مايكل سكوتفيلد
CG Top Poster Club

- Messages
- 25,580
Paid Membership
- Joined
- May 13, 2007
- Messages
- 25,580
- Reaction score
- 2,173
- Points
- 261
[Bacaan Zamzamah]
Cara bacaan al-Quran sebegini mungkin tidak ramai yang pernah mendengarnya. Mungkin jika ada sebhgn yg mendengarnya mereka akan mengatakan ia tidak boleh kerana tidak ikut tajwid dan tartil dan sebagainya.
Cara ini dibaca oleh penghafaz Quran dan ini yang membuatkan imam al-Syafii boleh baca 2 kali khatam siang dan malam pada bulan Ramadan. Dia tidak baca seperti kebiasaan orang kita baca.
Seingat saya semasa belajar di Maghribi, mereka baca lebih laju dari ini. Para syeikh kalau dia nak ingat sesuatu ayat al-Quran, mereka akan ingat dari maqra' tempat berhenti bacaan tersebut. Biasanya 1 halaman atau lebih, lalu mereka baca dari situ hingga ke ayat yang mereka mahukan itu. Kalau kita biasanya pada awal ayat tersebut sahaja.
Jadi bacaan mereka kadangkala lebih laju dari bacaan ini. Orang sana sebut yuzamzim atau bacaan terkumat kamit tanpa dengar dengan jelas butir kalimahnya... macam orang sedang membaca mentera...
Apa yang dibaca oleh Syeikh Misyari ini adalah masih dalam rentak yang boleh diikuti dan boleh dibaca dalam solat sunat dan ia mengambil masa 41 minit. Amat baik untuk recall hafalan secara pantas. Kalau sebahagian pelajar tahfiz di negara Arab lebih laju dan kadangkala kita tidak dapat mendengar atau tahu sebutan hurufnya.
Jadi kalau kita dengar cerita para ulama terdahulu boleh khatamkan al-Quran sekali atau 2 kali semalaman itu mereka baca al-Quran secara begini. Biasanya mereka menghafal al-Quran. bagi bacaan secara pantas sebegini dari mushaf, pernah saya cuba buat sewaktu mengerjakan fardu haji dulu. Paling laju kita baca melalui mushaf ialah 5 hari secara begini. Selepas itu, 2 tahun baru sekali khatam atau lebih...
Jadi insya Allah, boleh kita rasakan bagaimana Nabi SAW dan para sahabat membaca surah al-Baqarah dalam solat mereka, malah dari hadis Huzaifah bin al-Yaman radiyaLlahu ‘anhu beliau berkata:
“Aku pernah solat bersama RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam pada suatu malam, lalu Baginda memulainya dengan surah al Baqarah. Aku menduga Baginda akan rukuk ketika sampai ayat ke–100 tetapi tidak. Bahkan baginda meneruskan bacaan. Aku menduga lagi iaitu kemungkinan baginda membahagi dua surah al-Baqarah itu (separuh pada rakaat pertama dan separuh lagi pada rakaat kedua) tetapi tidak, bahkan baginda meneruskan bacaan.
Lantas aku menyangka Baginda akan rukuk setelah selesai membaca surah al-Baqarah, tetapi tidak, bahkan Baginda terus menyambung surah al-Nisa’ dan terus membacanya hingga akhirnya dan menyambung surah Ali-Imran.
Rasulullah membacanya secara bersahaja (tidak cepat dan tidak lambat). Apabila membaca ayat yang ada tasbih, Baginda bertasbih, dan apabila membaca ayat yang ada permintaan, Baginda meminta, dan apabila membaca ayat yang ada meminta perlindungan, Baginda meminta perlindungan.
Kemudian Baginda rukuk, dan ketika rukuk, Baginda membaca “ سبحان ربي العظيم وبحمده” kadar lama rukuk Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam adalah seperti lama masa Baginda berdiri. Selepas itu, Baginda membaca سمع الله لمن حمده kemudian baginda berdiri lama sedikit, hampir-hampir sama dengan masa Baginda rukuk. Kemudian Baginda sujud dan membaca سبحان ربي الأعلى و بحمده . Kadar lama sujud Baginda hampir-hampir sama dengan Baginda berdiri. (Riwayat Muslim - jadi lafaz yang paling sahih ini saya akan bawakan matan Arabnya untuk kita nilai selepas ini)
Kalau kita yang berada di tempatnya. Apalah yang kita fikirkan...
Jadi, kalau setakat yg dia baca ini, boleh dibawa dalam solat sunta Tarawih kita insya Allah.
Semoga bermanfaat.
..............
lafaz hadis di atas ini dari Sahih Muslim. Jadi bila saya bandingkan dengan terjemahannya terdapat satu perbezaan iaitu penambahan سبحان ربي الأعلى و بحمده iaitu bihamdih. Jika kita cek di dalam kitab hadis tersebut tidak ada penambahan bihamdih. Kecuali dari riwayat Uqbah bin 'Amir pada hadis yang kedua dalam kitab yang lain dan bukan dari Sahih Muslim.
Penambahan itu tidak sepatutnya dilakukan oleh penterjemah dan ia dikira sebagai tidak amanah dalam periwayatan dan penulisan.
Hadis Sahih Muslim - 1
[عن حذيفة بن اليمان:] صَلَّيْتُ مع النبيِّ ﷺ ذاتَ لَيْلَةٍ، فافْتَتَحَ البَقَرَةَ، فَقُلتُ: يَرْكَعُ عِنْدَ المِئَةِ، ثُمَّ مَضى، فَقُلتُ: يُصَلِّي بها في رَكْعَةٍ، فَمَضى، فَقُلتُ: يَرْكَعُ بها، ثُمَّ افْتَتَحَ النِّساءَ، فَقَرَأَها، ثُمَّ افْتَتَحَ آلَ عِمْرانَ، فَقَرَأَها، يَقْرَأُ مُتَرَسِّلًا، إذا مَرَّ بآيَةٍ فِيها تَسْبِيحٌ سَبَّحَ، وإذا مَرَّ بسُؤالٍ سَأَلَ، وإذا مَرَّ بتَعَوُّذٍ تَعَوَّذَ، ثُمَّ رَكَعَ، فَجَعَلَ يقولُ: سُبْحانَ رَبِّيَ العَظِيمِ، فَكانَ رُكُوعُهُ نَحْوًا مِن قِيامِهِ، ثُمَّ قالَ: سَمِعَ اللَّهُ لِمَن حَمِدَهُ، ثُمَّ قامَ طَوِيلًا قَرِيبًا ممّا رَكَعَ، ثُمَّ سَجَدَ، فَقالَ: سُبْحانَ رَبِّيَ الأعْلى، فَكانَ سُجُودُهُ قَرِيبًا مِن قِيامِهِ. قالَ: وفي حَديثِ جَرِيرٍ مِنَ الزِّيادَةِ، فَقالَ: سَمِعَ اللَّهُ لِمَن حَمِدَهُ رَبَّنا لكَ الحَمْدُ.
مسلم (٢٦١ هـ)، صحيح مسلم ٧٧٢ • [صحيح] • شرح الحديث
Hadis Sahih al-Jami' - 2
[عن عقبة بن عامر:] كانَ إذا ركَعَ قالَ: سُبحانَ ربِّيَ العَظيمِ و بحمدِه (ثلاثًا) و إذا سجدَ قالَ: سُبحانَ ربِّيَ الأعلى وبحمدِه (ثلاثًا)
الألباني (١٤٢٠ هـ)، صحيح الجامع ٤٧٣٤ • صحيح • شرح الحديث