BTC USD 82,743.5 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apakah yang dimadsukan dgn syiah

The Amman Message

(1) Whosoever is an adherent to one of the four Sunni schools (Mathahib) of Islamic jurisprudence (Hanafi, Maliki, Shafi`i and Hanbali), the two Shi’i schools of Islamic jurisprudence (Ja`fari and Zaydi), the Ibadi school of Islamic jurisprudence and the Thahiri school of Islamic jurisprudence, is a Muslim. Declaring that person an apostate is impossible and impermissible. Verily his (or her) blood, honour, and property are inviolable. Moreover, in accordance with the Shaykh Al-Azhar’s fatwa, it is neither possible nor permissible to declare whosoever subscribes to the Ash`ari creed or whoever practices real Tasawwuf (Sufism) an apostate. Likewise, it is neither possible nor permissible to declare whosoever subscribes to true Salafi thought an apostate.
Equally, it is neither possible nor permissible to declare as apostates any group of Muslims who believes in God, Glorified and Exalted be He, and His Messenger (may peace and blessings be upon him) and the pillars of faith, and acknowledges the five pillars of Islam, and does not deny any necessarily self-evident tenet of religion.

(2) There exists more in common between the various schools of Islamic jurisprudence than there is difference between them. The adherents to the eight schools of Islamic jurisprudence are in agreement as regards the basic principles of Islam. All believe in Allah (God), Glorified and Exalted be He, the One and the Unique; that the Noble Qur’an is the Revealed Word of God; and that our master Muhammad, may blessings and peace be upon him, is a Prophet and Messenger unto all mankind. All are in agreement about the five pillars of Islam: the two testaments of faith (shahadatayn); the ritual prayer (salat); almsgiving (zakat); fasting the month of Ramadan (sawm), and the Hajj to the sacred house of God (in Mecca). All are also in agreement about the foundations of belief: belief in Allah (God), His angels, His scriptures, His messengers, and in the Day of Judgment, in Divine Providence in good and in evil. Disagreements between the ‘ulama (scholars) of the eight schools of Islamic jurisprudence are only with respect to the ancillary branches of religion (furu`) and not as regards the principles and fundamentals (usul) [of the religion of Islam]. Disagreement with respect to the ancillary branches of religion (furu`) is a mercy. Long ago it was said that variance in opinion among the ‘ulama (scholars) “is a good affair”.

(3) Acknowledgement of the schools of Islamic jurisprudence (Mathahib) within Islam means adhering to a fundamental methodology in the issuance of fatwas: no one may issue a fatwa without the requisite personal qualifications which each school of Islamic jurisprudence determines [for its own adherents]. No one may issue a fatwa without adhering to the methodology of the schools of Islamic jurisprudence. No one may claim to do unlimited Ijtihad and create a new school of Islamic jurisprudence or to issue unacceptable fatwas that take Muslims out of the principles and certainties of the Shari`ah and what has been established in respect of its schools of jurisprudence.
The Three Points of The Amman Message V.2

http://ammanmessage.com/index.php?option=com_content&task=view&id=91&Itemid=74

 
:(.. DASYATnya SYIAH.. :))

memang dasat sungguh :D:-?..tapi aku heran juga,kenapa golongan syiah yang banyak maju ke depan dalam bidang sains dan teknologi berbanding sunni..?
 
memang dasat sungguh :D:-?..tapi aku heran juga,kenapa golongan syiah yang banyak maju ke depan dalam bidang sains dan teknologi berbanding sunni..?

betui ker? FAKTAnya mana? :D

Sebab SUNNI sibuk mengkafirkan SESAMA ISLAM kot?.. sebab itu tak sempat belajar ILMU ALAM....:D
 
Fuh...semput jugak ana membaca keterangan "copy paste" akhi kita ni...Sangat kukuh hujjah yang dipaparkan. Cuma sedikit serabut sebab tak tahu mana satu yang mahu diutamakan. Ini kerana tajuk Siapakah Syiah tapi sampai Ahlul Bait pun dibahaskan "naif" sangat...Syed dan Syarifah dijadikan sandaran....naif akhi...

