BTC USD 81,863.9 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa Itu Narsistik

Zaman lani

Baik duk senyap dari dok cakap ikut dan

Sat cakap yang tue tak kena

Yang nie tak kena

Baik senyap

Cam dalam kerja

Kalau kerja kita fokus kerja kita

Bab keja orang lantak la nak tungging terbalik ka

Yang penting keja kita setel
 
FB_IMG_1687913510270.jpg


Gangguan personaliti narsisistik adalah sejenis gangguan personaliti di mana seseorang individu itu mempunyai rasa kepentingan terhadap dirinya sendiri.

Mereka mahukan perhatian yang mendalam terhadap diri mereka selain kurang berasa empati terhadap diri orang lain.

Kehadiran individu seperti ini sering menyebabkan masalah dalam hubungan di tempat kerja, rakan sekerja, pasangan dan juga ahli keluarga.
.

Antara kesan yang boleh dialami ialah:

Kurang mendapat rakan kerana rakan-rakan akan semakin menjauh

Mempunyai masalah dalam perhubungan bersama pasangan

Mengalami tekanan dan keresahan

Mempunyai masalah di tempat kerja
.
Dapatkan bantuan dan rujukan jika anda merasakan terdapat sesiapa memiliki gangguan personaliti ini.
 
bab keja nie tak payah pening

ikut pangkat korang

ikut tanggungjawab keja

kalau ko orang bawah

ko dapat arahan dari orang atas

apa ko buat berdasarkan arahan kerja

buat kerja yang diarahkan

cukup time blah balik

yang ok ngan ko ko layan la

yang dok buat gila ngan ko tak payah la layan

lain pada tue jaga kewangan ko

jangan hutang yang merapu rapu

kalau leh buat part time biz takut gaji tempat ko kecik
 
FB_IMG_1701878108590.jpg


Di mana mana pasti ada orang narsistik ini. Kehadiran dia walaupun sekejap memberi aura negatif yang boleh membuatkan hari ceria berubah mendung.

Mana tidak, ayat ayat yang keluar sentiasa sahaja meninggi diri dan expect orang lain nak puja dia.

Langkah terbaik adalah untuk kurangkan kontak, hanya berkomunikasi bila perlu dan elakkan konflik yang tidak perlu
 
1000705366.jpg


📌 Tips Berhadapan dengan Individu Narsistik

Pernahkah anda rasa lelah bila bercakap dengan seseorang yang hanya mahu menang, suka merendahkan orang lain, dan sengaja provoke untuk dapat perhatian? Individu narsistik seperti ini boleh mengganggu emosi kita jika tidak dikawal.

Salah satu cara yang berkesan ialah menggunakan Grey Rock Technique. Maksudnya, anda jadi seperti “batu kelabu” neutral, tenang, dan membosankan.

Jawab dengan ringkas, jangan beri reaksi emosi, dan elakkan berkongsi cerita peribadi. Apabila mereka gagal mendapatkan reaksi yang diingini, biasanya mereka akan hilang minat untuk terus mengganggu.

Contoh mudah: bila mereka berkata sesuatu yang menjengkelkan, jawapan anda cukup dengan, “Oh,” atau “ic”, “baik”, “ok”.

Ringkas, tanpa emosi.

Ingat, anda tidak boleh mengubah sikap mereka, tetapi anda boleh mengawal cara anda bertindak.

Tetapkan sempadan, kawal diri, gunakan Grey Rock Technique bila perlu, dan sentiasa akhiri perbualan dengan kawalan.

Kerana maruah dan ketenangan anda jauh lebih berharga daripada memenuhi ego orang lain. 🌸
 
FB_IMG_1701878108590.jpg


Di mana mana pasti ada orang narsistik ini. Kehadiran dia walaupun sekejap memberi aura negatif yang boleh membuatkan hari ceria berubah mendung.

Mana tidak, ayat ayat yang keluar sentiasa sahaja meninggi diri dan expect orang lain nak puja dia.

Langkah terbaik adalah untuk kurangkan kontak, hanya berkomunikasi bila perlu dan elakkan konflik yang tidak perlu
Macam byk ciri ciri ni kat org atas tu...
 
Back
Top
Log in Register