua orang wakil Persatuan Bulan Sabit Merah pula sampai. Kami berlima duduk bersama dan wakil Kementerian Luar seronok bercerita pengalamannya ke Malaysia dan bagaimana layanan sangat baik diberikan kepadanya oleh orang kita (walaupun dalam tempoh dua minggu di Malaysia dia tak dapat menyesuaikan diri dengan makanan pedas kita!)
Jam 2am, kami dimaklumkan rombongan sudah melepasi sempadan Rafah sebelah Mesir dan akan masuk ke Gaza. Perasaan ketika itu seronok bukan kepalang. Saya ditolak wakil Kementerian Luar berada di barisan hadapan menyambut rombongan dan apabila turun dari bas, sebahagian tim bersalam sedangkan separuh lagi termasuk EL berjalan jauh daripada saya. Tidak ada sepatah kata pun dituturkan oleh seluruh tim kepada saya melainkan ‘bodyguard’nya yang terus menegur dan membisik ke telinga saya, awak orang Malaysia kan, jangan buat LIVE ya, kita dah ada Astro di sini (Rujuk Video).

Pelik dan terkejut, ketika itu saya menyedari kehadiran saya tidak disenangi. Saya berjalan di belakang rombongan, cuba menjauhkan diri tetapi apabila EL diminta duduk di kerusi VIP, wakil Kementerian Luar memanggil saya dan meminta saya duduk di sebelahnya. Saya menolak kerana tidak mahu menimbulkan suasana tidak selesa tetapi setelah dipaksa, saya akur.

EL yang duduk di sebelah langsung tak menegur, tak menghulurkan tangan untuk bersalam dan barangkali kerana kepenatan tergesa-gesa untuk bangun semula. Mereka bangun untuk solat dan saya memerhatikan dari jauh, cuba memahami apa yang sedang berlaku. Beberapa keping gambar diambil untuk memaklumkan kepada pihak berwajib bahawa mereka telah selamat sampai, tiba-tiba ‘bodyguard’ yang sama datang lagi.

“Encik tolong padam semua gambar dan video yang diambil tadi,” beliau mengarahkan. Ketika itu saya agak terkilan dengan kata-kata tersebut. Saya tidak minta dihormati, saya tidak minta dipuji, cita-cita saya hanyalah untuk membantu dah berkhidmat sedaya mungkin menjayakan misi Tim EL atau paling kurang dapat bersalam dengan beliau! Tetapi saya di tegur dengan agak keras oleh wakil Tim EL sehinggalah saya melenting lalu beliau meminta maaf dan menyebutkan hanya menurut arahan sahaja.

Selepas itu, saya berundur dan hanya melihat dari jauh. Wakil Menteri Luar datang berjumpa dan berkata, maaflah, saya pun tak tahu sampai begitu sekali ada perselisihan di antara kalian. Saya menjawab kepadanya, tak ada perselisihan pun tapi mungkin ada tujuan peribadi mereka berbuat begitu. Setelah mereka selamat menaiki kenderaan ke tempat penginapan, saya kembali ke rumah.

Saya tidak menyangka bahawa dengan sepatah ayat yang disalah tafsir sebagaimana disebutkan PA EL saya langsung tak diberi peluang untuk bercakap dengan tim dan EL dan yang disebutkan kepada saya oleh seluruh tim hanya dua ayat sahaja, jangan buat LIVE dan delete semua gambar. Berbohonglah saya jika tidak mengaku terasa dengan persoalan adakah ini didikan ustaz sama yang ajar kita mengikut sunnah, saling memaafkan, Allah sayang? Adakah di belakang kamera sikap kita berbeza dengan lemah-lembut yang dilihat orang ramai? Saya masih belum dapat menjawab persoalan ini, atau barangkali ayat yang disalah-tafsirkan langsung tidak boleh dimaafkan sehingga saya terlalu jijik untuk dipandang. Kalau ya pun saya terlalu hina anggaplah saya seperti madhu’u yang selalu kalian santuni di lorong gelap KL atau adik-adik motor dan nasihatkanlah saya!

Semenjak peristiwa itu saya langsung tak mengambil tahu perkembangan mereka walaupun dijemput Kementerian Luar meraikan kehadiran mereka apabila mereka diberikan sijil Duta Muhibbah. Saya malas mengambil tahu apa keperluan dibuka ‘rumah anak yatim’ sedangkan faktanya di seluruh Gaza ada 20,000 anak yatim tetapi hanya ada satu rumah anak yatim di sini, Ma’ahad Al-Amal yang menempatkan hanya 120 anak yatim kerana budaya di sini yang tidak membenarkan anak-anak yatim tinggal di rumah anak yatim malah dijaga oleh keluarga kembangan.

