BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Any Update Gerak Malaysia Apps?

Dss.Net

Super Active Member
Messages
6,912
Joined
Sep 29, 2013
Messages
6,912
Reaction score
231
Points
83
Ada siapa masalah mcm ni tak? bila dapat keputusan tu ya. Lepas update apps, tkeh generate pulak QR Kod tu

53DG1V.md.jpg


53D4uD.md.jpg
 
sama xleh jana kod lepas update..
 
Anak saya sampai kesudah ( dari 28 dan 29 sampai ler 1st May tu bende sama jer kluar ) Alhamdulillah tiket flight confirmed dan road block personnel pun faham situasi.. so dah selamat sampai ke rumah kelmarin petang. Alhamdulillah..terima kasih pada semua yang mempermudahkan perjalanan anak saya ,
Anyway dari segi apps Gerak Malaysia nih.. rasa macam Fail atau ada keberuntungan disitu
 
memula 28, 29 april pastu kena tunggu 1 mei
lanjut sampai 4 mei plak.
skg ni dengar kata pdrm akan kuar jadual pergerakan pada 7 hb plak.
mmm....
:(scam
 
aa10.png


yg dah apply 'perjalanan rentas negeri' takyah tunggu QR kod....bleh gerak dah.
insyallah aku gerak SABTU pagi.
:D
 
Padam apps Gerak Malaysia

gerak_1596124000.jpg


PUTRAJAYA: Aplikasi Gerak Malaysia yang dibangunkan bagi tujuan pengesanan dan penyimpanan rekod pergerakan terperinci ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ditamatkan mulai esok.


Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan bersama, menasihati pengguna supaya memadam aplikasi itu daripada telefon bimbit masing-masing kerana tiada lagi fungsi aktif selepas esok.

Katanya, semua data peribadi akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan, manakala rekod pergerakan pengguna berkaitan aplikasi Gerak Malaysia yang disimpan akan dilupuskan.

"Dengan pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP) sejak 10 Jun lalu yang menyaksikan tiada lagi keperluan permit rentas sempadan negeri, PDRM dan SKMM memutuskan bahawa penggunaan aplikasi Gerak Malaysia tidak lagi diperlukan," menurut kenyataan itu.

Selain membantu mengesan kontak rapat kes COVID-19, aplikasi Gerak Malaysia membolehkan PDRM menguruskan permit perjalanan rentas sempadan negeri dan memantau jumlah pergerakan dalam masa nyata.

Menurut kenyataan itu lagi, PDRM dan SKMM berjaya menguruskan pergerakan trafik dalam tempoh PKP melalui aplikasi Gerak Malaysia.

"Kerjasama antara PDRM dengan SKMM telah menyumbang kepada kejayaan pelbagai operasi.

"Kerjasama baik ini akan diteruskan dalam menghadapi cabaran pada masa depan demi ketenteraman rakyat dan keselamatan negara," katanya.

Dalam pada itu, orang ramai diseru memuat turun aplikasi MySejahtera bagi membantu pihak berkuasa mencegah dan mengawal penularan COVID-19 secara berkesan.

"Aplikasi ini secara asasnya digunakan untuk memperkasa penduduk Malaysia melakukan penilaian kendiri, mendapat maklumat terkini mengenai COVID-19, mengetahui kawasan berisiko, mendaftar diri sebelum memasuki sesuatu premis dan lain-lain lagi," katanya. – BERNAMA

 
Back
Top
Log in Register