Dan lagi satu, segala paparan anda sudah berkali2 di "USAHAKA" oleh "mereka" yang berkenaan dan ternyata ia berulang2 dan sudah[un ana jawab "berulang2" juga...

Baik sekarang giliran ana...Baca betul2 yer.

Ana tak guna fakta sejarah sebab ana simpan dahulu. Sekarang ana paparkan hujjah al-Quran dan alhadis sahih....dan ana tak guna font besar2 sebab sakit mata nak baca...:)

Bismillah

Menerusi buku-buku tulisan Sunni seperti al-Farqu Bainal Firaq karya al-Baghdadi, Minhajus Sunnah karangan Ibnu Taimiyyah, al-Fisal tulisan Ibnu Hazm az-Zohiri, tulisan-tulisan Prof. Dr. Ehsan Ilahi Zohir dan banyak lagi, semuanya bersepakat menyatakan bahawa mazhab Syiah Imamiyah dipelopori oleh seorang Yahudi dari San`a Yaman bernama Abdullah bin Saba`. Selain itu ada juga yang berpendapat golongan Syiah Imamiyah lahir pada zaman Zaid bin Ali yang mana ketika beliau mengetuai pasukan revolusi menentang kerajaan bani Umaiyyah, pengikut-pengikut beliau dikenali sebagai Syiah, manakala yang tidak mahu menyertainya dikenali sebagai ar-Rafidhah. Serta berbagai lagi pendapat yang tidak tentu hujung pangkalnya.

Bagi menjelaskan perkara ini, berikut saya bawakan beberapa hujjah dan fakta bagi membuktikan bahawa Syiah bukanlah berasal dari dakwaan-dakwaan pihak Sunni tersebut. Sebaliknya, nama Syiah sudahpun wujud digunapakai pada zaman hidup Rasulullah s.a.w dan bagindalah yang menyemai dan mengukuhkan akarnya.

Siapakah Syiah?​

Syiah dari sudut bahasa (لغة) bererti pengikut, penyokong dan pencinta. Perkataan ini ada disebutkan di dalam ayat Allah menerusi surah as-Safat: 83

{واِنَّ مِن شِيعَتِهِ َلاِبرَاهِيم}

"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiah-nya (pengikut Nuh)"
​
Sementara di dalam ayat lain:

{
هذا مِن شِيعَتِهِ وهذا من عَدُوِّهِ فاسْتَغَاثَهُ الذِي مِن شِيعَتِهِ عَلى الذِي مِن عَدُوِّهِ}

"(Orang) ini adalah dari Syiah-nya (pengikutnya) dan (orang) ini adalah dari musuhnya. Lalu Syiah-nya meminta bantuan darinya terhadap lawan musuhnya" [al-Qasas: 15]​

Manakala maksud Syiah dari sudut istilah syarak pula bererti pencinta, penyokong dan pengikut imam Ali a.s dan Ahlul Baitnya secara khusus. Pengertian ini terbukti menerusi kenyataan para ulama berikut:

1- Fairuz Abadi di dalam Qamus al-Lughat pada kalimat "شَاعَ" berkata: Nama Syiah umumnya bererti setiap orang yang mewalikan (mengakui kepimpinan) Ali dan Ahlul Baitnya hingga nama tersebut khusus bagi mereka.

2- Ibnu Khaldun pula berkata menerusi kitabnya Muqaddimah, halaman 194: Perkataan Syiah dari sudut bahasa bererti sahabat dan pengikut. Para ulama Kalam (aqidah) samada salaf (terdahulu) mahupun khalaf (terkemudian) mengertikan Syiah sebagai pengikut Ali dan anak-anaknya.

