BTC USD 81,719.4 Gold USD 4,105.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bantulah Azrul@Che Nat

Ok nanti aku siarkan di blog aku
iNsyaallah
mmg xberhati perut langsung~X(~X(
 
salam mod dan lain2..aku dah tak tahu nak letak mana topic nie..tapi rasanya sesuai disini..jikalau tidak minta jasa baik mod move kan ke thred yang lebih sesuai..tq

nat1.jpg

Seperti yang di janjikan di entri yang lalu, inilah wajah² lesu Che Nat pemuda berumur 19 tahun yang kini terlantar tidak sedarkan diri (Koma) akibat dibelasah oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan.

Che Nat mendapat kecederaan parah di bahagian kepalanya dan sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang. Untuk meneruskan kehidupan Che Nat memerlukan sejenis susu khas yang disalurkan melalui tiub yang di buat di bahagian perutnya. Kisah Che Nat di entri saya yang lalu di sini.

Untuk menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban perbelanjaan keluarganya, anda boleh menghubungi ayah kepada Che Nat, En. Zulkifli di talian 017-365 1024 atau 03-8724 3629.(Bandar Rinching, Semenyih)

Anda juga boleh turut menyumbang dengan menyiarkan dan mengedarkan kisah penderitaan Che Nat ini melalui blog, email atau mana² forum di internet.

Segala sumbangan boleh dibuat melalui akaun Bank seperti tertera di bawah ini.

(Akaun Baru)
Bank : CIMB Bank Berhad
No. Akaun : 1237-0063702-52-1
Pemegang Akaun : Mohd Zulkifli B. Tajul Arus

Atau

Bank : EONCAP Islamic Bank Berhad
Akaun No: 0665-21-003271-9
Nama : Mohd Zulkifli B. Tajul Arus

Terima kasih kepada mereka yang telah memberikan sumbangan. Semoga Allah melipat gandakan rezeki anda.

Saya berkesempatan menziarahi Che Nat pada Syawal yang ke lima. Berikut adalah perbelanjaan bagi menyara kehidupan Che Nat. Kos perbelanjaan seharian Che Nat amat tinggi jika di bandingkan dengan pendapatan ayahnya yang berkerja sebagai Pengawal Keselamatan di sebuah hospital.

Ayah Amir@Kassim Selamat

*******************

Perbelanjaan Harian:

* Susu sehari 8 tin x RM5.70 = RM45.60 (RM 45.60 x 30 hari = RM1,368.00 sebulan)
* Tiub triki 8 kali x RM3.00 = RM24.00 (Untuk menyedut kahak. RM24.00 x 30 hari = RM720.00 sebulan)

Perbelanjaan Bulanan:

* Beg Plastik Kencing - satu RM2.50 x 4 kali sebulan = RM10.00 (Di tukar seminggu sekali)
* Tiub Kencing (Cathether) - satu RM6.00 x 4 kali sebulan = RM24.00 (Di tukar seminggu sekali)
* Lampin Pakai Buang - RM2.00 sekeping x 30 hari = RM60.00 (Sehari sekeping)

cnat.JPG

Satu saluran (triki) di buat di bahagian lehernya untuk menyedut kahak. Di bahagian perutnya di buat satu saluran tiub untuk menyalurkan susu dan bubur.
cnat1.JPG

cnat2.JPG


aku kenal ngan abang kassim nie dan boleh lihat cerita nat di blognya...boleh baca cerita abang kassim sendiri dengan perjuangannya...sedangkan dia yang OKU terlantar di atas katil juga boleh membantu insan seperti che nat nie apa kita yang sempurna nie...rasa kecik jer dunia nie bagi aku...kisah2 seperti ini semua hanya mengembalikan orang2 yang telah pergi disekelilinag aku...ibu,ayah&abang long aku...percayalah aku tahu dan dapat rasa apa yang dia orang lalui.....Allahuakbar....semoga kita boleh buat sesuatu.

pram.gif.png


Boleh lihat kisah2 ini di blog abang kassim di Lagenda Buta

Tq bro kerana info ni...smoga saudara che nat sembuh dgn segera.
kesian mak ayah dia,,,kalu laa ada adik2 ramai,,,sapa nak bantu,,,,smoga yg membelasah akan ditimpa musibah 2 kali ganda
 
kesiannya dia..apa perkembangan Che Nat sekarang TT?
 
Back
Top
Log in Register