BTC USD 84,278.0 Gold USD 4,290.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AS mahu beli Kepulauan Chagos

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,438
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,438
Reaction score
346
Points
141

AS mahu beli Kepulauan Chagos​

3544394.webp

Wilayah tanah jajahan Britain sejak 1786 itu dikatakan memiliki kedudukan strategik di Lautan Hindi sekali gus menjadikan ia aset ketenteraan yang penting. - Foto Agensi

WASHINGTON - Rumah Putih sedang mempertimbangkan rancangan untuk membeli Kepulauan Chagos daripada Mauritius, menurut akhbar The Telegraph pada Ahad.

Laporan itu menyebut pegawai Amerika Syarikat (AS) telah merangka pelan bagi melangkaui Britain dan memeterai perjanjian sendiri untuk mengambil alih kawalan ke atas Diego Garcia.

Cadangan tersebut merupakan antara beberapa pilihan yang sedang disediakan oleh Rumah Putih sebagai alternatif kepada rancangan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer untuk menyerahkan kedaulatan kepulauan di Lautan Hindi itu kepada Port Louis.

"Presiden Donald Trump tetap mempertahankan keputusannya.

"Kedudukan strategik Diego Garcia di Lautan Hindi menjadikannya aset ketenteraan yang penting dan tidak boleh diganti dalam aspek keselamatan negara AS," menurut pegawai di Washington dalam satu kenyataan.

Pada April lalu, London menangguhkan perjanjian untuk menyerahkan kedaulatan Kepulauan Chagos yang menempatkan pangkalan udara bersama AS-Britain di Diego Garcia selepas dikritik Trump.

Diego Garcia merupakan aset ketenteraan kritikal bagi Britain dan AS yang telah melindungi keselamatan bersama kedua-dua negara selama hampir enam dekad. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register