BTC USD 81,681.9 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Bakar kucing hidup-hidup dapat kecaman netizen

Remaja 13 tahun mengaku bersalah bakar kucing hidup-hidup

Oleh Auzaee Athallah -May 3, 2024

SEORANG remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas satu pertuduhan membakar seekor anak kucing hidup-hidup, minggu lepas.

Tertuduh membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz.

Bagaimanapun hukuman ke atasnya ditangguhkan ke tarikh lain memandangkan kes berkenaan melibatkan pesalah juvana dan perlu menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa bersama-sama dua lagi lelaki yang masih bebas secara kejamnya menyebabkan kesakitan ke atas seekor kucing dengan membakarnya di kawasan parkir sebuah pangsapuri di Hulu Langat sekitar jam 1.08 tengah hari pada 22 April 2024.

Justeru, remaja tersebut didakwa mengikut Perenggan 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaaan.

Sabit kesalahan, remaja itu boleh didenda dari RM20,000 sehingga 100,000 atau dipenjarakan maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Afiqah Abd Ghaffar mencadangkan agar remaja itu dibenarkan jaminan pada kadar RM10,000 dengan alasan kes berkenaan merupakan kesalahan serius yang membabitkan penganiayaan terhadap haiwan dan kepentingan awam.

Bagaimanapun, ibu kepada remaja berkenaan merayu jumlah jaminan yang minimum kepada anak tunggalnya itu memandangkan tidak mampu membayar jumlah yang dicadangkan pendakwaan.

Selain itu, ibu tunggal yang bekerja di sebuah syarikat elektronik itu turut memberikan alasan bahawa dia merupakan penanggung tunggal remaja berkenaan serta neneknya.

Mendengar permohonan kedua-dua pihak, Majistret Nik Siti Norazlini membenarkan jaminan sebanyak RM1,000 selain menetapkan 27 Jun depan bagi sebutan semula kes bagi mendengar laporan akhlak dari JKM.

Sebelum ini tular rakaman video kejadian di media sosial menunjukkan tiga lelaki sedang melepak di tapak parkir motosikal flat berkenaan.

Dua daripada mereka kemudian dilihat menyimbah dipercayai bahan bakar ke atas anak kucing dianggarkan berusia enam minggu sebelum salah seorang menyalakan api.
 
'Meow' makin pulih selepas dibakar kejam​

m293najwa_1715319391.jpg

Ampang: "Rasa gembira dan sebak melihat keadaan luka 'socks' semakin sembuh. Socks kucing yang kuat semangat dan manja. Malah apabila namanya dipanggil, `socks' akan mengiau seolah-olah tahu kita memanggilnya," kata Nur Nabila Najwa Azman, 27.

Nur Nabila adalah individu yang menyelamatkan seekor anak kucing yang melecur teruk selepas dibakar tiga lelaki di Kajang, Selangor bulan lalu.

Kejadian itu mencetuskan rasa marah orang ramai apabila perbuatan kejam itu tersebar di media sosial.

Berkongsi cerita, Nur Nabila Najwa atau dikenali sebagai Sonia di media sosial berkata, anak kucing itu dinamakan sebagai 'socks' secara spontan dan kini sedang menerima rawatan di sebuah klinik veterinar swasta di Ampang, di sini.

Menurutnya, anak kucing berkenaan mengalami kecederaan luka serius pada badannya dan kini dalam proses pemulihan.

"Keadaan luka juga semakin baik di bawah pemantauan klinik.

"Socks diambil oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sementara kesnya dalam siasatan pihak berkuasa. Sepanjang ia berada di sana, hati saya risaukannya biarpun dimaklumkan pihak JPV menjaganya.

"Apabila socks kembali ke pangkuan saya pada 7 Mei lalu, saya gembira dan terus menghantarnya ke klinik. Socks kuat semangat, mempunyai selera makan, sangat manja," katanya.

Katanya, anak kucing berusia lebih enam minggu itu juga mempunyai masalah selesema dan kutu di seluruh badannya namun mengakui keadaannya semakin baik.

"Saya berharap socks kembali sembuh sepenuhnya dan saya akan mencari 'keluarga' baharu untuknya supaya kucing itu mendapat penjagaan lebih baik. Malah sudah ramai bertanya untuk menjaganya.

"Bagaimanapun saya mahu tunggu socks sembuh sepenuhnya dan sebelum itu saya akan tapis serta temubual individu yang mahu menjaga socks termasuk melihat keadaan rumah mereka kerana tidak mahu kejadian berulang," katanya mengakui tidak dapat menjaga socks kerana berdepan kekangan masa.

Pencinta haiwan itu berkata, dia akan melawat kucing itu setiap selang sehari dan setakat ini kos rawatan ditanggung menggunakan dana sumbangan orang ramai yang sentiasa prihatin serta turut menyayangi kucing berkenaan.

"Alhamdulillah ramai yang beri bantuan dan sokongan biarpun ada juga dakwa saya hanya mahu mengambil kesempatan kerana kisah socks sudah tular sedangkan saya tahu mengenai socks sebelum kejadian itu mendapat perhatian," katanya.

Penterjamah swasta itu berkata, dia menyedari kejadian menimpa haiwan itu selepas seorang individu memuat naik hantaran mengenai kucing itu yang dibakar dan meminta pandangan mengenai perkara berkenaan pada 23 April lalu.

Katanya, dia kemudiannya menghantar mesej peribadi kepada individu berkenaan dan terkejut apabila dimaklumkan kucing itu masih bernyawa serta mengambilnya keesokan hari untuk dihantar ke klinik berhampiran rumahnya di Ampang.

"Melihat keadaan socks memang sebak sangat dan tak terfikir bagaimana pelaku sanggup melakukan perbuatan seperti itu. Orang ramai perlu sentiasa cakna supaya tidak menyakiti haiwan biarpun haiwan jalanan. Tidak menyayangi haiwan itu tak mengapa tetapi tolong jangan sakitnya.

"Bukan saja manusia tetapi haiwan juga berhak dilindungi dan ia juga mempunyai undang-undang khas jadi saya harap ia dapat dijadikan pengajaran supaya kejadian sama tidak berulang di masa hadapan," katanya.

aku paling pantang ngan orang yang seksa binatang ni..geram sial tengok org mcm ni.. :mad:
 
Alhamdulillah idup lg rupenye...
Baru arini rase nak masok thread ni...
Bangsat punye perangai...
 
9510.jpeg

KES BAKAR KUCING | Remaja lelaki 13 tahun yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang atas satu pertuduhan membakar anak kucing di sebuah flat di Hulu Langat, April lalu dikenakan bon kelakuan baik selama setahun bermula hari ini.
 
Back
Top
Log in Register