3- Ibnu Manzur menerusi kamusnya Lisanul Arab berkata: Syiah adalah mereka yang mencintai apa yang dicintai oleh keturunan Rasul (iaitu Ahlul Bait) dan mereka taat kepada keturunan tersebut.

4- Asy-Syahrastani pula berkata: Syiah ialah mereka yang mengikuti Ali a.s secara khusus serta mengatakan bahawa al-Imamah (kepimpinan umat) dan khalifahnya adalah terbukti secara nas dan wasiat, samada secara tersurat atau tersirat.

(Rujukan: Al-Milal Wan Nihal: Jil. 1 Hal.195 )

Menerusi pengertian yang dinyatakan para ulama Sunni di atas, maka jelaslah bahawa Syiah adalah nama bagi mereka yang menjadi penyokong dan pengikut imam Ali dan Ahlul Baitnya secara khusus.

 
Jika ada dikalangan anda yang tidak berpuas hati dengan penjelasan ini, mari kita sama-sama perhatikan pula nas dari al-Quran dan hadits yang membuktikan bahawa perkataan Syiah telahpun disebut dan digunapakai semasa hayat Nabi s.a.w lagi. Allah dan Rasul-Nya yang memperkenalkan kepada umat Islam tentang kewujudan Syiah dan kemuliaannya.

1- Hafiz Abu Nu`aim di dalam Hilyatul Awliya` meriwayatkan dari Ibnu Abbas berkata: Setelah ayat ini diwahyukan:

{انَّ الذينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أولَئِكَ هُم خيرُ البَرِيَّة}
​

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk" [al-Bayyinah- 7-8] Nabi s.a.w bersabda kepada Ali:

يا علي! هو أنت وشيعتك. تأتي أنت وشيعتك يو القيامة راضين مرضيين

"Wahai Ali, sebaik-baik makhluk yang dimaksudkan itu adalah kamu dan Syiah-mu. Pada hari kiamat kelak, kamu dan Syiah-mu akan diberikan satu kedudukan yang mana Allah redha dengan kalian dan kalian redha dengan-Nya"​

2- Al-Hakim Ubaidillah al-Huskani menerusi Syawahidul Tanzil dari Al-Hakim Abi Abdillah al-Hafiz dengan sanad sampai kepada Yazid bin Syarahil al-Ansari berkata: Aku telah mendengar Ali a.s berkata: Ketika Rasul bersandar di dadaku, baginda mulai bersabda:

أي علي! ألم تسمع قول الله تعالى: {انَّ الذينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أولَئِكَ هُم خيرُ البَرِيَّة} هم أنت وشيعتُك وموعدي وموعدكم الحوض اذا جئت الامم للحساب تدعون غرّا محجّلين​

"Wahai Ali, bukankah kamu telah mendengar firman Allah: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk" Mereka itu adalah kamu dan Syiah-mu. Perjanjianku dengan perjanjian kalian (kita akan bertemu) di al-Haudh. Ketika umat didatangkan untuk dihisab (amalan-amalan mereka) kamu semua akan dipanggil dengan penuh kemuliaan"

3- Abul Muayyid al-Khawarizmi di dalam al-Manaqib, hadits ke-10 fasal ke-9 dan al-Allamah al-Kanji asy-Syafi`ie di dalam Kifayatuth Thalib, bab 62 dari Jabir bin Abdullah al-Ansari berkata: Pada suatu hari kami bersama Nabi s.a.w, tiba-tiba Ali datang, lalu baginda bersabda: "Telah datang kepada kalian saudaraku". Kemudian baginda berpaling ke Ka`abah lalu menepuknya sambil bersabda:

والذي نفسي بيده! أن هذا وشيعته هم الفائزون يوم القيامة ثم انه أولكم ايمانا وأوفاكم بعهد الله وأقومكم بأمر الله وأعدلكم فى الرعية وأقسمكم بالسوية واعظمكم عند الله مزية

