nama2 pokemon tu tak berbunyi macam bahasa Hebrew pun. saya cuba mencarinya di kamus2 bahasa Hebrew pun tak menemuinya. Syaikh Muhammed Salih Al-Munajjid ketika ditanya mengenai nama2 pokemon tu menjawab:
سمعنا عن كثيرٍ من الأقوال في ترجمة هذه الكلمة ، ولعلها من مبالغات بعض الناس ، أو أنه من شركات منافسة .
والصحيح : أن اسم المنتج في اليابان هو " بوكيت مونستر " Poket monster ، ومعناه : الحيوان المسخ الصغير بحجم الجيب ، وبوكيمون : هو اختصار لهاتين الكلمتين .
والله أعلم
"Kami mendengar pelbagai penjelasan mengenai maksud-maksud perkataan ini, yang mana mungkin penyataan yang dilebih-lebihkan dibuat oleh sesetengah orang, atau mungkin juga khabar angin disebarkan oleh para pesaing.
Pandangan yang benar adalah ianya adalah nama dari Jepun. Ianya diambil daripada perkataan (English) "Pocket Monster" yang bermaksud haiwan yang cukup kecil untuk poket. "Pokemon" adalah singkatan daripada dua perkataan ini.wallahua'lam."
sesiapa yang membuat tuduhan ianya dari perkataan Hebrew kena bawakan bukti dan bukan sekadar sandarkan pada sesuatu yang tidak diketahui sumbernya.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya [al-Hujurat 49:6]
P/S: Walau apapun, tak perlu minat sangat katun buatan orang luar. Kita sokong jer katun tempatan.