Saya juga hanya menenangkan pasukan yang mengurus mereka dari Persatuan Bulan Sabit yang mengadu tim susah diurus dan meminta dilaksanakan projek yang tidak logik dalam masa yang singkat. Betul seperti apa yang disebutkan, mungkin Malaysia tahu tentang kehadiran mereka di Gaza tetapi untuk bumi Palestin, kehadiran 3 hari pastinya sukar untuk meninggalkan kesan.

Satu saja berita aktiviti yang dijalankan mereka yang saya jumpa dikongsikan di akhbar tempatan (atau lebih tepat grup telegram tempatan) dengan janji sumbangan 250 ribu dollar untuk membangunkan muzium perjuangan Palestin di Gaza, suatu projek yang saya ‘SALUTE’ dan pastinya menunggu pelaksanaan oleh rakyat di sini (link).

Video menunjukkan saya, Naeem (di belakang kamera) dan dua orang wakil Red Crescent yang datang menyambut rombongan dari langkah pertama yang mereka jejak di Gaza. Bodyguard datang dan melarang dibuat live dan saya memaklumkan memang kami tak buat live pun.

Video viral EL dan tim sampai ke Gaza. Kalau dilihat di sebelah kanan hujung skrin saya dan Naeem berdiri dari jauh. Kami hadir menunaikan tanggungjawab sebagai tuan rumah walaupun coverage tim media seolah-olah kami tidak wujud.
https://t.me/elhadath/96721

Link liputan berita sumbangan 250 ribu dollar yang inshaAllah akan disampaikan tim EL kelak untuk pameran perjuangan Palestin.

FITNAH 2. WAJIBKAH BANTUAN MELALUI SAYA?
Sememangnya sejak 2013 tidak ada satu NGO Malaysia pun yang masuk melainkan saya berjumpa dan beramah mesra dengan mereka sama ada kepimpinan Yayasan Amal, MyCare, MAPIM, Viva Palestin, Global Peace Mission, Muslim Care atau mana-mana NGO pun. Tiada yang saya minta disampaikan bantuan melalui saya, tidak ada yang diminta datang 'mencemar duli' malah saya yang akan ke tempat penginapan mereka dan beramah mesra kerana seronok dapat berjumpa.

Kenapa saya nak mengharapkan sumbangan melalui pihak saya sedangkan tim saya sendiri sudah tidak menang tangan pun menguruskan bantuan sekitar RM15 juta untuk peringkat pertama pasca-perang yang diamanahkan kepada kami untuk Palestin? Dan untuk makluman kalian, untuk bantuan am kami hanya menggunakan kurang 10% sumbangan untuk pengurusan tetapi untuk bantuan kecemasan termasuk RM15 juta yang awal ini, kami mengambil 0% untuk pengurusan dan hanya meminta penyumbang menanggung kos transaksi wang ke sini!

Jujur saya katakan, saya mengharapkan yang terbaik dapat dilakukan untuk tim EL dengan saya bersedia berkorban masa dan tenaga untuk membantu dan sama-sama berkhidmat, tetapi ianya tidak seperti dijangkakan perkara kecil yang disalah ertikan telah mematahkan niat baik ini.

KESAN BESAR TIM EL KEPADA PIHAK LAIN
Dalam tempoh sekitar 8 tahun selepas pertukaran kuasa di Mesir, NGO hanya dapat masuk ke Gaza melalui Rafah dengan melalui NGO antarabangsa Miles of Smiles, dengan jumlah maksimum mungkin 200-300 orang sahaja dapat masuk setahun. Kaedah ini telah di amalkan oleh semua NGOs yang telah berjaya beberapa kali keluar dan masuk ke Gaza.

Kenapa kaedah tim EL memberi kesan besar kepada NGO lain? Kerana kalau sebelum ini banyak NGOs boleh masuk melalui cara lama bersama Miles of Smiles, kini mereka terpaksa menggunakan cara baru dengan membayar kepada syarikat harga yang tinggi. Ini kerana hasil desakan dan kesungguhan pihak kerajaan membuat kerjasama Malaysia-Mesir hanya untuk melepaskan misi tim EL berjaya masuk ke Gaza tidak kira berapa pun kos yang perlu di bayar tanpa menghiraukan kesan besar selepas itu. Hasil desakan tersebut mereka berjaya masuk dengan syarat penggunaan khidmat syarikat Hala untuk masuk.

