BTC USD 84,228.5 Gold USD 4,145.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing

LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa ?
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg
sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus
melompat dan berkata “hoi anjing , pergi jauh-jauh,
najis!”.
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia.
Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku,
boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu
apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa
ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada
memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di
samak.
ANJING: Wah .. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah
“Pandai macam LEMBU”

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa? Bergomolan dengan **** (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh
anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat).

Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi,menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , ?Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)


sesungguhnya... apa yang dinyatakan benar belaka..
oleh demikian insaflah wahai anak adam dan hawa sekalian.... amin..........#:-S
 
Walaupun anjing tu hukumnya haram, tapi kita patut belajar dengan anjing di setengah hal...

Malam hari dia berjaga, siang hari dia tidur kerana tuannya..
Sedangkan kita manusia, hamba Allah. Tuhan yang mencipta dan menjadi 'tuan' kita. Tapi apakah kita tidak sanggup berjaga di waktu malam dan bekerja di siang hari untuk Tuhan?

perlu diingat.. dan jangan lupa kisah bagaimana seorg perempuan (ada qaul mengatakan seorg pelacur) yang Tuhan ampunkan dosanya dan menghadiahkan syurga buatnya, kerana telah memberi minum air kepada seekor anjing yang kehausan dengan menceduk air di perigi dengan menggunakan sepatunya..1

hmm.. macam2 kita blh belajar dan ambik iktibar dari kisah anjing nih.. jangan lupa, anjing ashabul kahfi yg bernama qitmir tu adalah penghuni syurga..! kita belum tentu lagi ! :o
 
Back
Top
Log in Register