matttiya88
Active+ Member
- Messages
- 3,171
- Joined
- Mar 21, 2008
- Messages
- 3,171
- Reaction score
- 245
- Points
- 43
Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?
Tentang berita yang besar,(berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya)
Yang mereka berselisihan mengenainya.
Jangan sekali-kali(mereka bersikap demikian)mereka akan mengetahui(dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).
Sekali lagi jangan!mereka akan mengetahui kelak(tentang apa yang akan menimpa mereka).
Bukankah Kami telah menjadikan bumi(terbentang luas) sebagai hamparan?
Dan gunung-ganang sebagai pasaknya;
Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasangan;
Dan Kami telah jadikan tidur kamu untuk berehat;
Dan Kami jadikan malam(dengan gelapnya)sebagai pakaian;
Dan Kami telah menjadika siang,masa untuk membina kehidupan;
Dan Kami telah membina diatas kamu tujuh petala(langit) yang kuat kukuh;
Dan Kami telah menjadikan lampu pelita yang terang-bederang cahayanya(matahari);
Dan Kami telah menurunkan dari awan, air(hujan) yang mencurah-curah.
Untuk Kami tumbuhkan dengan air itu,biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan.
Serta kebun yang subur rendang pokoknya?
Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu,adalah satu masa yang ditentukan.
Iaitu hari tiupan sangkakala,lalu kamu(bangkit hidup) serta datang secara berkumpulan;
Dan(pada masa itu) langit dibuka,maka terdapatlah beberapa pintu;
Dan gunung-ganang diterbangkan ke angkasa,lalu ia menjadi seperti debu yang berterbangan.
Sesungguhnya neraka jahanam ada tempat pemerhatian(untuk mengawasi isi neraka)
untuk orang melampaui batas hukum Tuhan,sebagai tempat kembalinya.
Mereka tinggal didalamnya berkurun-kurun lamanya.
Mereka tidak dapat merasai udara yang segar didalamnya dan tidak pula sebarang minuman.
Kecuali air panas yang menggelegak dan air nanah.
Sebagai balasan yang sesuai(dengan aml mereka yang buruk).
Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak mengambil ingatan terhadap hari hitungan amal;
Dan mereka telah mendustakan ayat-ayat Kami dengan pendustaan yang sebenar;
Dan segala sesuatu,telah Kami hitung dan catat secara bertulis dalam suatu kitab.
Oleh itu,rasakanlah(azab yang disediakan),kerana Kami tidak akan melakukan yang lain selain menambah pelbagai azab kepada kamu.
Sesungguhnya orang yang bertakwa,disediakan syurga tempat meraka beroleh apa yang mereka ingini.
(Mereka akan beroleh) kebun-kebun dan buah anggur;
Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya;
Dan gelas yang penuh berisi dengan minuman.
Mereka tidak mendengar di dalam syurga itu perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang dusta.
Sebagai balasan daripada Tuhanmu,iaitu satu limpah kurniaan yang amat luas.
Tuhan yang mentadbir tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara kedua-duanya,Tuhan yang maha pemurah,tidak ada sesiapa pun diberi kuasa berkata-kata dengan-Nya.
Pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf(menunggu perintah tuhan),tidak ada yang berani berkata-kata melainkan sesiapa yang diizinkan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah,serta dia berkata benar.
Itulah hari yang pasti akan berlaku,maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya,nescaya dia mengambil jalan kembali kepada Tuhannya.
Sesungguhnya Kami telah memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat(masa tibanya),iaitu hari seseorang akan melihat apa yang telah diusahakannya dan orang kafir akan berkata,"Alangkah baiknya kalau aku dahulu adalah tanah."
"P/S:Ianya tidak lain hanya kata-kata dari Tuhanmu"