BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buruh Halang Tugas, Tendang Polis Didenda RM6,500

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,399
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,399
Reaction score
346
Points
141

Buruh Halang Tugas, Tendang Polis Didenda RM6,500​

ad09e8b86e2b2da8f6bee97726b764185e3a411dec1cf


Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM6,500 terhadap seorang buruh yang mengaku bersalah menghalang tugas dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan menendang anggota polis semasa serbuan di Kampung Laklok di sini, kira-kira dua minggu lepas.

Mohamad Ariff Hakimi Che Ghani, 26, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Rais Imran juga memerintahkan lelaki itu dipenjara sembilan bulan, jika gagal membayar denda.

Dia didakwa dengan sengaja menghalang seorang penjawat awam, iaitu anggota polis Sub Inspektor Mohmad Zulkifli Mat daripada menjalankan tugas rasmi dengan mengeluarkan kata-kata kesat sebelum menendang anggota itu pada 8.15 malam 27 Jun di hadapan sebuah rumah di kampung tersebut.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Asma’a Che Omar manakala lelaki itu diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Nor Husniza Akmal Husain.

Siti Asma’a memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam selain sebagai pengajaran kepada lelaki itu.

Nor Husniza bagaimanapun merayu hukuman denda minimum kerana anak guamnya telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu selain menyara ibu bapa dengan pendapatan RM50 sehari.

Mohamad Ariff Hakimi menjelaskan denda itu.

 
Back
Top
Log in Register