BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

APM Laksana Ujian Siren Sistem Amaran Awam Pada 30 Jun

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

APM Laksana Ujian Siren Sistem Amaran Awam Pada 30 Jun​

d1a76970e246439a811409ef5fa0294e6a3ce7d045333

Kredit: Laman Facebook Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan melaksanakan ujian siren Sistem Amaran Awam (PWS) pada 30 Jun ini bagi memastikan ia dalam keadaan baik, berfungsi dengan sempurna serta bersedia digunakan ketika berlaku sebarang kecemasan atau bencana.

APM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan ujian siren PWS itu akan dilaksana pada 10 pagi di sekitar Ibu Pejabat Pertahanan Awam, Sungai Merab, Kajang, Selangor.

“Pelaksanaan uji lari ini merupakan sebahagian daripada prosedur penyelenggaraan dan pengujian berkala yang dijalankan oleh APM bagi menjamin keberkesanan siren PWS dalam menyampaikan maklumat kecemasan kepada masyarakat dengan cepat dan tepat,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, APM memaklumkan orang ramai yang berada dalam lingkungan lima kilometer di sekitar lokasi siren iaitu kawasan Bandar Baru Bangi, Sungai Merab Luar dan Kampung Abu Bakar Baginda supaya tidak panik atau cemas apabila mendengar siren sepanjang tempoh pengujian dijalankan.

“Ujian ini hanyalah latihan teknikal dan tidak melibatkan sebarang situasi kecemasan sebenar.

“APM juga menyeru orang ramai untuk mengambil peluang ini bagi mengenali fungsi siren PWS serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesiapsiagaan bencana dalam kalangan komuniti,” menurut APM.

 
Back
Top
Log in Register