BTC USD 84,095.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Binatang yang bernama Huraisy

eein80

Active Member
Messages
2,189
Joined
Aug 15, 2010
Messages
2,189
Reaction score
19
Points
25
Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat. Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?" Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."


1. Orang yang tidak mengerjakan solat
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat
3. Orang yang menderhakai kedua orang tuanya
4. Orang yang suka minum arak
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia
 
ada ke ni? rasa2 x penah dgr ada hadith cite pasal benda ni.. kalau ada mintak pencerahan dari tt
 
Alhamdullillah..

Hadith ini ada dalam Kitab lama... " Durattun Nasihin"
- Syekh Utsman Ibn Hassan Al Khubawi..


Saya..Alhamdullillah memang gemar membaca kitab ni masa kecik dulu sebab dlamanya banyak penceritaan tentang Kiamat dsbnya...

Memang ada ulama yg buat kajian tentang Hadith hadith dalm Kitab Durattun Nasihin & kata ada byk juga hadith yg diragui..kalau tak silap saya 30%...so...just take note & berlapang dada...byl ilmu yg bermanafaat yg boleh kita gali insyaallah..

Tapi..

Bagi sayalah (peribadi)....Saya sentiasa memandang tinggi ulama ulama silam...!

Siapa kita nak kata itu ini pada Ulama ulama yg hidup hampir dgn zaman Rasullullah s.a.w...& mendidikasikan hidup pada Ilmu Islam!

Imam AL Ghazali yg diakui Hujjatul Islam... (status perakuan ...sedikit sja hadith yg tak diketahui)...statusyg lebih tinggi drp Al Hakim atau Al Hafiz...PUN...ada ramai yg mengkeritik...


Bagi saya ...kita dah hidup pada zaman 1400 tahun selepas Rasullullah s.a.w ni....seeloknya...kita tamak utk belajar...tamak utk mengamalkan...memandangkan masa/kesempatan kita yg terlebih kpd dunia ni.. (saya kata saya lah...bukan tuan tuan..:p ) dan perlu kurang mengkeritik..

Takut...bila kita asyik mengkeritik...nanti...kita bagai cawan penuh yg dah tak leh diisi lagi sedang air selautan didepan kita...berbangga kita dgn sebiji gelas yg penuh...nauzubillah..:((..
 
hm..

kalau tak sahih pon,

kita nak ke
tinggal solat??
nak ker ponteng zakat??
nak kurang ajar ngan ibubapa ke??
minum arak??

utk peringatan..
 
hm..

kalau tak sahih pon,

kita nak ke
tinggal solat??
nak ker ponteng zakat??
nak kurang ajar ngan ibubapa ke??
minum arak??

utk peringatan..

kalau nak ikutkan ramai skang dah tinggal solat ...ponteng zakat pun dah ada ....byk jugak yang dah kurang ajar walaupun secara sedar atau tak sedar ...dan setiap malam rabu ,jumaat ,sabtu ramai umat islam di malaysia contohnya yang gi minum arak
 
kalau nak ikutkan ramai skang dah tinggal solat ...ponteng zakat pun dah ada ....byk jugak yang dah kurang ajar walaupun secara sedar atau tak sedar ...dan setiap malam rabu ,jumaat ,sabtu ramai umat islam di malaysia contohnya yang gi minum arak

Itu yang kita bimbang sekarang ni... semoga keluarga kita dijauhkan perkara2 dan anasir2 yang tak babik..
 
Back
Top
Log in Register