anida80
Active+ Member
- Messages
- 2,936
- Joined
- May 1, 2008
- Messages
- 2,936
- Reaction score
- 9
- Points
- 25
semoga terus tabah dan semakin tabah...
besar ganjaran untuk isteri yg baik...sabar ye
besar ganjaran untuk isteri yg baik...sabar ye
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
Dari ap yg sy tau sy pun tgh mengalami kes yg sama mcm akak. Pakcik sy kantoi lagi byk 2kg ganja/kanabis kene seksyen 39B tgh memohon rayuan dari akta 39B mengedar ke 39A memiliki.
Saya ada sembang2 dgn seorang pegawai dia keje kat Palace of Justice Putrajaya. dia cakap kalau memiliki iaitu dibawah seksyen 39A (pas tu ada byk sub seksyen lg) tak kene tali gantung paling kuat kene penjara atau duduk pusat serenti je dan sebat mungkin kene heheheheh sebat tak boleh elak kalau bawah 39A minimum 2x sebatan. Kalau ade pasang lawyer baik jgn lawan mahkamah, ikut sahaja. Pas tu suruh lawyer mohon pada mahkamah dengan persetujuan suami akak mintak kurangkan akta. sbb husband akak mungkin boleh dapat. Benda ni boleh dikuatkan lagi kalau husband akak tak pernah terlibat dgn kes-kes jenayah. maksud sy kalau ini kali pertama suami akak kene tangkap sbb melakukan jenayah. kat sini akak boleh jimat kos bayar lawyer so kes pun x jadi pjg.
kes dadah tak boleh nak ikat jamin. pakcik sy tu lagi lama kene tahan reman dah dekat 2 lebih tahun kene reman kat sg. buluh. sy sebulan 2 or 3 kali tgk dia kat sg. buluh tu. mula2 dia duduk kat situ sian sy tgk dia tapi lama2 dia dapat terima hakikat.
kat sini sy ada pastekan contoh surat yg sy taip ( surat ni lawyer sendiri yg tulis dgn pen masa kat penjara)
(NAMA PENUH AKAK DAN BINTI)
NO K/P :
ALAMAT RUMAH AKAK
18 MAC 2007 TARIKH SURAT AKAK
YANG ARIF DATO,
JABATAN PEGUAM NEGARA,
BAHAGIAN PENDAKWAAN,
ARAS 7 BLOK C3,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62512 PUTRAJAYA.
Yang Arif Datok,
PERKARA : MEMOHON BAGI MENDAPATKAN PERTIMBANGAN KE ATAS KES ANAK SAYA PERTUDUHAN KESALAHAN MENGEDAR DADAH MERBAHAYA SEKSYEN 39B. REPORT NO. (NO REPORT SUAMI AKAK KENE TAHAN KAT PENJARA MANA SKG)
O.K.T. NAMA SUAMI AKAK DAN NO K/P SUAMI AKAK
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
1. Dengan sukacitanya saya (nama penuh akak dan binti), menulis surat kepada Yang Arif Datok bagi mendapatkan pertimbangan ke atas kes anak saya agar dapat dipinda ke seksyen yang lebih rendah iaitu seksyen 39A(2). (ikut seksyen yg lebih rendah yg puan dan lawyer pohon)
2. Untuk maklumat pihak Yang Arif Datok, anak saya telah ditangkap dihadapan stesen minyak CALTEX di lebuhraya Damansara Puchong, Sri Damansara 12/12/2020 pada pukul 8.30 malam. Pihak Polis telah menemui dua ketulan mampat dipercayai ganja (cannabis) seberat 1891 gram.
3. Sehingga kini anak saya telah ditahan reman di penjara Sungai Buluh selama hampir 2 tahun dan beliau akan dibicarakan pada 31 januari 2025.
4. Jadi saya berbesar hati merayu kepada Yang Arif Datok agar menerima permohonan saya ini. Ini kerana beliau menjadi satu-satunya harapan bagi meringankan beban saya selama ini. Beliaulah yang banyak membantu mengurangkan beban saya.
5. Hampir setiap minggu saya melawatnya di penjara Sungai Buluh dan beliau telah berjanji akan mengaku salah sekiranya pertuduhan terhadap beliau dapat dipinda dari Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya kepada Seksyen 39A(2).
6. Saya sangat berharap agar Yang Arif Datok akan menerima permohonan saya ini. Saya sangat berterima kasih kepada Yang Arif Datok.
Yang ikhlas.
Xxxxxxxxxx
nama akak
surat ni saya dah edit utk mengelakkan identiti sebenar dalam suratni. Akak jgn ubah ikut format ni 100% dan hantar kan surat ni ke alamat yg ada kat atas surat ni dgn pos laju.
sy harap bantuan yg tak seberapa ni dapat membantu akak. sy faham perasaan akak sbb sy dan pakcik sy tu memang rapat sejak dari kecil. sy harap akak jgn risau ye semuanya ok. kos lawyer fees pakcik sy tu rm 60k huhuhu byk tu akak punya mungkin kurang sikit kot. apa pun sy harapkan dan doakan yg terbaik utk akak sekeluarga ye.