BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa perkosa anak kandung 11 tahun hingga hamil

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146
3363581.webp

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun menjadi mangsa kerakusan nafsu bapa kandungnya sendiri. Gambar hiasan

DEMAK - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun menjadi mangsa kerakusan nafsu bapa kandungnya sendiri.

Mangsa, PBA di Kecamatan Sayung, Demak, Jawa Tengah di Indonesia dipercayai telah diperkosa hingga sarat hamil dengan usia kandungannya sudah mencecah 32 minggu.

Kasatreskrim Polres Demak, Iptu Anggah Mardwi Pitriyono berkata, pelakunya dikenali sebagai FS, 35.

"Kes itu terbongkar selepas seorang guru berasa curiga melihat perubahan tubuhnya. Dia kemudiannya melakukan ujian kehamilan dan keputusannya mengejutkan.

"Pihak sekolah bertindak memaklumkan kepada kedua-dua ibu bapanya dan pemerintah desa setempat.

"Tidak lama selepas itu, kami menerima laporan tentang pemerkosaan dilakukan FS terhadap mangsa," ujarnya pada Jumaat sambil menambah pelaku yang bekerja di Gresik, Jawa Timur telah diberkas untuk membantu siasatan.

Menurutnya, mangsa yang masih bersekolah di Sekolah Dasar (SD) kini mengalami trauma yang teruk. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register