BTC USD 85,574.3 Gold USD 4,343.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Blogger: Antara Pengecut Dan Siput Babi

matgori

Active+ Member
Messages
3,913
Joined
Mar 17, 2007
Messages
3,913
Reaction score
9
Points
25
Bekas MB Selangor yang bertahi lalat di dagu yang memikat lagi hansem itu kata penulis dan pengendali blog pengecut. Demikian juga menantu PM yang hitam manis, Khairy Jamaludin (KJ). Berikut Petikan Utusan Online (19.Ogos.2007)

Muhammad Taib kata;

“Sebab apa saya kata mereka (penulis blog) pengecut kerana mereka tidak berani menggunakan alamat di dalam negara ini sebaliknya menggunakan alamat luar negara untuk menghentam pemimpin negara kita,’’​

Khairy Jamaludin kata;

“Saya tidak takut...saya jawab semua tuduhan tapi tidak disiarkan dalam blog. Kalau sudah minda dan sikap mereka (penulis blog) sudah tertutup untuk kerajaan, mereka tidak dapat menerima apa jawapan kita.

“Kalau kita hendak saman, hari-hari kita kena saman orang sebab membuat tuduhan terhadap individu...,’’​

Saya setuju dengan penulis blog kena jadi pengecut, jangan jadi berani macam Muhammad Taib. Muhammad Taib berani mengaku tidak pandai dan tidak faham bahasa orang putih. Muhammad Taib berani membawa wang berjuta di mana ianya melanggar undang-undang negara orang asing (Australia) dan negara ini (Malaysia).

Muhammad Taib juga berani menipu Sultan Selangor. Mana ada orang lain yang seberani Muhammad Taib ini, kahwin dengan anak Sultan dan tipu Sultan. Inilah jenis keberanian yang ada pada Muhammad Taib. Kalau Muhammad Taib ini hidup di zaman kesultanan dulu, sudah lama kepalanya kena penggal. Dan akan tersebutlah dalam sejarah pemimpin besar umno yang berani dipenggal kepala oleh sultanya akibat durhaka dan berani menipu.

Dalam kontek ini, keberanian blogger dan Muhammad Taib berlainan. Blogger berani mendedahkan dan menentang kedurjanaan, terutamanya yang dilakukan pemimpin besar negara yang berlindung atas kepentingan Agama, Bangsa dan Negaranya. Tetapi Muhammad Taib pula berani mempertahankan kedurjaannya dan rakannya sendiri demi meneruskan perjuangan parti UMNO(baru) yang kini semakin menjadi seperti MAFIA dalam negara Malaysia.

Di samping itu, makluman kepada blogger, banyak isu tentang blogger timbul mutaahkhir ini, banyak persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah dan akan diadakan. Antaranya ialah seperti tulisan A.Kadir Jasin;

Percubaan Menakut-nakutkan Blogger
A Kadir Jasin

SAYA menghadiri dua majlis percambahan ilmu yang membabitkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) minggu ini. Saya berasa bernasib baik dan mendapat galakan daripada hasil pertemuan itu.

Jemputan pertama datangnya daripada Centre for Media and Information Warfare Studies (CMIWS), UiTM pada 24 Julai untuk bercakap di seminar kebangsaan mengenai peranan blogger dan kesannya kepada perang saraf.

Yang kedua daripada Pusat Pengajian Media dan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada hari berikutnya untuk mempengerusikan kolokium mengenai peranan akhbar Melayu menyelamatkan orang Melayu daripada dipinggirkan oleh Tokoh Kewartawanan Negara dan bekas Karyawan Tamu UKM, Tan Sri Mazlan Nordin. ....​


Untuk makluman blogger semua, persidangan yang melibatkan blogger dan perang saraf adalah kerja pelajar doktor falsafah dari Bukit Aman – Siput Babi (SB) yang menuntut di CMIWS, UiTM. Ia bukan kerja akademik tetapi lebih kepada kerja-kerja kotor SB mengumpul maklumat kononnya demi kepentingan negara. Oleh yang demikian, jangan pelik jika provokasi yang bukan-bukan timbul tentang blogger ini.


- Muramatsu - UK

sumber asal

Kalau cek nak kata dia tak pandai, dia dan kuncu kuncu dia melenting sampai ke langit. Tapi kalau cek nak kata dia pandai, pengakuan dia kat ateh dok kata yang sebaliknya pula! Pening! Pening!

Dia dok kata bloggers pakai alamat luar negara…adus! Dah server samada blogspot ka, wordpress ka, semuanya dah memang kat luar sana tu. Yang friendsters dan myspace pun kat luar, kita nak buat camno no? Dah yang dia pi buat lapuran tanpa tengok law tu, apajadahnya? Bak kata adik cek le: be-nun-nga-alif-pa! Sori ek, cek dok eja camtu ngan harapan depa tu tak tahu baca…hahaha! Ini matcam punya olang pung leh dok jawatan tinggi ka? Padan le parti liliputians tu pun ba-wau-dal-wau-ha!
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register