"Demi Dia yang menguasai nyawaku! Ali dan Syiah-nya akan terselamat pada hari kiamat. Ali adalah orang yang pertama beriman, yang paling amanah melaksanakan janji Allah, yang paling adil dalam soal kepimpinan rakyat, yang paling saksama dalam pengagihan bantuan masyarakat, dan yang paling tinggi dan istimewa kedudukannya di sisi Allah"​

Jabir berkata: Lalu turunlah ayat….[surah al-Bayyinah: 7-8]. Jabir juga berkata: Setiap kali Ali hadir, para sahabat akan berkata: “Telah datang sebaik-baik makhluk”.

4- Ibnu Sabbagh al-Maliki di dalam al-Fusulul Muhimmah, halaman 122 bersanad dari Ibnu Abbas berkata: Setelah ayat….[surah al-Bayyinah: 7-8] diturunkan, baginda terus bersabda kepada Ali:

يا علي! هو أنت وشيعتك. تأتي أنت وشيعتك يو القيامة راضين مرضيين ويأتي أعداءك غضبانا مقمحين

"Wahai Ali, sebaik-baik makhluk yang dimaksudkan itu adalah kamu dan Syiah-mu. Pada hari kiamat kelak, kamu dan Syiah-mu akan diberikan kedudukan yang mana Allah redha dengan kalian dan kalian redha dengan-Nya. Sementara musuh-musuhmu akan marah dan tangan-tangan mereka akan terikat dileher-leher mereka"​

5- As-Suyuthi seorang ulama Sunni kurun ke-9 menerusi kitab tafsirnya ad-Durul Mantsur dalam menafsirkan ayat dari surah al-Bayyinah tersebut telah meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah al-Ansari berkata: Pada suatu hari kami bersama Nabi, tiba-tiba Ali hadir lalu baginda bersabda:

والذي نفسي بيده! أن هذا وشيعته هم الفائزون يوم القيامة

"Demi Dia yang menguasai nyawaku! Ali dan Syiah-nya akan terselamat pada hari kiamat"​

As-Suyuthi juga mengeluarkan riwayat yang sama dari Ibnu `Adi dari Ibnu Abbas berkata: Setelah turun ayat…(surah al-Bayyinah: 7-8) Nabi bersabda:


تأتي أنت وشيعتك يو القيامة راضين مرضيين

"Pada hari kiamat kelak, kamu dan Syiah-mu akan diberikan kedudukan yang mana Allah redha dengan kalian dan kalian redha dengan-Nya"​

6- Nuruddin al-Haitsami menerusi kitabnya Majma`uz Zawaid, jilid ke-9, halaman 176 telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda:

أنت معي وشيعتك فى الجنّة

"Kamu Ali bersama Syiah-mu akan bersamaku di dalam syurga"​

7- Bagainda Nabi bersabda lagi kepada Ali a.s:

أما ترضى أنّك معي في الجنّة والحسن والحسين وذريتنا خلف ظهورنا وأزواجنا خلف ذريتنا وشيعتنا على أيماننا وشمالنا

"Bukankah kamu suka bahawa kamu akan bersamaku di dalam syurga, sementara Hasan, Husein dan zuriat kita berada di belakang kita. Manakala isteri-isteri kita berada di belakang zuriat kita, dan Syiah kita berada di kanan dan kiri kita"​

8- Sabda Rasul lagi:

يا علي, ان الله قد غفر لك ولذريتك وولدك ولشيعتك ولمحبي شيعتك

"Wahai Ali, sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosamu dan dosa zuriatmu, juga dosa bapamu serta dosa Syiah-mu dan pencinta Syiah-mu"​

Hadits-hadits yang meriwayatkan tentang Syiah Ali telah dikeluarkan oleh sebahagian besar ulama Ahlus Sunnah. Selain riwayat-riwayat di atas, berikut diperturunkan kitab-kitab yang menyebut tentang perkara yang sama:

