BTC USD 84,702.2 Gold USD 4,303.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apabila kekuatan sendiri dilupakan

shah_kajang

Fun Poster
Messages
733
Joined
Jan 21, 2010
Messages
733
Reaction score
32
Points
20
Pernah dengar nama-nama seperti Joe, Michael, Nicol, Amy, Martin dan lain-lain. Kadang kala nak muntah mendengarnya. Megah dikaitkan dengan Kristian dan barat, namun tidak mahu langsung dikaitkan dengan Islam dan Melayu.Kenapa bila tiba nama-nama seperti Muhammad, Mahmud, Aziz, Ridhuan dan nama-nama Islam lain tidak dipandang tinggi, malah dilihat dengan nada penuh kebencian? Hina sangatkah nama Melayu dan Islam? Penggunaan nama-nama Islam dianggap tidak ada standard? Tidakkah nama-nama timur ini lebih berwajah Melayu Islam? Saya tidak mahu untuk membuka tembelang yang lain. Biarlah saya simpan buat sementara waktu ini.

Bukanlah niat saya untuk menanamkan api kebencian antara kaum. Tetapi saya terpaksa berterus-terang bagi menunjukkan segelintir mereka ini yang tidak pernah bersyukur. Mereka lebih rela diasimilasi dan diakulturasikan dengan barat berbanding Melayu dan Islam. Apa jua perkara yang berkaitan asimilasi dan akulturasi dengan Melayu Islam akan dipandang rendah dan langsung tidak akan diamalkan, manakala cara hidup barat diterima bulat-bulat. Misalnya, cara hidup Melayu seperti berpakaian Melayu, bersongkok dan sebagainya. Pernahkah kita lihat orang bukan Melayu sekurang-kurangnya membudayakan dengan cara sedemikian? Kalau adapun boleh dibilang dengan jari.

Dalam pemerhatian saya, bangsa yang satu ni memang tidak mahu dikaitkan dengan Melayu langsung terutama dari segi cara hidup. Kalau adanya yang berjinak-jinak dengan Melayu hanyalah untuk dipergunakan dan diperalatkan. Amat sedikit sekali orang Melayu yang bekerja di syarikat-syarikat bukan Melayu. Syarat-syarat seperti keupayaan bahasa Mandarin dijadikan alasan untuk menolak pekerja Melayu. Berbanding dengan syarikat-syarikat Melayu yang mengambil pekerja-pekerja bukan Melayu, atas alasan bukan Melayu lebih rajin daripada Melayu.

Kalau adapun orang Melayu (termasuk Indonesia) diambil bekerja hanya dipergunakan untuk melariskan jualan makanan dan perkhidmatan. Melayu diperalatkan. Nama-nama berbunyi Melayu akan digunakan untuk melariskan jualan seperti jenama makanan sebagai penanda 'halal'.Tu belum lagi ada company yang tak bagi kita sembahyang Jumaat..

Solat dikatakan membuang masa dan mengurangkan kualiti dan produktiviti. Orang Melayu tetap reda sebab itulah periuk nasi mereka. Sedangkan kita sedia maklum, semakin takut seseorang itu dengan Allah, semakin kuat dia bekerja untuk manusia, sama ada majikannya itu Islam atau tidak. Sifat takutkan Allah akan menjadikan dia berhati-hati melakukan pekerjaan. Saya tidak nafikan ada orang yang kuat solat tetapi malas dan culas.

Apakah wujud perancangan untuk memisahkan orang Melayu dengan Tuhannya agar mereka menjadi cair? Apabila ikatan mereka dengan Allah telah cair, maka lunturlah semangat jihad mereka, maka mudahkan untuk mensekularkan dan menguasai mereka. Saya tidak maksudkan jihad itu dengan berperang, tetapi cukup sekadar jihad itu menuntut perubahan untuk menjadikan kita lebih baik dan dekat dengan Maha Pencipta.

Kadangkala saya tidak menyalahkan mereka. Mereka mencari dan mengambil kesempatan. Kita sahaja yang leka dan syok sendiri. Kita tidak menghargai apa yang kita ada. Kita rela korbankan segala yang ada asalkan negara dapat bergerak maju, walaupun yang dikorbankan itu adalah maruah agama dan bangsa. Misalnya kedudukan bahasa dan dasar pendidikan.

Kenapa kita tidak kaji kekuatan yang ada pada kita sebelum mengkaji kekuatan orang lain? Saya amat pelik, kadang-kadang kita begitu beria-ia mengkaji orang lain sehingga terlupa kepada diri sendiri. Ini menyebabkan kekuatan sendiri terabai disebabkan oleh terlalu taksub terhadap orang lain.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi, pelajar-pelajar diwajibkan belajar dan memahami pelbagai teori yang datang daripada barat (terutamanya) dan timur daripada tokoh-tokoh tertentu.

Nabi Muhammad SAW pun tidak pernah masuk universiti, tetapi baginda adalah rasul pilihan Allah, makamnya amat tinggi. Oleh itu tidak hairan Michael Hart meletakkan Rasulullah SAW sebagai manusia agung maha hebat daripada 100 orang terhebat dunia meninggalkan Nabi Isa, Nabi Musa, Buddha, Konfucius, Aristotle, Tsun Tzu dan ramai lagi tokoh-tokoh hebat. Malangnya tidak ramai yang mengkaji.

Hari ini sudah terbalik, barat amat berminat mengkaji peribadi orang timur, tetapi orang timur sibuk mengkaji barat sehingga terabai kehebatan tokoh sendiri. Justeru, saya tidak hairan bila orang bukan Islam tidak mahu diasimilasikan atau diakulturasikan sebab kita tidak hormat tokoh kita, bangsa dan agama sendiri.

Saya tidak percaya kita boleh bangun dengan acuan orang lain. Sejarah menunjukkan semua bangsa bangkit dengan kekuatan dan acuan sendiri.Kalau kita sendiri tidak yakin dengan bahasa sendiri, siapa lagi yang mahu kita harapkan untuk mendaulatkan bangsa kita. TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA!!.
 
:) Secara jujur TT dulu masa aku kerja ada boss bukan melayu baik kepada tetapi akan Melayu tu sendiri silap..diberi waktu solat tp lepas tu tidur bukan sekejap tetapi lama..akan kesian melayu satu lg yang nak solat..so nak salahkan bukan melayu jugak ke...dan bukan apa bg aku Melayu tu sendiri yang menjadikan dia kucar kacir bukan org lain...Tgk je kat akhbar sekarang...

& satu lg melayu yang menyebabkan nama nya hilang sendiri..cuba dok perhati..mana2 ceramah pernah tak tonjolkan kecemerlangan Melayu...amat sedikit..tp bila nak tonjolkan kerosakan identiti & agama ..semuanya Melayu..huhu
 
Kalau begitu baguslah saudara..Tempat kerja saudara memang ok..Sepanjang hidup saya.Dua kali saya kena..Dua-dua di sebuah syarikat yang agak besar..

Dan satu lagi yang ko katakan tu..Betul tak?akhirnya orang kita sendiri yang memburukkan saudara-saudara kita yang lain..
 
Back
Top
Log in Register