BTC USD 83,727.0 Gold USD 4,119.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ancaman Terhadap Penyebar Dusta

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Menyebut-nyebut khabar bohong atau dusta dikalangan orang yang beriman bukanlah pekerti orang yang beriman sejati. Seorang mukmin tidaklah punyai masa terluang buat menyebarkan berita keji. Sedangkan jika benar di suruh menutupnya, apa lagi jika hanya semacam propokasi belaka untuk menambah kekacauan.
Tukang siarkan berita bohongakan disiksa di dunia dan di akhirat.

ALLAH berfirman yang bermaksud:

Sesunguhnya orang-orang yang suka sekali supaya tersebar
berita-berita keji dalam kalangan orang-orang yang beriman,
mereka akan mendapat azab yang pedih di dunia dan di akhirat.
ALLAH yang Maha Tahu dan kamu semua hendaklah mengetahui.
(Ayat 19- Surah An-Nur)

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah engkau turuti jejak
langkah syaitan, kerana syaitan hanya menyuruhmu berbuat
kejelekan dan kemungkaran. Kalau bukanlah kurnia ALLAH
kepada kamu dan rahmatnya, tidak seorang pun jua diantara
kamu yang bersih dari dosa, tetapi Tuhan ALLAH membersihkan
sesiapa yang dikehendakiNya. Dan ALLAH Maha Mendengar dan
Mengetahui.
(Ayat 21)

Jangan Berbohong

Hadith : Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Saya dengar nabi SAW bersabda:”Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera
yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak.”
(Bukhari)

Huraian:

Rasulullah SAW menjelaskan sifat-sifat orang munafiq, di antaranya:
Apabila ia berkata, ia berbohong, apabila berjanji, ia mungkiri dan apabila diberi amanah, ia khianat. Maka wajar jika Rasulullah SAW menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar. Dalam sebuah riwayat diceritakan, telah datang kepada

Rasulullah SAW, seorang lelaki meminta nasihat. Lelaki itu mengaku bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina.

Mendengar pengakuan jujur lelaki ini Rasulullah SAW berwasiat kepadanya:
” Hanya dengan satu perkara: "Laa Takzib! (Jangan berbohong!)." Ternyata dengan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasulullah SAW itu, lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat baginda itu."Bagaimana kalau saya ditanya oleh Rasulullah SAW? Jika
saya menjawab:”Tidak, bererti saya telah berbohong. Jika saya mengaku bererti saya wajib dihukum", fikir lelaki tersebut sehingga telah berhenti dari berzina.

 
Back
Top
Log in Register