(1) Syawahidul Tanzil: Al-Hakim al-Huskani al-Hanafi: 2/356-366. Bil. Hadits: 1125-1135, 1137 & 1139-1148.
(2) Kifayatuth Thalib: Al-Kanji asy-Syafi`ie: Hal. 244-246
(3) Al-Manaqib: Al-Khawarizmi Al-Hanafi: Hal. 26 & 187
(4) Al-Fusulul Muhimmah: Ibnus Sabbagh al-Maliki: Hal. 107
(5) Nuzm Durar as-Simthin: Az-Zarandi al-Hanafi: Hal. 92
(6) Tarikh Dimasyq: Ibnu `Asakir asy-Syafi`ie: 2/442. Bil. Hadits: 951 & 2/348. Bil Hadits: 849. Bahagian Terjemahan Riwayat hidup Ali.
(7) Yanabi`ul Mawaddah: Al-Qanduzi al-Hanafi: Hal. 62, 74 & 270
(8) Ad-Durul Mantsur: As-Suyuthi asy-Syafi`ie: 6/379
(9) Tafsir ath-Thabari: Surah al-Bayyinah
(10) Tazkiratul Khawas: Sibt Ibnul Jauzi al-Hanafi: Hal. 18
(11) Fathul Qadir: Asy-Syaukani: 5/600

(12) Ruhul Ma`ani: Al-Alusi: Surah al-Bayyinah
(13) Ihqaqul Haq: At-Tasturi: 3/287
(14) Ghayatul Maram: Bab 28
(15) Faridus Simthin: 1/156
(16) Kunuzul Haqaiq: Al-Manawi asy-Syafi`ie: Hal. 83
(17) Kanzul Ummal: Al-Muttaqi al-Hindi: 15/137. Bil. Hadits: 398
(18) Majma`uz Zawaid: Nuruddin al-Haitsami: 9/176-177
(19) Nurul Absar: Asy-Syablanji: Hal. 101
(20) An-Nihayah: Ibnul Atsir: 3/276
(21) Tarikh al-Baghdadi: 12/289
(22) Mustadrak: Al-Hakim: 3/160
(23) Riyadhun Nadhrah: 2/253
(24) Nuzhatul Majalis: As-Safuri: 2/222
(25) Mawaddatul Qurba: Hal. 257
(26) Intifa`ul Afham: Al-Hindi: Hal. 19
(27) Al-Manaqib al-Murtadhawiyah: Al-Allamah Soleh at-Tirmidzi: Hal. 101-113
(28) Murujuz Zahab: 2/51
(29) Al-Ghadir: Al-Amini: 2/57
(30) Fadhail Al-Khamsah: 5/278


Menerusi seluruh kenyataan tersebut, maka jelaslah bahawa Islam Syiah bukanlah berpunca dari Abdullah bin Saba` seorang Yahudi. Sebaliknya, mereka adalah pengikut sebenar Nabi Muhammad dan Ahlul Baitnya yang suci. Dengan paparan hujjah yang telah dikemukan, maka segala macam dakwaan dan fitnah yang dilemparkan ke atas asal-usul kumpulan Syiah tertolak dan terbatal. Ingatlah bahawa Syiah tidak pernah mengikut mana-mana individu tanpa hujjah-hujjah pengesahan yang amat meyakinkan bagi diri mereka.



 
Selain itu juga, golongan Sunni ada yang berpendapat bahawa selepas peristiwa pembunuhan Utsman bin Affan perkataan Syiah mula digunakan bagi menunjukkan pengikut Ali. Sedang pada hakikatnya, di masa hayat Nabi sebahagian para sahabat terkemuka telah dipanggil Syiah. Hafiz Abu Hatim ar-Razi menerusi bukunya az-Zinah berkata bahawa perkataan baru yang pertama datang dan diterima umum di dalam Islam semasa hayat Nabi adalah Syiah. Perkataan ini digunakan kepada 4 orang sahabat yang terkenal iaitu:

