BTC USD 77,677.1 Gold USD 4,393.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bunga Pakma Rafflesia

Sugar2daddy

Legendary Member
gem
Messages
15,681
Joined
Jul 9, 2013
Messages
15,681
Reaction score
30
Points
125
rafflesia-arnoldi.jpg


SEBELUM KEMBANG

RafflesiaArnBud2.jpg


Bunga Pakma*atau*Rafflesia*merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan*bunga*yang besar, dan bunga Pakma spesies*Rafflesia arnoldiimerupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs).


Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh*Sir Stamford Raffles*dan*Dr Joseph Arnold*pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama*Rafflesia arnoldii*sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera.


Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara*Indonesia*dan juga negeriSabah*di*Malaysia.


Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses*karbon dioksida*dan*cahaya*matahari*bagi menghasilkan*gula*danoksigen.


Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap*air*dan*mineral*dari tanah untuk diproses sebagai*protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu manghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari perumahnya, di mana perumahnya juga adalah tumbuh-tumbuhan lain.*


RafflesiaSelalunya apa yang kita lihat adalah kelihatan seperti bunga yang besar. Ini merupakan organ seks bunga ini, kadang-kala dilihat di tempat paling atas sesuatu tumbuhan yang melingkar atau biasanya terdapat di mana-mana atas tanah yang agak lembap. Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan daging atau bangkai yang reput.


Sesetengah percaya bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain dan ini membantu dalam menyebarkan benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat tumbuh dan membesar, dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan perumah.Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak oleh haiwan. Benih-benih akan melekat pada tapak kaki haiwan yang lalu dan dipindahkan ke tempat lain di mana benih ini akan mencari tumbuhan perumah yang boleh dijadikan tempat tinggal. Walaubagaimanapun, ini tidak boleh dibuktikan. Didapati bahawa tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak aktiviti dan kurang di kawasan lain.

Sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Bunga_pakma

☆☆☆KHASIAT BUNGA PAKMA☆☆☆

Untuk mengecutkan rahim selepas bersalin.. bunga pakma yg belum kembang tiada bau.. dijemur dan direbus lalu diminum airnya.. bunga yg sudah kembang berbau busuk dan tidak boleh dibuat ubat..

PENAFIAN bunga rafflesia bunga yang dilindungi. Tidak boleh dikutip sesuka hati.
 
sugar daddy nanti lw I dah kahwin n beranak u hadiahkan lah I bunga nih hehe
 
kat perak ada bunga ni. bkn kt sabah je
 
Back
Top
Log in Register