BTC USD 83,397.1 Gold USD 4,109.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

apakah hukum ini?

Assallamualaikum semua..tak pandai nak berbicara bab agama sangat tapi sebagai pandangan eloklah kita semua ambil tahu.Kita bersyukur kerana mempunyai kedua ibu bapa tanpa mereka tidaklah kita dapat melihat bulan dan bintang.Umumnya kasih sayang anak atau sebaliknya baik lelaki mahu pun perempuan terletak pada individu berkenaan.Membalas jasa kedua ibu bapa adalah perintah ALLAH.ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.demikian juga bagi hamba-hambaNYA.Menjadi kewajipan anak lelaki memberi sumbangan kepada kedua ibu bapanya atas keikhlasan hatinya mengikut kemampuan.Tidaklah wajib bagi anak perempuan tetapi sebagai mengenang jasa dan sifat kasih sayang kepada mereka.Itu adalah haknya dan jangan pula dipertikaikan.Sumbangan tidak boleh disembuyikan dari pengetahuan suami dan suami perlu akur jangan ada sifat cemburu atau dengki pula.Oleh itu baik lelaki atau perempuan tanggung jawab kita bersama adalah membantu kedua ibu baba dan penghormatan sebelum kembalinya mereka ke alam barzah.Amin.
 
Assalamualaikum,

Saya terpanggil untuk berkongsi pengetahuan dan pendapat tentang isu ini, kerana rasanya ada banyak kekeliruan tentang hak isteri ke atas harta pencariannya, dan tanggungjawab suami dalam pemberian nafkah. Berdasarkan hukum yang diwartakan oleh Majlis Fiqh Sedunia pada 2005 di Dubai:

1. Hukum isteri bekerja adalah harus, tetapi isteri wajib mendapat kebenaran suami. Di samping itu, isteri mesti memenuhi syarat-syarat tertentu berdasarkan syariat Islamiah. Diantaranya: pekerjaan tidak bertentangan dengan fitrah wanita, tidak mengganggu tugas sebagai isteri dan ibu, tidak menyebabkan maksiat, menutup aurat, dan sebagainya.

2. Pemisahan jelas antara tanggungan harta isteri dan suami. Isteri berhak ke atas harta yang diusahakannya secara total/penuh dalam apa jua hal penggunaan/perbelanjaan. Suami tidak berhak ke atas harta yang diusahakan isteri atau harta yang diwarisi isteri. Dan isteri tidak perlu mendapat keizinan suami dalam perbelanjaan atau penggunaan harta yang diusahakannya/diwasiatkan kepadanya.

3. Suami wajib memberi nafkah ke atas isteri secukupnya mengikut kemampuan dan keperluan, dan tidak gugur kewajipan suami untuk memberi nafkah meski pun isteri keluar bekerja. Hanya gugur tanggungjawab nafkah apabila isteri derhaka (nusyuz). Harus bagi isteri untuk menggunakan harta pencariannya untuk perbelanjaan nafkah keluarga atau untuk membantu suami.
>> Moga2 suami yg ada isteri bekerja dan membantu perbelanjaan harian keluarga bersyukur dengan pengorbanan isteri masing-masing.

4. Suami tidak harus menjadikan syarat isteri membantu tanggungan nafkah keluarga sebagai syarat membenarkan untuk bekerja.

Berdasarkan apa yang diwartakan di atas, saya rasa cukup jelas bahawa A boleh memberi sumbangan kepada ibu daripada wang gajinya (harta pencarian) jika itu yang A inginkan. A berhak membelanjakan harta sebagaimana yang diinginkannya (rujuk 2 di atas). Berkenaan tanggungan keluarga, kalau hendak diikutkan bukan tanggungjawab A untuk memenuhi nafkah keluarga tapi itu tanggungjawab suami A.