Syarikat Hala bukan rahsia untuk penduduk Gaza. Khidmat tersebut boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mampu membayar kosnya, iaitu $1200/orang untuk orang tempatan bagi perjalanan masuk dan keluar ke Gaza dan dengan bayaran tersebut akan mendapat layanan istimewa tanpa perlu berhenti di banyak checkpoint dan berhenti di ‘bottle neck’ merentas Terusan Suez yang biasanya mengambil masa 2,3 hari untuk dilalui.

Untuk orang luar pastinya bayaran yang dikenakan lebih mahal, lebih-lebih lagi kalau hendak diberi layanan VVIP dengan iringan kenderaan berperisai dan sebagainya. Duit sendiri atau duit orang ramai, saya menyeru supaya pada masa hadapan perbaikilah apa kelemahan atau kekurangan, pimpinlah perjuangan kemanusiaan dengan pihak berkaitan, sama-sama berpegang untuk membantu bukan dengan cara membuat kerja tanpa menoleh kiri kanan dan tidak menghiraukan kesan buruk yang terpaksa ditanggung badan-badan lain yang telah memulakan dan meneruskan perjuangan nafas panjang.

Kepada rakan-rakan NGO, pusat-pusat zakat, institusi bantuan dan pihak lain yang pernah melalui pengalaman sama di Kelantan, Kedah, Sabah dan tempat lain, barulah saya mengerti apa yang kalian semua rasai khususnya yang terpaksa mengadu di forum tertutup kerana malas melayan ‘backlash’ pembaca kerana kaedah redah dan dakwah yang tidak teratur dan tidak mengendahkan nasihat atau teguran pihak lain. Kepada kalian, teruskan sahaja perjuangan dan kerja kalian selagi mana kalian berada di landasan yang betul. Jangan lupa bahawa hero yang sebenar ialah marhaen yang kita bantu dan upayakan kerana mereka yang selama ini berkorban dan bersabar dengan ujian.

Rileklah bro, Allah kan ada.

INTEGRITI DAN TRANSPARENSI DALAM PERBELANJAAN NGO?
Mereka yang terlibat dengan kerja kemanusiaan tahu bahawa pendaftaran di bawah ROS hanya menuntut dihantar penyata kewangan tahunan. Menjadikan perbelanjaan diaudit adalah bonus dan menunjukkan bahawa NGO menjunjung integriti dan transparensi. Itu tindakan yang diambil pihak saya tahun ini kerana kami mula mencuri perhatian dan diberi amanah yang besar menyampaikan sumbangan kalian.
Untuk makluman juga, pengurusan NGO di Gaza sangat ketat dan penyampaian bantuan dipantau agar tidak berlaku penyelewengan. Sebagai contoh, dalam projek korban tahun ini, pihak Saya membeli 122 ekor lembu melalui sistem tender terbuka. Agihan akan dibuat melalui 140 NGO tempatan yang berdaftar dan dipantau Kementerian Dalam Negeri, malah kami perlu menyediakan senarai nama 30,000 keluarga yang akan menerima bantuan daging!

Adakah pihak EL bersedia memberi penerangan sekiranya ratusan ribu dollar yang dibayar ke syarikat Hala, untuk penginapan, barangan sumbangan yang dibeli untuk agihan sama ada yang terdampar di Cairo atau yang dibeli di Gaza? Sekiranya perbelanjaan tersebut datang dari poket sendiri, sahhah wa afiyah, terima kasih dan teruskan usaha murni ini. Sekiranya tidak, ambillah tanggungjawab memberi penerangan kepada semua penderma supaya tidak timbul bibit-bibit fitnah yang lain.

PENUTUP
Saya mengambil masa yang lama memikirkan sama ada menulis coretan ini atau tidak. Saya tidak kisah dengan makian dan cacian netizen kerana di balik apa yang zahir, sangat ramai yang memberikan sokongan dan meneruskan sumbangan.

