khas buat pair EU sahaja.
menurut pemerhatian saya yg biasa2 ni... dalam seminggu (5 hari trade, senin sampai jumaat) biasanya mesti ada sekurang-kurang 1 hingga 3 kali big reversal. ia bermaksud reversal berlaku pada titik price tertinggi atau terendah pada minggu tersebut. bentuknya macam V atau V terbalik.
untuk senang melihat perkara ini, sila pasang indi zigzag pada tf4h dan tf1h. memang hari jumaat paling kerap reversal ni berlaku dan permulaan untuk trend awal minggu depannya. pada tengah2 minggu seperti selasa dan rabu akan berlaku reversal yang melawan trend awal tadi.
selalu tak dengar cerita tentang fresh trader yg untung banyak dalam masa yg singkat kemudian rugi mendadak sampai kena mc atau muflis secara tiba2... ini ler penyebabnya.
ramai orang berkata, op ikut trend. betullah tu, cuma masalahnya ialah bagaimana nak tahu trend yg tepat ketika kita sedang start op. kalau hanya bersandarkan kepada the biggest trend... matilah kau...
take time. lebih baik jadi penakut yg berhati2 dan berilmu dari jadi pemberani yang membuta tuli.