1. Ammar bin Yasir
2. Abu Dzar al-Ghiffari
3. Miqdad bin Aswad al-Kindi
4. Salman al-Farisi

Kini terserahlah kepada anda untuk memikirkan bagaimana pada masa hayat Nabi, 4 orang dari sahabatnya digelar Syiah. Jika Nabi tahu ianya satu bid`ah (melanggar syariat), mengapa baginda tidak melarang orang ramai dari menggunakannya? Pada hakikatnya, orang ramai telah mendengar dari mulut Nabi sendiri bahawa Syiah Ali adalah penghuni syurga. Mereka berbangga dengannya dan terang-terang mengaku diri mereka sebagai Syiah.

Abu Nu`aim al-Isfahani di dalam Hilyatul Awliya`, jilid 1 halaman 172 dan Ibnu Hajar al-Haitami menerusi As-Sawa`iqul Muhriqah pada hadits ke-5 dari 40 hadits yang disampaikannya bagi memuji Ali yang disampaikan juga dari Tirmidzi, juga al-Hakim dari Buraidah bahawa Rasul telah bersabda:

انّ اللهَ أمرني بحبّ الأربعة وأخبرني أنّه يحبهم. فقيل: من هم؟ قال: علي ابن أبي طالب وابو ذر والمقداد وسلمان

"Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku mencintai 4 orang dan Dia memberitahuku bahawa Dia juga mencintai mereka.​

Bertanya seseorang: Siapakah mereka? Nabi Menjawab: Ali bin Abi Thalib, Abu Dzar, Miqdad dan Salman"

Ibnu Hajar menyebutkan lagi pada hadits ke-39 bahawa al-Hakim dan Tirmidzi telah meriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa Nabi telah bersabda:

الجنّة تشتاق الى ثلاثة: علي وعماّر وسلمان

"Sesungguhnya syurga sedang merindui 3 orang iaitu Ali, Ammar dan Salman"​

Dengan ini semua, bagaimana golongan Syiah Imamiyah yang mengikut dan menjadikan contoh 4 orang tersebut yang digelar Syiah Ali dan juga individu yang Allah dan Rasul cintai, bahkan ditabalkan sebagai penghuni-penghuni syurga boleh dituduh sesat dan pengikut Yahudi? Bukankah ini telah melanggar seluruh fakta yang sebenar?

Abdullah bin Saba` dan kaitannya dengan Syiah

Menurut sumber-sumber Sunni seperti al-Farqu Bainal Firaq dan Tarikhul Mazahibil Islamiyah cuba mengaitkan nama Syiah dengan Abdullah bin Saba`. Mereka berpendapat bahawa individu ini berpura-pura memeluk Islam dan muncul pada zaman pemerintahan Utsman bin Affan. Dialah yang menghidupkan api fitnah hingga berlaku perselisihan diantara para sahabat dan berlaku pengepungan di Istana Utsman lalu terjadilah peristiwa pembunuhan khalifah Utsman.

Setelah itu, Abdullah terus menaburkan dakwaan-dakwaan palsu bagi menyokong Ali sebagai khalifah dengan memuji-muji beliau dengan pujian yang mempersonakan hingga orang ramai berduyun-duyun bersepakat mengangkat Ali sebagai khalifah ke-4.

Saya katakan:

Kalaulah – seandainya – Abdullah bin Saba` itu benar-benar wujud dalam sejarah dunia Islam,(1) bahkan merupakan seorang individu yang berjaya memporak- perandakan Islam sejak dari zaman para sahabat hingga mampu mempengaruhi mereka untuk membunuh Utsman, seterusnya membuat dakwaan-dakwaan yang hampir sama dengan dakwaan Syiah, maka apakah boleh kita menuduh Syiah adalah pengikut Yahudi Abdullah bin Saba`?