Tetapi tanggungjawab mengurus NGO dan melakukan kebajikan ini tanggungjawab sosial, ia bukan semata dengan mengirim gambar dan meraih sokongan awam tetapi ia amanah yang akan ditanya di hadapan Allah kelak dan sepatutnya pengurusan setiap NGO khususnya masuk keluar sumbangan wajar ditanya oleh penderma yang bijak. Contohnya kalau akaun NGO mempunyai puluhan juta ringgit dan bantuan yang disampaikan hanya beberapa ratus ribu dollar dan diketahui perancangan penggunaan baki duit yang disumbangkan orang ramai, pastinya ia bukan tanda integriti dan transparensi.

Seruan saya kepada pihak Tim EL, beranilah tampil untuk memberikan penerangan dan penjelasan tentang beberapa perkara yang disebutkan daripada melihat jutaan netizen mencipta fitnah dan bertelagah sesama sendiri.

Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir Batin.

Nadir Al-Nuri,
20 Julai 2021, 2.43am Gaza.











Harian Metro

· 24m ·

#rap "Saya mohon maaf atas kesilapan saya di mana kita terlalu emosi mengenai pejuang kita demi ummah, Palestin dan rakyat Malaysia. Apa yang berlaku adalah kesilapan saya sendiri dan tidak terbabit pihak lain.
https://www.hmetro.com.my/.../07/732334/maafkan-saya-caprice

'Maafkan saya...' - Caprice​


1626661762388.png


Kuala Lumpur: Penyanyi rap dan aktivis, Caprice, 32, tampil memohon maaf kepada pembesar, pemimpin dan seluruh rakyat Malaysia di atas segala kesilapannnya kerana terlalu beremosi dalam usaha menjalankan misi bantuan ke Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dalam hantaran dimuat naik di Instagram memaklumkan apa yang berlaku sehingga hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu adalah berpunca dari kesilapan dirinya dan tiada kaitan dengan pihak lain.

"Saya mohon maaf atas kesilapan saya di mana kita terlalu emosi mengenai pejuang kita demi ummah, Palestin dan rakyat Malaysia. Apa yang berlaku adalah kesilapan saya sendiri dan tidak terbabit pihak lain.

"Saya juga minta maaf kepada ibu dan ayah kerana membuatkan mereka risau mengenai keselamatan saya selama ini. Saya sayang kamu dan apa yang saya lakukan adalah untuk membuat kamu bangga," katanya.

Selain itu, Caprice juga berterima kasih dengan pihak kerajaan, Kedutaan Malaysia di Mesir serta kerajaan Mesir di atas segala layanan, sokongan dan perlindungan keselamatan selama 24 jam sepanjang dia berada di negara itu, termasuk buat semua pihak yang sudah membantunya.

Caprice juga memaklumkan dia akan pulang ke tanah air selepas menyelesaikan segala urusan serta melunaskan janjinya kepada warga Palestin.

Menerusi hantaran permohonan maaf dibuat itu, kebanyakan netizen menyambut baik dan mendoakan Caprice sentiasa dilindungi serta segala urusannya di permudahkan oleh Allah.

Terdahulu, sejak beberapa hari lalu kecoh di media sosial mengenai perbalahan antara Caprice dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sehingga dia ingin mendedahkan sesuatu mengenai kehadiran Ebit bersama pasukannya di Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Caprice memberitahu pendedahan itu akan dibuatnya pada Rabu ini dan ia ditunggu-tunggu oleh warganet. Justeru, dengan permohonan maafnya netizen kini tertanya-tanya apakah penjelasan lanjut dijanjikan Caprice sebelum ini akan tetap dilakukannya?


Disiarkan pada: Julai 19, 2021 @ 9:58am


Caprice dakwa disekat di Instagram Ebit Lew

31DEE587-6989-4BFC-A3E9-E541BF3981BB.png
DFA48FED-8382-40C2-B571-DEA577C22595.png
282B90A1-019B-438C-8DD5-4C9145A507DE.png



PETALING JAYA – Penyanyi rap dan usahawan, Caprice mendedahkan dirinya disekat pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew di laman Instagram, hari ini.



Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 32, menerusi platform Instagram Stories mempersoalkan tingkah laku Ebit ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini.

“Budak miskin yang sama, terima mainan yang sama tetapi diminta bergaya untuk kamera dua kali. Orang Gaza soal kenapa nampak macam sesi foto.


“Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ini. Isu mainan itu kecoh selepas orang Gaza soal Caprice mengenai gambar tersebut,” tulisnya dalam sekurang-kurangnya 13 hantaran Instagram Stories petang tadi.


