BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas pengarah KDNKA Bukit Aman sertai kepimpinan Wawasan

afwan83

Active+ Member
Messages
3,229
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,229
Reaction score
12
Points
25

Bekas pengarah KDNKA Bukit Aman sertai kepimpinan Wawasan​

9342908b-hazani-ghazali-hamzah-zainudin-right-and-chairman-rais-yatim-fb-pic-10726.jpg

Hazani Ghazali menerima surat pelantikannya daripada Presiden Wawasan Hamzah Zainudin (kanan), sambil diperhatikan Pengerusi Wawasan Rais Yatim. (Gambar Facebook)

Wawasan turut mengumumkan Hazani, yang juga bekas ketua pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), dilantik menganggotai kepimpinan pusat parti itu.

“Tahniah dan selamat maju jaya kepada Hazani atas pelantikan sebagai ahli jawatankuasa pusat Wawasan,” kata parti itu menerusi hantaran di Facebook.

Hazani berkhidmat selama 38 tahun dalam pasukan polis dan pernah memegang beberapa jawatan penting, termasuk Pesuruhjaya Polis Sabah serta Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

Wawasan turut mengumumkan Exco Kedah Dzowahir Ab Ghani dan Senator Azahar Hassan dari Perlis turut menyertai parti itu.

Dzowahir, yang juga Adun Suka Menanti, dipecat daripada Bersatu dua bulan lalu, manakala Azahar meninggalkan parti itu tiga hari lalu.

Kemasukan Azahar menjadikan beliau wakil pertama Wawasan di Dewan Negara. Beliau sebelum ini merupakan setiausaha Bersatu Perlis dan ketua Bersatu Kangar.

Hamzah mengambil alih Parti Cinta Malaysia sebelum menjenamakannya semula sebagai Wawasan selepas beliau dipecat daripada Bersatu pada Februari ketika kemuncak perebutan kepimpinan yang sengit dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.
 
Back
Top
Log in Register