Sebagai contoh: Agama Budha yang memiliki fahaman dan etika yang serupa dengan ajaran Islam, maka apakah anda akan menuduh bahawa ajaran Islam diceduk atau diasaskan oleh Sidharta Gauthama selaku pengasas fahaman tersebut? Jika seorang pencuri memakai baju seorang ulama naik ke atas mimbar bersyarah dan merosakkan agama Islam, adakah anda akan memanggil semua ulama itu pencuri?

Nas dan fakta telah membuktikan bahawa Syiah adalah nama yang diberikan oleh Nabi s.a.w sendiri kepada pengikut imam Ali a.s. Oleh itu, jika ada pengikutnya yang ekstrim dan menyeleweng, maka itu tidak bererti Syiah itu sesat kerananya. Jadi, apakah yang mendorong golongan Sunni mahu mengaitkan Abdullah bin Saba` sebagai pelopor mazhab Syiah? Tambahan pula, kita telah diwar-warkan bahawa Yahudi ini mahu memporak-perandakan Islam dan umatnya, maka amat jauhlah ia dari Syiah Ali yang benar dan haq. Dengan ini, mengaitkan nama Abdullah bin Saba` dengan Syiah tidak berasas sama sekali.

Ingin dinyatakan di sini juga bahawa para ulama Sunni telah banyak membuat perbahasan melalui buku-buku mereka berkenaan pecahan-pecahan golongan Syiah. Saya katakan bahawa tiada kumpulan yang menggunapakai nama Syiah secara khusus melainkan Syiah Imamiyah. Golongan Zaidiyah atau Ismailiyah dan seumpama dengannya tidak pernah mengaku diri mereka sebagai Syiah. Ini adalah kerana jika anda meneliti sejarah Islam sejak dari tarikh kewafatan Rasul hingga ke zaman bani Umaiyah seterusnya ke zaman Abasiyah, sesiapa sahaja yang dikenali sebagai Syiah akan diberikan tekanan mental dan fizikal oleh pihak pemerintah hinggakan nama tersebut terkenal sebagai salah satu nama bagi ajaran sesat dan penentang kerajaan hinggalah ke hari ini.

Atas dasar itu, bila kita membaca buku-buku tulisan Sunni yang menghentam Syiah, mereka akan mencampur-adukkan fahaman-fahaman sesat pecahan yang mereka sendiri menggolongkannya sebagai Syiah seperti Zaidiyah, Ismailiyah, Kaisaniyah dan sebagainya dalam satu. Ini sebuah perbahasan yang tidak adil, hinggakan wujud tuduhan-tuduhan palsu yang disandarkan kepada Syiah Imamiyah. Buktinya anda bacalah buku-buku tulisan Ibnu Taimiyah, Prof. Dr. Ehsan Ilahi Zohir atau sesiapa sahaja dari kalangan Sunni yang fanatik buta, maka pasti anda akan menemukannya. Mereka menyandarkan apa sahaja dakwaan-dakwaan palsu seperti Syiah bertuhankan Ali sebagai menentang mazhab Syiah Imamiyah.

Rujukan Nota Kaki(1) Seluruh para ulama Sunni melalui buku-buku sejarah mereka mengambil riwayat bagi menceritakan tentang kewujudan Yahudi ini dari satu sumber utama iaitu Tarikh Thabari. Sementara Thabari pula meriwayatkan kewujudannya menerusi satu orang sahaja iaitu Saif bin Umar. Saif bin Umar jelas seorang penipu dalam periwayatan sejarah, tarikh dan hadits. Bahkan, kajian teliti telah dijalan oleh Murtadha al-Askari menerusi bukunya Abdullah bin Saba` dan dongengan pengikutnya as-Saba`iyah dan 150 Para Sahabat Ciptaan telah mengemukakan ratusan bukti bahawa Abdullah bin Saba` adalah satu Mitos. Cubalah anda memastikannya sebagai memuaskan hati.
 
Back
Top
Log in Register