Ada forumers yg berkata bahawa "kalo perempuan sudah berkahwin, dia bertanggungjawab pada keluarga nya sahaja" -- di sini kita kena tahu bahawa tanggungjawab nafkah pada keluarga bukan tanggungjawab isteri, tapi adalah tanggungjawab suami. Tanggungjawab keluarga untuk isteri adalah berlainan daripada tanggungjawab keluarga untuk suami.

Islam itu adil, dan meletakkan wanita pada tempat yang amat istimewa. Hak-hak wanita ke atas hartanya sendiri juga amat jelas (malah dalam banyak hal melebihi lelaki), tetapi malangnya banyak kekeliruan dalam masyarakat.

Wallahualam. Segala yg baik dari Allah, dan yg buruk dari saya sendiri. Semoga sama2 menambahkan ilmu di bulan ramadhan dan beroleh keberkatan-Nya.
 
salam..

saya ingin bertanya pada sesiapa yg tinggi ilmu agama nya..

saya bg sitiuasi..

si A ni perempuan. dah berkahwin, dan mempunyai keluarga dan mempunyai anak yg ramai.
si A ni kire org sederhana, tidak dikategorikan kaya atau miskin. gaji yg dapat cukup2 sahaja utk berbelanja, dan tidak cukup untuk membuat simpanan.

si A ni mempunyai emak, dan ayah sudah tiada. kira dah xde sumberla. tapi, ada lagi duit peninggalan dr arwah suaminya.

adik beradik si A ni agak berada dan kurang tanggungan dibandingkan dengan si A. mereka selalu menghulurkan bantuan pada emak mereka. dan, rumah emak si A lebih besar, mewah dibandingkan dr rumah si A. perbelanjaan emak si A juga lebih mewah dari keluarga si A sendiri.

soalan saya, wajibkah si A ni memberi duit bulanan kepada emaknya? tapi, si A ni menyumbangkan makanan dan minuman kepada si A.

sebab setau saya, tanggungjawab ibu bapa tertakluk pada anak lelaki. kalo perempuan sudah berkahwin, dia bertanggungjawab pada keluarga nya sahaja.


p/s: tiada kaitan dengan saya ataupun yg hidup atau mati.. sebab, saya ni kawin pun x lagi...:">


yup..mmg betul..tanggungjawab wanita selepas berkahwin adalah kepada suami dan keluarganya..dan tanggungjawab anak lelaki adalah terhadap kedua ibu-bapanya..

tp walaubagaimanapun, seorang anak tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya kepada kedua2 ibu bapa mereka..kita sbg anak, tidak kira la perempuan atau lelaki, masih bertanggungjawab kepada org tua kita..klau kita mampu, kita beri, klau tak, mungkin kita bole beri dari cara yg lain..yg penting ikhlas..

:):)
 
yup..mmg betul..tanggungjawab wanita selepas berkahwin adalah kepada suami dan keluarganya..dan tanggungjawab anak lelaki adalah terhadap kedua ibu-bapanya..

tp walaubagaimanapun, seorang anak tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya kepada kedua2 ibu bapa mereka..kita sbg anak, tidak kira la perempuan atau lelaki, masih bertanggungjawab kepada org tua kita..klau kita mampu, kita beri, klau tak, mungkin kita bole beri dari cara yg lain..yg penting ikhlas..

:):)

A tak wajib beri duit pada ibu bapa, tapi A boleh buat kalau dia hendak. Duit gaji (harta pencarian) A adalah hak A, walaupun sebagai isteri dia kena minta izin suami untuk bekerja. Suami A tak boleh ambik/guna harta pencarian A tanpa kebenaran.

Tanggungjawab A sebagai isteri untuk menjaga hal2 rumah tangga. Ini tidak termasuk dalam nafkah. Nafkah itu tanggungjawab suami A, walau pun A bekerja. Kalau A hendak tolong suami baguslah... Alhamdulillah... dalam perkahwinan mesti ada tolak-ansur dan tolong-menolong.
 
Back
Top
Log in Register