Tangkap layar beberapa tulisan Caprice ‘menegur’ tingkah laku Ebit melalui Instagram Stories miliknya hari ini.
Menurutnya, beliau sudah menghantar mesej panjang lebar secara peribadi kepada Ebit namun penyanyi itu mendakwa dirinya akhirnya telah disekat dari laman Instagram Ebit.

Pendedahan tersebut dilihat menimbulkan rasa kurang senang netizen terutamanya dalam kalangan penyokong Ebit.

“UEL (Ustaz Ebit Lew) baru saja kehilangan arwah ayah beliau. Awak boleh pula hendak serang dan perli ustaz ketika ini,” komen @arsyadrosman.


“Kalau boleh, tengok dan baca kedua-dua belah pihak. Jangan sokong sesiapa lagi. Serius,” ujar @fdlismazairi.


Caprice menyatakan beliau telah menghantar mesej peribadi kepada Ebit berhubung isu tersebut baru-baru ini.
Sejak beberapa hari lalu, nama Caprice hangat diperkatakan selepas penyanyi itu memberitahu bakal mendedahkan satu perkara yang akan mengejutkan orang ramai pada 21 Julai ini.

Dalam pada itu, pengguna-pengguna media sosial turut mendakwa Caprice menyindir seseorang di laman sosial miliknya melalui ruangan kapsyen dan komen.

Pengguna-pengguna media sosial turut membuat spekulasi dan mendakwa penyanyi itu sedang menyindir Ebit di laman sosial miliknya.

Terdahulu, Caprice berangkat ke Gaza, Palestin pada 24 Jun lalu untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk di sana.

Namun, beliau dikatakan masih belum boleh memasuki Gaza dan kini berada di Kaherah, Mesir – K! ONLINE

ARTIKEL BERKAITAN:
Ebit selesai beri keterangan, Nadir dan Caprice menyusul – Polis


Ebit membuat laporan polis berhubung tuduhan yang dilontarkan beberapa individu terhadapnya menerusi laman sosial dipercayai turut berkait misi bantuan kemanusiaannya ke Palestin, baru-baru ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500/504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.-MalaysiaGazette

Caprice Mahu Buat Pendedahan Keadaan Sebenar Di Gaza Dalam Masa Terdekat
Sedia maklum, Caprice telah melaksanakan misi kemanusian ke Gaza dan Mesir bermula pada 23 Jun 2021.

Terbaharu, Caprice dikhabarkan mahu membuat pendedahan keadaan sebenar dan apa yang berlaku dengan misi di Gaza dalam masa terdekat. Hal itu diberitahu Caprice menerusi Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Caprice turut mengatakan beliau meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan bersedia untuk ‘mengadaikan’ nyawa demi menceritakan hal sebenar.

Caprice yang masih berada di Gaza membuatkan orang ramai berasa bimbang akan keselamatan dirinya. Malah, rata-rata netizen berharap Caprice akan dilindungi dan pulang dengan selamat.
 
Caprice Mahu Buat Pendedahan Keadaan Sebenar Di Gaza Dalam Masa Terdekat
Sedia maklum, Caprice telah melaksanakan misi kemanusian ke Gaza dan Mesir bermula pada 23 Jun 2021.

Terbaharu, Caprice dikhabarkan mahu membuat pendedahan keadaan sebenar dan apa yang berlaku dengan misi di Gaza dalam masa terdekat. Hal itu diberitahu Caprice menerusi Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Caprice turut mengatakan beliau meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan bersedia untuk ‘mengadaikan’ nyawa demi menceritakan hal sebenar.

Caprice yang masih berada di Gaza membuatkan orang ramai berasa bimbang akan keselamatan dirinya. Malah, rata-rata netizen berharap Caprice akan dilindungi dan pulang dengan selamat.

Bikin saspen pulok dia ni
 
Bikin saspen pulok dia ni
Hehe ala macam trick tv3 dedolu bila cite hindustan baru nak syok, dia letak iklan nak bagi orang tengok lepas tu lagi.
Takyah nak suspen ape sangat.
Batak views je hehe
 
Mana la tau kan
Maklum lah tak kenal mana pun dia ni
Tepat.
Saya tengok dia jenis menangguk di air keruh.
Nyanyi xpegi. Belakon apatah lagi.
Try hard nak tunjuk relevant.
 
Back
Top
Log in Register