BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple Apple Maps Makin Di Gemari Pengguna Berbanding Google Maps - Laporan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,588
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,588
Reaction score
7,740
Points
916
Pengguna kini dilaporkan semakin menggemari servis peta yang ditawarkan Apple iaitu Apple Maps berbanding Google Maps dari Google.
Ia berdasarkan kepada laporan anekdot yang dikumpul oleh The Wall Street Journal. Mereka mendapati, pengguna iPhone semakin memilih Apple Maps di mana sesetengah penggunanya memuji arah pengangkutan awam di dalam servis itu lebih jelas dan visual yang direka bentuk dengan lebih menarik. Pengguna juga menyatakan, reka bentuk paparan di aplikasi Apple Maps sebagai lebih bersih berbanding reka bentuk Google Maps yang tidak teratur.​

1690093396253.png

Sebagai contoh, salah seorang pengguna mahir Google Maps memberitahu WSJ bahawa dia mendapati dirinya lebih banyak menggunakan Apple Maps dalam aktivti sehariannya. Pengguna itu menyatakan, Apple Maps mempunyai maklumat yang lebih jelas dan lebih mudah untuk berinteraksi berbanding Google Maps. Apple Maps mula diperkenalkan Apple di WWDC 2012 dahulu bagi menggantikan Google Maps sebagai aplikasi peta lalai yang tersedia di pasang dalam iOS 6.​

Sumber asal Macrumors
 
Back
Top
Log in Register