BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beli jus tembikai, ada protein tambahan anak lipas

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201


Beli jus tembikai, ada protein tambahan anak lipas


PETALING JAYA – Seorang pemuda terkejut apabila air jus tembikai yang dibelinya di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur, rupa-rupanya turut ‘dimasukkan’ perisa tambahan iaitu seekor anak lipas.

Menerusi video dikongsikan pada TikTok @syzzl5, dia hanya menyedari kehadiran lipas tersebut di dalam jus tembikai yang dibungkus di dalam plastik, selepas dia menghabiskan minuman berkenaan.

“Geramlah aku kalau lepak mamak ada lipas dalam air,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, dia memberitahu telah memaklumkan kejadian berkenaan kepada pekerja kedai makan dan menukarnya kepada minuman baharu.

“Dah beri air percuma dan air tadi tak perlu bayar,” katanya.

Dalam masa sama, orang ramai turut meninggalkan pelbagai komen termasuk berbaur jenaka kepada lelaki tersebut.

“Abang dah jd superhero ‘lipasman’ kan, tapi identiti abang kami dah tahu ni,” komen seorang pengguna TikTok.

“Tak payah ambil protein, ni memang ada protein dah siap-siap,” kata seorang individu merujuk lipas tersebut sebagai protein.

“Entah-entah lipas tu terkencing dalam air tu sebab sejuk sangat,” komen individu lain.

Artikel : Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register